ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 6

295 79 113
                                    

Setahun sebelumnya,

Soonie mengiau minta makanan.Minho yang sudah selesai menjamu selera,memanggil anak kucing itu ke tempatnya.Yera pula sejak tadi mendiamkan diri.

Dia takut yang Minho akan tersakiti sekali lagi.Dan dia juga cemas kerana sudah berjanji dengan Mingi yang kali ini dia akan menjalankan misi yang ditetapkan.

Prang!!!!

Pinggan di tangannya terlepas.Minho yang terdengar bunyi itu segera berlari ke ruang makan.Yera pula sedang mengutip pinggan yang pecah tadi.

"Kenapa dengan Sayang? Are you okay?", tanya Minho resah.Dia menepis lembut tangan Yera dari mengutip kaca yang bertaburan tadi.

"M..mi..mianhae..tangan saya licin.Awak jangan duduk macam ni..pinggang awak tak pulih lagi.",Yera mengingatkan namun tak diendahkan .

"Saya tak nak awak terluka.Pergi ambik tong sampah.",arah Minho yang kedengaran serius.Yera pula terpaksa akur lalu pergi mendapatkan tong sampah.

Yera memandang ralit muka Minho.Secara tiba-tiba,airmatanya jatuh berderai.Dia tak nak kehilangan Minho dan dia juga tak nak Minho tahu rahsia sebenarnya.

"Sayang,kenapa menangis?",tanya Minho sebaik memandang muka isterinya.Yera mengelap airmatanya lalu menggeleng.

Minho menghulurkan tong sampah tadi pada Yera untuk diletakkan di luar.

Minho mengerutkan mukanya bila hendak berdiri.Akibat mengutip kaca-kaca tadi,pinggangnya terasa sakit semula.Dia mengekalkan riak muka bersahaja sebaik Yera masuk semula ke dapur.

"Dah buang?Pergi basuh tangan.",Minho mengarah.Yera pula tersenyum manis lalu membasuh tangannya.

===

Yera bermain dengan Soonie di ruang tamu rumahnya.Sesekali dia tergelak kecil bila Soonie melompat-lompat kecil mengejar mainannya.Minho pula lepas mandi,masih duduk di bilik bacaan.

"Awak...datanglah sini.",Yera melambai kecil bila Minho keluar dari bilik bacaan.

Soonie pula sudah berada di kaki Minho menggoyangkan ekornya minta didukung.Minho tidak mengambil Soonie sebaliknya mendekati Yera.

"Kesian Soonie...dia nak dukung tu..",marah Yera manja.Soonie pula sudah duduk di atas sofa.

"Mana boleh,nanti Sayang jeles..",usik Minho sebelum tergelak kecil.Yera yang tadi duduk di bawah,mengambil tempat di sebelah Minho.

"Sweet lah tu...",Yera mengomel.Minho mengangguk mengiyakan kata-kata Yera.

Yera menatap muka suaminya lama.Minho pula tak sedar kerana asyik bermain dengan Soonie.

"Awak"panggil Yera.

Minho memandang isterinya.Tangannya masih bermain dengan Soonie.

"Awak sayang saya tak?",Minho mengerutkan dahi mendengarkan soalan Yera.Dia meletakkan Soonie di bawah.

"Mestilah...kenapa tanya soalan macam tu?",nadanya sedikit kecewa.Soalan Yera seolah-olah mengatakan yang dia tak mencintai perempuan itu sepenuh hatinya.

"Walaupun awak tahu diri saya yang sebenar?",sambung Yera.

"Sudahlah merapu Sayang....saya mengantuk ni so saya nak tidur dulu sebab esok ada meeting.",Minho tak menjawab soalan Yera.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now