ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 1

618 115 159
                                    

Setahun sebelumnya,

Kelihatan seorang gadis menangis teresak-esak di depan bilik mayat.Baju hospital yang dipakainya menandakan yang dia juga dirawat di hospital itu.Seorang lelaki menghampiri gadis tadi.

"Yera?", panggilnya.Gadis tadi memandang empunya suara yang memanggilnya.Dia mengelap airmata dan berdiri di hadapan lelaki itu.

"Awak...Minho ke?",tanya dia pula.Lelaki itu memandang wajah gadis yang berdiri itu.Walaupun wajah gadis itu berbekas airmata,namun kecantikan dia tetap terserlah.Minho mengangguk.

Betapa terkejutnya bila dia dilaporkan yang ayahnya terkorban dalam kemalangan jalan raya malam semalam.Dan kemalangan itu terjadi semasa dalam perjalanan balik ke Seoul.Bekas pemandu ayahnya yang juga merupakan ayah Yera,turut terkorban.

"Macam mana awak boleh cam saya?Maksud saya...selepas 17 tahun,awak boleh lagi cam saya.",Yera bersuara.

"Mungkin sebab awak sorang je ada kat sini.Mula-mula tu,saya pun teragak-agak nak tegur sebab awak memang lain dari dulu.",balas Minho.

17 tahun lepas,mereka berdua merupakan kawan baik memandangkan ayah Yera,Encik Kim merupakan pemandu keluarga Minho.Selama 5 tahun menjadi pemandu keluarga Lee,ayah Yera berhenti selepas kematian ibu Yera dan di situlah mereka berpisah.Minho pula dihantar ke luar negara untuk belajar di sana dan akhirnya mereka terputus hubungan walaupun Tuan Lee dan Encik Kim masih berhubung antara satu sama lain.

===

Selepas selesai pengebumian bapa mereka,Minho dan Yera mengambil angin pantai.

"Tadi awak cakap nak balik ke Busan esok.Jadi ke?",tanya Minho.Yera mengangguk perlahan.Rambutnya yang menutup muka kerana angin pantai diselak ke belakang telinga.

"Kalau awak tak kisah,duduklah sekali dengan saya.Lagipun bahaya perempuan duduk sorang kat rumah dengan dunia luar sekarang ni.",pelawa Minho.

"Tak apa ke?",Yera meminta kepastian.Sejujurnya dia memang takut tinggal seorang diri di rumahnya oleh kerana kawasan perumahannya pernah ada kes rompakan.

Minho mengangguk lalu tersenyum.Dia memang ikhlas mengajak gadis itu tinggal bersamanya.Minho menganggap yang Yera merupakan amanah dari mendiang ayahnya.

"Kalau macam tu,esok saya teman awak balik rumah.Saya pun nak jalan-jalan.Nak kenang semula kenangan kita masa kecik dulu.",ujar Minho.Yera pula hanya setuju dengan cadangan Minho.

===

Di rumah Yera,

Minho teruja sebaik masuk ke halaman rumah Yera.Dia menunggu di buaian yang terletak di halaman itu sementara Yera mengemas barang-barangnya.Minho menggosok kayu buaian yang diduduki nya.Senyuman terukir di bibir sebaik melihat ukiran di kayu lama itu.

Minho,Yera

*Flashback*

Puan Yoo pergi ke halaman rumahnya untuk menyiram bunga yang ditanamnya.Dalam perjalanannya ke sana,terdengar perbualan antara anaknya dan anak majikan suaminya.

"Minho-yaa....awak tulis nama saya.Cantik-cantik tau...kalau tak cantik tak nak kahwin dengan awak.",budak perempuan yang berusia 9 tahun itu memberi amaran.

Budak lelaki itu memandangnya.Dia mengangguk dengan bersungguh sambil tangannya menoreh kayu buaian itu.

"Amboi pandai sangat kahwin-kahwin ye anak Eomma ni.Buat apa tu ha?",mereka berdua terkejut bila disergah Puan Yoo.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now