ℙℝ𝕆𝕃𝕆𝔾

1K 143 50
                                    

Beberapa orang polis dan dua ekor anjing pengesan sedang melihat-lihat kawasan di sebuah rumah agam milik seorang usahawan.Beberapa kali juga anjing pengesan itu menggali sesuatu namun yang dijumpainya bukanlah seperti yang diharapkan.

Setelah lama mencari bukti,seorang pegawai polis berjumpa dengan penjaga rumah agam itu,Choi Minsik.

"Encik pasti ke pasal laporan yang encik buat kali ni? Sebelum ni encik juga ada buat laporan pasal orang hilang,sekarang ni encik buat laporan yang tuan rumah ni bunuh isteri dia?",tanya detektif yang bertugas minta kepastian.

Penjaga rumah itu sempat melirik tag nama yang terletak di poket baju detektif itu sebelum menjawab soalan tadi.Park Seonghwa.

"Saya tak pasti Tuan Park.Tapi dalam pada masa yang sama,saya syak Tuan Muda Minho dalang semua ni disebabkan hanya kiteorang bertiga je dalam rumah ni.Tuan pasti ke yang pihak polis tak jumpa sebarang bukti?",suaranya terketar-ketar.Mungkin berdebar bila disoal begitu.

"Boleh saya tahu kenapa encik syak Minho bunuh isteri dia sendiri?Any specific reason?",tanya Seonghwa lagi.Tangannya sudah bersedia mencatat sebarang maklumat ke dalam buku kecil.

"Sebab sebelum ni,Cik Muda pernah kena tuduh curang dengan lelaki lain.Selepas seminggu dia balik semula ke rumah ni dan sebab itu juga hubungan diorang jadi renggang dan selalu bergaduh.Kali terakhir saya nampak Cik Muda dua bulan lepas sebelum saya balik ke kampung.Bila saya balik semula ke sini,tinggal Tuan Muda seorang je di rumah.",Minsik menceritakan semua kepada Seonghwa.

"Selain daripada tu?Maksud saya,encik tak ada terdengar apa-apa daripada pertengkaran diorang?", Seonghwa cuba mengorek maklumat lebih dalam.

Minsik cuba mengingat semula pertengkaran antara Minho dan isterinya yang hilang,Kim Yera.

"Ha...Saya baru teringat.Tak silap saya,Tuan Muda Minho ada menjerit sesuatu pada Cik Muda..Kau pengkhianat.",jawab lelaki tua itu yakin.

Setelah mendengar penjelasan itu, Seonghwa mengarahkan pasukannya menahan Minho yang ketika itu berada dalam rumah.Selang beberapa minit,Minho keluar dari rumah dengan diiringi polis dengan tangannya digari.Mukanya agak tenang biarpun dalam keadaan begitu.

Minsik berasa bersalah bila melihat keadaan Minho ketika itu.Walaupun dia lain dari sebelumnya, pekerja-pekerja di syarikatnya selalu dapat gaji tepat pada masa yang ditetapkan.Cuma keperibadian Minho yang dulunya seorang yang ceria kini bertukar menjadi seorang yang lebih senyap dan suka mengurung dirinya dalam bilik.

Minho sempat memandang tepat ke arah penjaga rumahnya.Namun pandangan dia sukar ditafsirkan.Senyuman kecil terukir di bibirnya sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta polis.








Huuuuu....yeke Minho bunuh isteri dia... Yana tak tahu...

Sedekah lah bintang kat bawah tu...hehehhe

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя