ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 8

280 81 111
                                    

Setahun sebelumnya,

Pakcik Minsik menyiram bunga-bunga di taman rumahnya.Melatah orang tua itu bila ditegur jiran sebelah.

"Kamu ni...terkejut Samcheon dibuatnya..",orang tua itu mengurut dadanya.Jirannya itu tersengih malu.

Pakcik Minsik meneruskan kerjanya.Jiran sebelah yang dikenali dengan nama Jeongin itu memang selalu menegurnya setiap kali Pakcik Minsik menyiram bunga-bunga di tepi pagar itu.

"Samcheon...nak tanya boleh.",tanya Jeongin.Pakcik Minsik hanya mengangguk.

"Mana isteri Minho Hyung?Dah  seminggu saya tak nampak dia...selalunya ada jugak duduk kat buaian tu.", sambungnya.Pakcik Minsik menutup pili air.

"Mulut tu jaga sikit.Tuan Muda dengar nanti macam mana?",marah orang tua itu separuh berbisik.

"Tak adalah...sebab kali terakhir saya nampak dia dengan lelaki lain dalam rumah ni.",beritahunya.Tempoh hari dia baru balik dari kelas tambahan dan ketika itu juga dia ternampak Yera berpegangan tangan dengan lelaki asing.

"Lelaki?!",Pakcik Minsik menjerit.Jeongin pula yang berdebar.Tadi orang tua itu suruh dia supaya diam,ni dia pula yang bising.

"Lelaki?",membulat mata Jeongin melihat kelibat Minho yang sedang mendukung Soonie tiba-tiba muncul di situ.Pakcik Minsik menoleh ke belakang.

"Eh...tak lah...si Jeongin ni ha..di...",Pakcik Minsik tergagap mencari alasan.

"Samcheon...just tell me.Jeongin,kau jangan nak lari.",Jeongin tidak jadi melarikan diri sebaik Minho memanggil namanya sekali.

Kini mereka berdua saling berpandangan.Minho itu sudahlah kalau dia nak tahu,dia akan tanya sampai orang itu beritahunya perkara sebenar.

"Jeongin...bagitahu aku apa yang kau cakap tadi.",Minho kini memandang tepat mata budak itu.

Jeongin masih mendiamkan diri.Ini semua salah Pakcik Minsik.Kalaulah dia tak menjerit,sudah tentu Minho tak mendengar perbualan mereka berdua.

"Kau nak aku pergi sana ke?",ugut Minho.Jeongin menggeleng laju.

"Arasseo... Jeongin bagitahu.Masa Hyung kat hospital,Jeongin nampak Yera Noona dengan lelaki lain.",ujarnya.

Minho terdiam.Selama seminggu itu,dia tak nak berburuk sangka walaupun dia tahu semua baju Yera tiada dalam almari biliknya.Namun selepas mendengar kata-kata Jeongin,hatinya hancur.

Tanpa disedarinya,Soonie yang dalam dakapannya itu,dicengkam kuat membuatkan anak kucing meronta-ronta minta dilepaskan.

"Tuan Muda...Tuan Muda!",Minho tersedar dari lamunannya selepas Pakcik Minsik memanggil namanya dengan kuat.Dia juga terkejut bila Soonie dicengkamnya tanpa sedar.

"Komawo sebab bagitahu Hyung.",Dia pun meletakkan Soonie ke tanah dan masuk ke dalam rumah meninggalkan dua orang itu.

Jeongin mengaduh sakit bila satu tamparan singgah di bahunya.

"Mwo?Hyung tak marah pun..Samcheon yang salah sebab pergi jerit.Dahlah Jeongin nak masuk rumah.Baik buat homework daripada duduk sini.",Jeongin menarik muncung lalu meninggalkan Pakcik Minsik.

===

Yera melirik ke arah Mingi yang leka dengan kerjanya.Dia mahu menelefon Minho namun jika dia lakukannya sekarang,tak pasal-pasal telefonnya pula dipatahkan.

"Kau kenapa pandang aku?",rupanya tindakan Yera disedari Mingi.Yera menggeleng kepalanya.Telefon diletakkan semula di atas meja.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now