ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 14

250 70 182
                                    

*Flashback*

Pihak polis dan forensik memasuki kawasan kemalangan itu.Seonhee yang berada di situ,sedang di soal siasat oleh polis yang bertugas oleh kerana dia yang melaporkan kejadian itu.

Setelah selesai disoal siasat,pihak polis membiarkan Seonhee pergi dari tempat kejadian.

Dia tersenyum puas bila semua tipu dayanya berhasil.Tak adalah sia-sia dia berlakon tadi.

===

"Sekarang aku kena buat apa pulak?",tanya Seonhee sebaik melangkah masuk rumahnya.

Mingi yang terbaring di ruang tamu hanya menumpukan perhatiannya pada skrin tv.Kedengaran dia tertawa perlahan melihat berita yang disiarkan ketika itu.

Seonhee membaling bantal ke muka Mingi bila soalannya tak dijawab namun abangnya itu lebih tangkas lalu menangkap bantal tersebut.

"Kau ni....taulah dah famous.",sindir Mingi.Seonhee mengerutkan dahinya.

"Apa yang kau merepek ni...apa plan kita lepas ni?",Seonhee malas melayan perangai Mingi.

"Tu ha....siap interview lagi dengan wartawan..hebat.",Mingi menunjukkan ke arah skrin itu.Seonhee tersenyum kecil bila mukanya ditayang di skrin tv yang melaporkan tentang kemalangan itu.

Setelah berita itu tamat disiarkan,Mingi bangun dari posisi baringnya.

"Sekarang ni kau cuma perlu menyamar jadi Kim Yera.Kau ada cakap kan yang anak Tuan Lee tu tak pernah jumpa dengan Yera lagi lepas 17 tahun?",tanya Mingi.

Seonhee mengangguk.Yera memang selalu bercerita padanya tentang cinta pertamanya itu.Jadi sedikit sebanyak dapatlah Seonhee menggunakan maklumat itu.

"Sekarang kau pergi hospital sebab nanti lelaki tu mesti tuntut mayat ayah dia.Dan masa tu juga lakonan kau bermula.",jelas Mingi.

"Arasseo...kau hantar aku.",arah Seonhee.

"Eh...belum habis lagi.Kau pun kena berlakon yang kononnya kau terselamat dari kemalangan tu and that's mean,kau kena pakai baju hospital.Kau jangan risau...semua tu aku dah prepare awal-awal.",smbung Mingi.

Seonhee memeluk abangnya konon terharu kerana Mingi dapat merancang segalanya tanpa bantuannya.

===

Seonhee mula menangis teresak-esak di depan bilik mayat itu.Lama juga dia nak membuat aksi begitu dan tangisannya terhenti bila seorang lelaki menegurnya.

"Yera?",tegur lelaki itu.Seonhee memandang muka empunya suara itu dan mula jatuh hati sebaik kali pertama melihat muka lelaki itu.

"Minho?",dia agak ragu-ragu kerana tak berapa ingat dengan nama lelaki itu.Seonhee menarik nafas lega bila lelaki itu mengangguk.

Seonhee hanya mendiamkan diri bila Minho menceritakan tentang ayahnya.Entah kenapa,semua perasaan dendamnya menghilang sebaik mendengar suara lelaki itu.Itulah kali pertama seorang lelaki menawan hatinya.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now