ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 12

245 77 118
                                    

Setahun sebelumnya,

Minho terkedu di tempatnya selepas melihat rakaman tadi.Dan ketika itu juga Yera mengetuk pintu bilik bacaannya.

Entah kenapa jantungnya berdebar pada masa itu.Dia menutup laptopnya dan kamera itu juga sudah disimpan ke dalam laci meja kerjanya.

"Awak..kenapa kunci pintu?",tanya Yera manja.Minho pula memandangnya dengan pandangan kosong lalu menarik Yera masuk ke dalam bilik itu.

Kini mereka saling berhadapan.Minho memandang tepat mata Yera namun pandangannya ketika itu sukar ditafsirkan.

"Kenapa pandang macam tu?",soal Yera namun Minho tidak menjawab sebaliknya terus memandang matanya.

"Minho...kenapa? Awak sakit ke?",tanya Yera lagi.Seram pula bila Minho berkelakuan begitu.Minho mengangguk.

"Sakit apa?Demam?",Yera melekapkan belakang tangannya di dahi Minho tapi suhunya biasa saja.

Minho memegang tangan Yera lalu diletakkan di dadanya.Yera terkejut bila Minho berbuat demikian.

"Sakit hati...awak boleh ubatkan?",soal Minho.Suaranya kedengaran sebak.Yera mula berasa ada yang tidak kena.

"Boleh tak awak ubatkan sakit saya...Choi Seonhee?",Yera mengundurkan dirinya sebaik Minho menyebut nama sebenarnya.

Macam mana semua ini boleh berlaku? Siapa yang membocorkan rahsianya.Mingi? Tak mungkin kerana lelaki itu sudah mati.

"Apa..yang awak merepek ni Minho.Siapa Seonhee?",dia cuba berdalih.

Minho tersengih mendengar soalan bodoh Yera.Perempuan itu memang pandai sembunyikan rahsia darinya.Kalau tak pandai,tak adalah Minho percayakan dia selama 3 bulan.

"Siapa kau sebenarnya dan apa yang kau nak dari aku?",Minho mula bercakap kasar.Tiada lagi istilah awak saya antara mereka berdua.

"Awak...bagi saya jelaskan semua ni..pleasee",Yera merayu.Dia mula sedar yang dia tak dapat lagi mempertahankan dirinya.

"Kau nak jelaskan apa lagi? Semua dah jelas.Kau tak payah nak berlakon depan aku.Sekarang ni jawab soalan aku...siapa kau sebenarnya?!",Minho meninggikan suaranya.

Yera tersentak kerana ditengking Minho.Dan ketika itu juga, kata-kata Mingi terlintas di kepalanya.

Sejauh mana pun kau simpan rahsia ni..bahkan kau ada anak sekalipun...ia akan terbongkar juga..cuma tunggu masa je.

Apa yang dikatakan Mingi akhirnya tiba juga.Dan sekarang dia sudah mati akal untuk membela dirinya sendiri.

"Choi Seonhee....anak perempuan kepada Choi Jinhyuk.",Seonhee bersuara.

Minho terkejut dengan kenyataan itu.Siapa yang tak kenal dengan Choi Jinhyuk.Lelaki itu dikenali sebagai teman baik ayahnya dan juga pemegang saham kedua di syarikat ayahnya.

"Ap..apa yang kau buat kat sini?",Minho merendahkan suaranya.Dia pasti yang perempuan itu tak akan hadir dalam hidupnya tanpa sebab.

"Sebab saya nak balas dendam.",perempuan itu memberitahu niatnya sebenar.

*Flashback*

Choi Seonhee menangis teresak-esak di kubur ayahnya.Dia bersendirian di situ memandangkan ibunya di hospital kerana kemurungan.

Seorang lelaki  menghampiri gadis itu.Dia memberi penghormatan terakhir di kubur itu sebelum menyapa Seonhee.

"Takziah Seonhee.",ucap lelaki itu.Seonhee mengangguk sambil mengelap airmatanya.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now