ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 7

280 85 96
                                    

Setahun sebelumnya,

Minho dikejarkan ke unit kecemasan sebaik tiba di hospital.Dan ketika itu,Minho sudah tak sedarkan diri dan suhu badannya juga terlampau panas.

Selesai dirawat,doktor tak membenarkan pelawat masuk kerana keadaan Minho yang masih dalam pemerhatian.

Dan ubat yang dimakan Minho juga bukanlah ubat tahan sakit yang dimakan Minho juga bukanlah ubat tahan sakit dari hospital itu berdasarkan penerangan doktor.

Sebaik mendengar penjelasan doktor,Yera mencari kelibat lelaki tadi.Pakcik Minsik pula menunggu di tempat pelawat,bimbang doktor mencari.Yera menarik lengan Mingi kasar bila ternampak kelibat lelaki itu.Mingi pula hanya mengikut langkah perempuan itu.

"Semua ni angkara kau kan?!Kau dah janji dengan aku!!",marah Yera.Mingi membuat muka bersahaja.

Kemudian dia menolak badan Yera ke dinding,lalu mencengkam muka Yera kuat hingga perempuan itu tak dapat nak melawan.Memang dia yang menukarkan ubat Minho kerana sakit hati dengan tindakan Yera yang selalu melengahkan masanya.

"Janji...Siapa janji siapa hah?!!Kau patut bersyukur aku sanggup bawak jantan tu ke sini.Kalau tak disebabkan  aku,dia boleh mampus dan semua plan kita tamat...dan kau tak payah nak pertahankan diri kau macam kau ni mangsa!",Mingi menolak muka Yera kasar.

"Satu lagi aku nak cakap....aku nak kau ikut aku...kalau kau tak nak,aku tak kesah...jumpa kau kat kubur.",ugut Mingi.Dia mengeluarkan satu picagari yang berisi cecair berwarna hijau.

"Kalau aku masukkan benda ni dalam tiub IV suami palsu kau tu...dalam 5 minit....selamat dia tenang di sana.",sambungnya lagi.

"Arasseo....aku ikut kau.",jawab Yera. Airmatanya mula bertakung.

"Habis tu bila kau nak jalankan misi kita...aku dah penat dengan semua ni...kau tak penat ke?",Mingi merengus.

"Kau tunggu bila aku dah bersedia bagitahu Minho perkara sebenar.",pujuk Yera.

"Walaupun aku ni jahat,tak ada hati perut...satu je aku nak pesan...sejauh mana pun kau simpan rahsia ni biarpun kau dah ada anak sekalipun,rahsia ni akan terbongkar jugak.Kau cuma tunggu masa je....kau ingat tu...",pesan Mingi.Dia sudah malas nak berkasar.

Yera termenung.Apa yang dikatakan Mingi itu ada betulnya.Sampai bila dia nak berahsia dengan Minho.Tapi dalam pada masa yang sama dia takut,takut yang Minho tak akan menerima dirinya bila tahu rahsia yang disoroknya selama dua bulan itu.

"Dah...aku nak kau kemas baju-baju kau sekarang dan ikut aku.Jom.",Mingi menarik tangan Yera.

===

Pakcik Minsik tersengguk-sengguk menahan matanya dari terlelap.Sudah lama dia menunggu di situ,namun doktor masih belum memanggil.

"Penjaga Encik Lee Minho?",suara jururawat membuatkan Pakcik Minsik terbangun.Lelaki tua itu segera pergi ke kaunter wad itu.

"Ya saya...dah boleh masuk ke?",tanya Pakcik Minsik.Jururawat itu mengangguk sambil tersenyum mesra.

"Tuan Muda?",Pakcik Minsik menjengukkan kepalanya sebaik  membuka pintu wad VIP itu.Kelihatan Minho masih terbaring di katil pesakit.

"Eoh...Samcheon,Yera mana?",soalnya bila melihat penjaga rumahnya itu berseorangan.Suaranya juga masih kedengaran lemah.

"Tak tahulah...saya tak nampak dia dari tadi.Dia suruh saya tunggu kat depan tapi sampai sekarang tak muncul.",jawab Pakcik Minsik.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now