ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 15

269 72 56
                                    

*Flashback*

Yera duduk di depan kabinet dapur.Dari tadi lagi dia memikirkan alasan untuk memperdaya Minho.Setelah lama berfikir,terlintas tentang nenek Yera dan sudah bersedia untuk lakonannya sebelum Minho terjaga dari tidur.

Sebaik mendengar pintu biliknya dibuka,dia memulakan adegan palsunya di depan kabinet dapur tadi.Minho menghampiri Seonhee yang sedang memeluk lutut itu.

"Yera,what's happening?",tanya Minho lembut.Seonhee masih menghayati lakonannya itu sebelum menjawab soalan lelaki di depannya.

"Ne...ne..nenek saya meninggal",jawabnya lalu terus memeluk Minho.Dia berharap yang Minho mempercayainya ketika itu.

Minho tanpa sebarang syak memujuk dirinya daripada bersedih.Seonhee tersenyum bangga kerana setiap lakonannya tak pernah sekali pun Minho berasa ragu-ragu.

"Shh...i'm sorry for your lost.Jadi awak nak balik kampung sekarang?",tanya Minho penuh perhatian.Seonhee menggangguk sambil mengelap air mata palsunya yang semakin laju mengalir di pipinya.

"Okay...kalau macam tu saya order tiket keretapi untuk awak.Saya teman awak balik kampung ye.",kata Minho.

Seonhee menggeleng laju.Lelaki itu tak boleh mengikutnya kali ini.Minho sedikit kecewa bila Seonhee menghalang dirinya.

"Saya bukan tak nak bagi....tapi saya nak masa untuk bersendirian.Sekarang saya dah tak ada sesiapa lagi kat dunia selain awak dan Pakcik Minsik.Saya harap awak faham.",Seonhee bermain dengan kata-kata.

Minho hanya tersenyum kecil.Dia faham perasaan Seonhee yang sudah pasti sedang berduka kerana kehilangan orang tersayang.

"It's okay...anything for you,Sayang.",ujar Minho.

===

Mingi menunggu adiknya di simpang perumahan Minho.Disebabkan telefonnya rosak,dia tak dapat menghubungi adiknya dan terpaksa menunggu di situ lebih awal.

Sebuah teksi berhenti di simpang itu dan kelibat Seonhee keluar sambil membawa beg bajunya.

"Kau nak pindah terus ke dari rumah tu?",sindir Mingi bila nampak Seonhee mengheret bagasinya.Seonhee menjeling tajam.

"Banyak cakaplah kau...tolonglah ambik beg ni.",marah Seonhee.Mingi tertawa kecil.

"Eh kejap....kereta siapa pulak kau rembat ni?",hairan dia melihat Mingi memandu sebuah kereta yang masih kelihatan baru.

"Aku pinjam dengan company kereta ni sebab aku tahu kau mesti bawak beg macam nak pindah rumah.",jawabnya selamba lalu meletakkan bagasi itu di bonet kereta.

"Senang cerita cakap jelah yang kau curi...tak payahlah nak berkias Mingi.",kata Seonhee sebelum mereka meninggalkan persimpangan itu.

===

Seonhee mengambil tempat di sofa rumahnya.Baru dua minggu meninggalkan rumahnya namun sedikit sebanyak dia merindukan suasana rumah itu.

"Bodoh jugak lelaki tu.Takkan dia percaya je apa kau yang tipu..kau cakap apa nak lepaskan diri kau dari rumah tu?"Mingi bertanya lalu mengambil tempat di sofa.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now