ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 4

337 91 104
                                    

Setahun sebelumnya,

Yera hanya membisu semasa makan pagi itu.Mingi pula bertingkah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

"Sayang...kenapa senyap je...Are you sick?",tanya Minho.Tangannya dilekapkan ke dahi isterinya.Yera tersenyum lemah lalu menggeleng.

"Na kwaenchana...awak makanlah.",balas Yera.Dia menceduk sesenduk lagi nasi goreng ke dalam pinggan Minho.Satu pinggan dihulur ketika dia sedang menceduk nasi goreng itu.Yera memandang Mingi yang duduk di depannya.

Dia menyumpah seranah lelaki itu dalam hatinya.Senyuman palsu terukir di bibirnya.Mingi pula hanya menunggu nasi diceduk ke dalam pinggannya.

"Jadi kau balik Incheon hari ni ke?",tanya Minho.Mingi diam sejenak sebelum menjawab.Sempat juga Mingi tersenyum jahat.

"Kalau nak ikutkan memang nak balik hari ni..tapi aku juga nak cari kerja kat Seoul.Kau tahu kat mana ada kerja kosong?",tanya Mingi sengaja.Yera pula sudah tak duduk diam.Dia berharap supaya Minho menjawab tidak.

"Yah...Jjinja kau cari kerja..Company aku nak ambik sorang pekerja.Bahagian pengurusan.Kau boleh lah interview kalau kau betul-betul nak kerja.",Minho memberitahu.

Yera mengeluh berat.Kenapa waktu ini juga lelaki itu perlu musnahkan kebahagiaan rumahtangga yang baru dibina.

"Kalau macam itu tak apalah...aku bukan dari bahagian pengurusan."Mingi menolak.

Sebenarnya dia sengaja berbuat demikian untuk melihat reaksi Yera.Dia tersenyum puas bila Yera mula tak duduk diam.Dia memandang Minho pula.Kesian dengan lelaki di depannya itu bila diperbodohkan dengan perempuan yang sangat dia cintai.

Selesai makan pagi,Mingi meminta diri.Dia memeluk Yera lalu membisikkan sesuatu ke telinga gadis itu.

"Aku akan datang balik.",baiknya lalu menepuk bahu Yera.Minho yang tak tahu apa-apa hanya tersenyum dengan memikirkan itu merupakan sepupu isterinya walaupun sebenarnya tak.

===

Minho mencari kelibat Yera di ruang tamu.Selepas dia bangun dari tidurnya,Yera sudah menghilangkan dirinya.

"Sayang?",panggilnya.Namun masih tiada sahutan dari isterinya.Ke mana pula Yera pergi petang-petang begitu.Di dapur tak ada,di bilik bacaan juga tak ada.

"Meowww..",

Minho mencari suara itu.Datang dari arah longkang depan rumahnya.Dia tersenyum lega bila kelibat Yera kelihatan.Rupanya Yera berada di luar dengan anak kucing yang terbiar di depan pagar rumahnya.

"Sayang..penat saya cari.Kat sini rupanya.",rengek Minho.Yera pula mendukung anak kucing yang dijumpainya.Minho yang memang sebagai pencinta kucing,mengambil anak kucing berwarna oren itu.

Dia mengelus bulu anak kucing itu lembut.Yera pula sudah comot akibat terjun ke dalam longkang menyelamatkan anak kucing tadi.

Di ruang tamu,

Minho mengelap bulu kucing itu selepas dimandikan.Tangannya ada kesan dicakar namun dia tak kisah dengan semua itu.

"Awak nak bagi nama apa kat dia.",tanya Yera.Kini kucing itu berada di riba Yera pula.

"Soonie?",jawab Minho.Yera memandang suaminya lalu tersenyum.Soonie nama yang sesuai dengan anak kucing itu.

"Sayang,minggu depan kita honeymoon nak?",Minho bertanya.Memandangkan dia sudah mengosongkan jadualnya minggu depan,dapatlah dia berbulan madu.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu