ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 10

273 79 85
                                    

Setahun sebelumnya,

Minho keluar dari bilik bacaannya.Dia memandang sekilas Pakcik Minsik dan Yera yang ada di meja makan lalu menuju ke luar.

"Tuan Muda nak pergi mana?",soal Pakcik Minsik.

"Keluar jap.",jawabnya pendek.

Yera memandang kelakuan Minho.Suaminya itu langsung tak menegur dirinya namun dia faham kerana Minho bertindak begitu.

"Kenapa Mingi nak cederakan Tuan Muda?",Pakcik Minsik menyambung semula perbualan mereka yang tergendala tadi.

"Sebab...sebenarnya mendiang Eomma nak jodohkan kiteorang berdua tapi saya tak nak.Jadi dia selalu mengugut saya.Harap Samcheon percayakan saya.",Yera menundukkan kepalanya sambil berharap orang tua itu percaya penipuannya itu.

Pakcik Minsik mengangguk tanda faham.Dia dapat merasakan perasaan Yera yang terpaksa berkorban demi suaminya.

"Nanti dia sejuklah tu....Cik Muda sabar jelah ye.",pujuk Pakcik Minsik.

===

Minho menunggu seseorang di sebuah cafe.Minuman yang dipesannya masih tak terusik.

Dia melambai kecil sebaik orang yang ditunggunya masuk ke dalam cafe.Lelaki itu mengambil tempat di depannya.

"Kau sihat? Kenapa kau nak jumpa aku ni..",tanya lelaki itu.

Minho mengangguk sambil menghirup air.Tak lama kemudian,air yang dipesan Minho untuk kawannya sampai.

"Changbin-na...aku ajak kau jumpa ni sebab aku nak minta tolong.",Minho memberitahu niatnya sebenar.

Changbin mengangguk kecil.Dia sudah dapat mengagak semuanya bila Minho menelefon pagi tadi.Hari itu Minho sudah  pernah memintanya untuk membuatkan sesuatu.

"Apa dia? Isteri kau macam mana.Aku tak jumpa lagi isteri kau..asyik dengar kau cerita je.",tanya Changbin tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Siasat latar belakang isteri aku dengan lelaki yang bernama Song Mingi.", tersedak Changbin dibuatnya.

Baru saja dia bertanya khabar tentang Yera.Minho menghulurkan sampul surat kepada Changbin.

"Weh...kau ni biar betul.Aku rasa macam baru lagi kau cerita pasal kebahagiaan korang...ni suruh aku siasat bagai...wae??",tanya Changbin tak percaya.

Sampul yang dihulur Minho tadi dibiarkan dulu.Dia dapat merasakan yang Minho sekarang ada masalah.

"Aku pun tak tahu...tapi aku tak sedap hati dengan Yera.Dia menghilangkan diri seminggu...lepas tu dia balik semula ke rumah tu...siap ugut nak bunuh diri lagi kalau aku tak nak percayakan dia...kau tak rasa something ke?",Minho meminta pendapat Changbin.

Lelaki itu diam setelah mendengar luahan hati Minho.Dia yang bekerja sebagai spy,memang selalu dapat klien yang ada masalah rumahtangga.

"Arasseo....tapi aku tak boleh janji bila aku dapat inform semua kat kau.Siapa nama lelaki tadi?",Changbin bertanya sekali lagi.

"Song Mingi.",jawabnya.Changbin pun meletakkan nama itu ke dalam telefonnya sebagai next target.

===

Yera menyambut kepulangan Minho dengan senyuman yang terukir.Dia akan berusaha sedaya upaya supaya Minho lembut hati semula.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now