ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 12

Start from the beginning
                                    

"Komawo Mingi sebab datang walaupun Appa aku tak ada kaitan dengan kau.",ujarnya.

"Aku dengar cerita yang Appa kau mati bunuh diri..betul ke?",tanya Mingi tanpa memahami perasaan Seonhee ketika itu.

Mereka berdua merupakan adik beradik yang berkongsi ibu.Ayah Mingi merupakan bekas suami ibu mereka.Walaupun begitu,hubungan mereka agak rapat kerana ibu mereka bercerai secara baik dan ayah Mingi juga selalu melawat keluarga Seonhee.

"Kau tak payah nak ungkitlah Mingi.Semua ni tak akan berlaku kalau kawan Appa tak khianat Appa.Orang tua tak guna tu tak patut hidup tenang.",Seonhee meluahkan rasa hatinya.

Mingi tersenyum jahat bila satu idea muncul di kepalanya.Dia kemudiannya memegang bahu Seonhee.

"Kau nak balas dendam?",soalnya.Seonhee memandang muka Mingi.

"Apa maksud kau? Balas dendam?",tanya Seonhee sekali lagi.Mingi mengangguk.

Dia yang dikenali sebagai lelaki yang selalu keluar masuk penjara,memang sudah biasa dalam kerja yang seumpama itu.

"Kau boleh buat ke..tapi macam mana?",Seonhee mula ingin tahu lebih lanjut dengan rancangan abangnya itu.

"Aku dengar yang Tuan Lee ada seorang anak lelaki dan itulah satu-satunya pewaris syarikat dia.Aku rancang supaya kita rampas syarikat daripada anak dia.Lagipun Appa kau kan pemegang saham kedua.",dengan bijaknya dia merancang.

"Tapi macam mana aku nak buat semua tu?",Seonhee masih belum berapa faham dengan rancangan Mingi.

"Itu kau serahkan pada aku.Sebab aku kena cari maklumat untuk buat semua tu.",jawab Mingi.

"Tapi..aku buat semua ni bukan percuma.Syarat dia,kau kena bagi aku 26% daripada saham syarikat.Kau setuju?",sambung Mingi.

Seonhee mengangguk.Dia bukanlah kisah sangat dengan saham syarikat kerana niatnya yang utama ialah ingin membalas dendam atas kematian ayahnya.

===

Seorang gadis masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah.Senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Seonhee!! Seonhee!!",panggil gadis itu.Kawannya membuka pintu rumah bila terdengar suara memanggil namanya.

"Yera...kenapa ni.Happy kau lain macam je hari ni.",tegur Seonhee.Yera mengambil tempat di bangku rumah kawannya itu.

"Memang happy pun...kau dengarlah aku nak cerita ni.",Yera sudah menepuk-nepuk bahu Seonhee kerana terlalu teruja.

"Aku nak kahwin.",beritahu Yera.Seonhee agak terkejut dengan berita itu namun dia juga tumpang gembira.

"Untunglah kau...kau kahwin dengan siapa?",tanya Seonhee.Dia ingin juga tahu siapa gerangan yang buat Yera begitu gembira.

"Anak bekas majikan Appa...kau tahu tak yang majikan Appa tu pemilik Lariox Company yang terkenal.",Seonhee terkejut sekali lagi namun kali ini kerana dapat mengetahui asal usul bakal mertua Yera.

"Lariox Company? Maksud kau yang CEO dia tu nama Lee Tae Oh?",Seonhee meminta kepastian.

Yera mengangguk.Dia terlalu gembira kerana akhirnya dia dapat juga dijodohkan dengan kawan baiknya semasa kecil.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now