ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 10

Start from the beginning
                                    

"Awak nak makan?",tanya Yera lembut.Minho mengangguk kecil.Gadis itu tersenyum gembira bila Minho memberi respon.

Minho memandang Yera yang sedang menyediakan pinggan untuknya.Isterinya itu mengeluarkan timun yang masih belum dipotong dari peti ais untuk dimakan bersama nasi goreng yang dibuatnya tadi.

"Auch..",pisau diletakkan di tepi.Minho segera menghampiri Yera yang masih berdiri di depan sinki itu.

"Awak...kenapa tak hati-hati.Dalam ke luka tu?",tanya Minho risau.Yera pula masih terkejut dengan tindakan Minho.Percakapannya juga sudah seperti biasa.

Yera menggeleng lalu membasuh tangannya.Minho menyuruhnya duduk di kerusi sementara dia memotong timun.

"Awak....marahkan saya lagi ke?",tanya Yera.Minho memandang muka isterinya itu.

Marah macam sekali pun dia pada Yera,perasaan sayang itu masih ada kerana Yera juga pernah membahagiakan hidupnya.Namun dia tak menjawab soalan Yera sebaliknya terus menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Yera mengeluh kecil bila soalannya dibiar tanpa jawaban.Minho mahu makan sudah cukup baginya daripada terus dipulaukan.

Minho bangun dari tempat duduknya membawa pinggan kosong ke dalam sinki.Kemudian dia menuju ke bilik bacaannya semula.

===

Selepas beberapa hari,hubungan Minho dan Yera beransur pulih.Pakcik Minsik yang menyaksikan perubahan itu tersenyum gembira.Perbalahan antara pasangan yang berkahwin memang sudah menjadi adat.

Malam itu mereka berdua menonton tv bersama.Soonie juga turut menyertai pasangan itu.

Sebaik filem yang ditonton mereka habis,Yera menukar ke rancangan lain dan kebetulan rancangan itu menyiarkan filem seram.

"Andwaeee....tak nakk...tukar cerita lain.",Minho menggeleng-gelengkan kepalanya seperti kanak-kanak yang dipaksa makan ubat.

"Biarlah...saya nak tengok..bukan seram pun cerita ni.",Yera membantah.

"Apa yang tak seramnya...tukarlah...",rengek Minho sambil mencuba merampas remote tv dari tangan Yera.

Terjadilah pergelutan kecil antara mereka berdua.Soonie yang terlena sudah melarikan diri daripada menjadi mangsa.

"The Nun!!!",Yera menunjukkan ke arah belakang suaminya.Minho tanpa membuang masa,terus memeluk Yera.

Di fikirannya sudah terbayang muka The Nun berdiri di belakangnya.Yera pula sudah ketawa terbahak-bahak.Sudah lama dia tak bergurau senda dengan Minho.

Minho meleraikan pelukan yang terjadi tanpa sengaja tadi.Kini mereka berdua saling berpandangan.The Nun yang keluar di kaca tv juga sudah tak dipeduli.

Minho tersenyum nakal bila mukanya yang hanya beberapa inci saja dari muka isterinya.

Yera memejamkan matanya.Minho mencubit pipi Yera.Sengaja dia menyakat Yera tadi.

"Dahlah...saya nak tidur..jom",Minho menghulurkan tangannya sambil mengangkat keningnya.Yera pun yang tersenyum malu menyambut huluran tangan suaminya.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now