Sinis Aisyah lagi. Bukan main nak kenakan dia kan? Sekarang siapa yang kena main. Rasakan!

"Yelah adik bucuk masam abang ni. Macam dah tak sabar sangat je nak malam pertama. " usik Aarif.

Aisyah dan Ryan batuk serentak. Aisyah segera menampar dada abangnya. Kuat tak kuat, sakit tak sakit yang penting puas hati.

"Elok sikit mulut abang tu eh. Jangan sampai Aisyah buat abang mandul. Biar Dayang lari tinggalkan abang! "

"Wei! Apa cakap macam tu! Mulut tu memang untuk sakitkan hati orang je apa? "

Aisyah tidak membalas sebalik nya dia melemparkan jelingan tajam sebelum mengheret beg nya ke luar rumah.

"Jaga adik aku baik baik! Jangan sampai dia sampai ke tangan orang ITU. Aku serahkan separuh tanggungjawab aku pada kau. Jangan sampai kau hancurkan kepercayaan aku. "

Ujar Aarif tegas. Bukan dia tidak tahu majlis perkahwinan adiknya hari ini hampir rosak oleh kerana orang ITU. Nasib sahaja dia sempat bertindak.

"Jangan risau lah. Aku tahu macam mana nak uruskan budak tu. " jawabnya ringkas sebelum menepuk bahu Aarif.

Baru sahaja Aarif mahu mengeluarkan suara nya pantas dipotong dengan hentakkan di pintu utama.

"Ehem! Nak tanya ni? Ni nak bual sampai besok pagi ke? Rasanya dah lama si Aisyah menunggu dekat luar ni. "

"Sibuk betul. " bisik Ryan dengan senyuman sinis.

"Eh eleh! Patutnya saya yang berbual dengan abang saya. Bukan awak pun. Awak tu yang menyibuk! "

Balas Aisyah padu. Memang betul pun kan? Sepatunya dia yang perlu berbual dengan abang dia sebelum tinggal dengan mamat psycho.

Aisyah mendekati abangnya dengan senyuman sebelum dia menghulurkan tangan nya. Aarif melemparkan pandangan pelik lalu senyum.

Aarif menyambut huluran adiknya seraya tangan kiri nya mengusap kepala adiknya. Aarif melepaskan sambutan huluran namun tidak bagi Aisyah. Tangan kanan nya masih ditadah di hadapan si abang.

"Ni nak apa lagi ni? Nak salam sejuta kali ke apa? " sebelah kening Aarif diangkat tanda dia pelik dengan perangai adiknya.

"Nak duit belanja! Rumah besar, kereta besar, semua lah besar! Tak akan tak ada duit kan? Cukup untuk sampai Aisyah habis belajar pun dah elok. "

Balas Aisyah dengan senyuman. Mata nya di kedip berkali kali minta simpati. Lantak lah apa yang mereka fikir yang penting duit masuk poket!

Aarif melemparkan riak pelik. Dah ada suami kot? Dia ke, atau Ryan ni suami Aisyah. Salah makan ubat ke adiknya ni?

"Ya Allah dik! Memang lah abang mampu tanggung Aisyah sampai tujuh keturunan pun tak habis. Situasi nya sekarang yang Aisyah Adhah dah bersuami. Abang ke Ryan suami Aisyah? Aisyah semua tanggungjawab abang dah diberi pada encik suami intan payung oi! "

Aarif dan Ryan bantai gelakkan Aisyah. Tak belajar ke dekat sekolah budak ni?

"Gelak kan apa hah?! Nak kena ke? Aisyah tak nak duit dia! Duit dia haram! Dia mafia! "

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now