Chap51 : 50 [Divorce]

198 16 8
                                    

Kim Haena merenung segenap wajah Leeh Jiwon. Wanita itu seakan-akan ingin memberitahu sesuatu tetapi mulutnya bagaikan dikunci. Mengapa?

"Kau ni kenapa? Sudah lah pelik semacam aku tengok." kata Haena dengan kening yang bertaut. Lee Jiwon mula menelan liur perit. Pipinya digaru perlahan sebelum mata memandang Eunwoo disebelah.

"Kenapa ni? Cakap lah." ujar Haena sambil menepuk lengan sahabatnya itu.

"Aku takut kau terkejut, Haena."

"Kau tak cakap lagi, macam mana aku nak terkejut? Cakap lah, apa?" soal Haena dengan dahi yang berkerut. Lee Jiwon mengeluh perlahan lalu badannya dirapatkan dengan Haena.

"Aku harap kau bersabar-"

"Terus terang dekat aku. Apa ni?" bidas Haena lagi. Suasana taman hospital itu menambahkan lagi gemuruh yang ada di hati Eunwoo dan Jiwon.

Alang-alang terserempak dengan Haena sewaktu berada di bangunan itu, baik sahaja mereka ceritakan perkara yang sebenar.

"Sebelum tu... Kau buat apa dekat sini?" soal Jiwon dengan kening yang terjungkit. Kim Haena mula berdehem kecil sebelum badannya ditegakkan. Wajah Eunwoo dan Jiwon dipandang silih berganti.

"A-ada lah, tak perlu tahu pun."

"Tapi, tempat tadi kan ruang rawatan sakit puan?" celah Cha Eunwoo. Haena mula melarikan pandangannya. Bibirnya dimuncungkan dengan deheman.

"Ehm, ehm. A-aku ada ha teman kawan."

"Siapa? Aku tengok kau datang seorang je." balas Lee Jiwon sambil setia memandang Haena. Wanita itu mula memerah muka. Terasa bahang pula di pipinya sewaktu itu.

"K-kau tak kenal. Ish! Cerita lah cepat dekat aku pasla tadi. Jangan tukar topik boleh?" bicara Haena dengan suara yang mendatar.

"Oh- emm. Macam ni, Haena. Ini semua pasal Taehyung."

Dengar sahaja nama lelaki itu, terus Kim Haena mengeluh kasar. Cebikan bibir dibunyikan sebelum pandangan dilarikan. Cha Eunwoo yang melihat mula berasa hairan. Wajah Haena direnungnya lagi.

"Haena tahu ke apa yang jadi?" soal lelaki itu. Kim Haena tersenyum kecil.

"Dia ada adik?" soal Haena kembali. Lee Jiwon mengangguk lalu Kim Haena mula tersenyum senget. Anggapannya benar.

"Adik dia Elly, Kim Leehyun, kan?"

"Haena, kau bersabar tau." pujuk Jiwon sambil mengusap belakang sahabatnya itu.

"Aku dah malas fikir pasal benda tu. Dia datang rumah aku dan jelaskan semua penipuan dia."

"Taehyung pula? Dia bagitahu awak apa lagi?" tanya individu yang berada di sebelah Lee Jiwon. Haena kembali mengeluh kecil. Wajah kecewanya ditayangkan.

"Nothing. He just asked for forgiveness." kata Kim Haena. Lee Jiwon yang mendengar mula bertentang mata dengan Cha Eunwoo.

"Haena, ada benda lagi yang kau tak tahu." sambut si wanita itu dengan wajah pilu. Eunwoo mengangguk benar.

"Sebenarnya... T-taehyung dan Elly yang culik aku dan Junggi."

"Apa?"

Terkedu Kim Haena mendengarnya. Berkerut seribu dahi wanita itu dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Wajah Jiwon dipandang tanpa kalihan.

"Ya, Haena. Elly nak balas dendam pada Junggi sebab apa yang jadi pada keluarga dia dan Taehyung. Aku tak sangka yang dia sanggup buat aku macam ni eventhough kita sahabat. Aku buntu, Haena."

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now