Chap45 : 44 [Negative]

146 14 2
                                    

Aku mengemas baju-bajunya lalu disusun kemas ke dalam beg. Bersedia untuk pulang ke rumah setelah lewat 2 minggu dia berada di hospital. Aku juga dah bosan duduk di sini lama-lama.

"Dah siap?" soal aku sambil memandangnya yang keluar dari tandas. Dia mengangguk tanpa berkata. Sejak beberapa hari yang lalu, dia mula kurang bercakap dengan aku.

Ada apa-apa yang aku salah cakap ke?

"Bawa beg tu cepat sikit. Semak kepala otak duduk sini lama-lama." gusarnya dengan dengusan. Aku mengangguk kecil atas tandas akur. Beg berwarna hitam itu dijinjing di tangan kanan lalu beg sandang aku pula disilangkan.

"Awak keluar lah dulu-"

"Tak perlu cakap lah... Saya tahu mana jalan keluar. Saya tak buta lagi." celahnya sebelum aku habis berkata. Terus langkahnya diaturkan laju keluar. Keluhan dilepaskan dengan gelengan kecil.

"Kira marah je dia ni." ujarku dan melangkah keluar bersama.

Selesai sahaja aku menyatakan bil rawatan hospital, kini ke arah kereta yang diparkirkan tidak jauh dari pintu keluar pula dituju.

Laju aku berjalan meninggalkan dia dibelakang. Pintu bonet aku buka lalu beg hitam itu aku letakkan. Dia pula masih berjalan perlahan.

Sudahlah kepalanya masih lagi berbalut dan juga tangan yang masih lagi bersimen, kini boleh pula dia berjalan dibawah terik matahari ini tanpa menghiraukan bahang yang ada.

"Taehyung, cepat sikit boleh tak?" soalku sambil menutup bahagian dahi dengan telapak tangan. Cuba menghalang dari sinaran cahaya itu.

"Nampak saya ni macam pelari marathon ke? Masuk je lah dulu." balasnya agak kasar. Mula decitan berbunyi dari bibirku. Pintu bahagian penumpang aku buka untuknya.

"Tak perlu sibuk tolong saya." jawabnya dengan cebikan. Tangan aku ditolak dari memegang bahagian pembuka pintu tersebut.

"Tepi lah." Decitnya dengan jelingan. Aku sekadar mendiamkan diri dan membiarkannya bersendirian. Sebaik sahaja dia masuk, terus pintu kereta itu aku tutup. Helaan nafas aku lepaskan.

"Apa masalah dia ni..." gusarku dan berjalan menuju ke bahagian pemandu. Pintu dibuka lalu aku masuk ke dalam. Kunci kereta aku masukkan lalu penghawa dingin yang siap tersedia aku buka terlebih dahulu.

Iyalah, sudah berapa lama kereta itu tidak dihidupkan. Jadi, biarkan enjin panas terlebih dahulu.

"Buat kerja biar laju sikit boleh tak?"

"Kejap lah... Saya tengah panaskan enjin." jawabku perlahan. Dia yang mendengar hanya membalas dengan jelingan dan cebikan kasar.

"Lembab."

🌹🌹🌹🌹

Setibanya kami dirumah, aku terus mengukirkan senyuman. Beg yang tadi dijinjing diletakkan ke tepi lalu sofa yang ada di ruang tamu aku henyakkan diri. Ya tuhan, selesanya.

"Rumah siapa ni?" soal si dia yang masih lagi berada di hadapan pintu rumah.

"Rumah awak." jawabku perlahan dengan mata yang terpejam sedikit. Aku terlampau letih sejak dua menjak ni. Entah silap apa yang aku buat sampai anggota badan mula terasa sengal.

"Aku kerja apa dulu?"

"Photographer."

Balasku lagi ringkas. Lengan kananku mula menutupi bahagian wajah. Cuba mencari ketenangan yang ada. Sedikit sebanyak bunyi derapan tapak kaki dapat aku dengar.

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now