Chap50 : 49 [Case]

151 18 0
                                    

Kim Taehyung memandang lengan kirinya yang kini bebas dari balutan simen. Keluhan dilepasnya sebaik sahaja dia keluarkan diri dari pintu utama hospital.

Iphone 11 miliknya dinyalakan lalu nama seseorang dicari lalu ditekan. Telefon itu ditekapkan pada telinga dengan sebelah tangan yang bercekak pinggang.

"Hello?"

"Hm, hello. Kau dekat mana sekarang ni? Janji nak jumpa hari ni, kan?"

"Aku dekat office lagi. Kita jumpa dekat office aku je lah, Taehyung."

"Kau gila ke? Kau nak aku kena kejar dengan security guard haritu ke macam mana?"

"Kau ni, Taehyung. Tak apa, aku dah arrange kan kesemuanya. Kau masuk je nanti dia faham."

"Hm. Ok. Lagi 15 minit aku sampai."

"Ok, bro."

Pantas telefon itu dimatikan. Matanya disepetkan sedikit apabila terik matahari mencucuk pandangan matanya. Langkah diatur menuju ke arah kereta Mazda X1 yang berwarna merah.

Terpaksalah kereta Haena dipinjamnya terlebih dahulu. Iya lah, Hyundai miliknya masih lagi di bengkel kereta. Belum lagi siap dibaiki sepenuhnya.

🌹🌹🌹🌹

Taehyung melangkah laju memasuki bangunan tersebut. Dengan berpakaian hitam, rambut ditutup dengan topi dan juga berseluar jeans menampakkan kekacakannya lagi.

Mahu menggila semua wanita apabila melihat lelaki yang bernama Kim Taehyung ini. Sudah lah kacak, hidung lelaki itu yang agak mancung dan ketinggiannya yang cukup menjadi ideal type itu menambahkan lagi kesempurnaan dirinya.

Cukup mempersonakan.

Pintu bilik diketuk sebelum dibukanya. Terserlah wajah Jung Hoseok yang sibuk menyelak beberapa helaian kertas. Taehyung disambutnya dengan senyuman mekar.

"Sampai pun kau." ujar Hoseok sebelum berjalan menuju ke arah Taehyung. Jejaka itu sekadar tersenyum lalu membalas pelukan Hoseok. Biasalah lelaki.

"Kau sihat?" soal Taehyung.

"Macam ni lah. Duduk dulu, biar aku siapkan apa yang patut." kata Hoseok lagi. Taehyung akur sebelum punggungnya dihenyakkan ke atas sofa. Ruangan bilik itu dipandang lama.

Ya, memang benar dia pernah jejakkan kaki di dalam bilik itu. Bahkan sehingga bertumbuk dan bergaduh dengan Jung Hoseok. Babak itu sedikit sebanyak membuatkan Taehyung rasa sedikit bersalah dengan tindakan melulunya dahulu.

Syukur lah dia sudah ceritakan kesemuanya kepada Hoseok. Termasuklah ke mana Yoon Saeyoon dibawa lari olehnya. Bohong lah jika dikatakan yang Hoseok tidak terkejut dan marah. Wanita itu kan tunangnya.

Tetapi apa kan daya, selepas sahaja dijelaskan oleh Taehyung, kata-katanya membuatkan Hoseok faham dengan keadaan yang berlaku. Disebabkan itu lah rancangan Taehyung kini perlu dikerjasamakan dengan Hoseok. Dengan cara ini lah mereka dapat menyelamatkan Saeyoon dan Haena daripada terkena apa-apa ancaman.

"Kau pasti tak nak libatkan pihak polis?" soal Hoseok dengan kening yang bertaut. Taehyung menggeleng.

"Bukan tak nak libatkan, aku cuma- tak nak keruhkan masalah."

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now