Chap47 : 46 [Liars]

153 17 0
                                    

"Elly-"

Terkejut Haena memandang gelaran yang berada di dalam sekeping gambar itu. Cha Eunwoo dan Lee Jiwon sekadar mendiamkan diri melihat Haena.

Eunwoo mula mencebik kecil lalu bahu Haena ditepuknya perlahan. Wanita itu mula terkejut besar. Keningnya semakin bertaut dengan kerutan di dahi. Semua ini bagaikan mimpi.

"Ini pun selamat saya rapat dengan Taehyung. Ada lah sikit benda yang saya dapat tolong awak." ujar lelaki itu sedikit perlahan. Haena mula menghelakan nafasnya dengan bibir yang bergetar. Dahinya ditongkat di atas riba dengan mata yang berkaca.

"Haena, aku minta maaf. Ada sebab kenapa aku tak bagitahu kau-"

"Dia sanggup rahsiakan yang Elly tu adik dia sedangkan mereka dah pernah berjumpa dalam rumah aku haritu. Kenapa dia buat buat tak kenal dengan Elly?"

Celah Haena dengan esakab kecil. Menitis air matanya dengan mata yang terpejam rapat. Jiwon mula mengusap belakang Haena perlahan. Eunwoo sekadar memerhatikan sahaja.

"Mungkin Taehyung buat tu bersebab. Aku tak boleh bagitahu kau lagi pasal semua ni. Kau kena dengar sendiri dari mulut dia." balas Jiwon. Haena mula mengeluhkan nafasnya berat. Air mata yang mengalir di pipi terus diseka dengan jarinya.

"A-aku tak pernah terfikir yang Elly sanggup tipu aku sedangkan kita bertiga kawan rapat sejak dari dulu. Benci sangat ke dia pada aku?"

"Haena, dia sebenarnya-"

"Aku kena bawa dia jumpa Taehyung. Aku nak tengok penipuan apa pula yang dia sanggup buat."

Sambung Haena dan terus berdiri. Beg sandangnya diambil lalu disilangkan pada tubuh. Kakinya laju saja dilangkahkan menuju ke arah keretanya.

🌹🌹🌹🌹

Haena memeluk tubuh memandang ke arah pintu gelongsor rumahnya itu. Sesekali dia mengeluh dengan kening yang bertaut. Pandangan Sungai Han itu disiang hari sedikit sebanyak melegakan kerunsingannya.

"Awak tak nak makan?" tegur seseorang yang membuatkan dia tersentak. Wajahnya dipalingkan ke arah lelaki yang bersuara itu pula.

"Tak ada selera."

Jawab Haena lalu memandang telefon pintar ditangannya. Cebikan dia berikan lalu telefon itu diselitkan ke dalan poket seluar.

"Tengah tunggu siapa?"

"Elly."

Tersentak Kim Taehyung dibuatnya. Dia yang tadi berselera untuk makan kini terus mematikan pergerakannya sendiri. Langkahnya diaturkan menuju ke arah Haena dengan kening yang terjungkit.

"Siapa Elly?" soalnya sengaja. Haena mula memandang Taehyung dengan jelingan kecil.

"Kawan saya."

"Awak dah jumpa Leehyun?" tiba-tiba sahaja soalan itu diterjahnya lagi. Haena yang mendengar mula dahinya diurut sedikit. Keluhan dilepaskan dengan tangan yang memeluk tubuh.

"Belum." balas Haena ringkas. Kepalanya digelengkan sebelum dia kembali duduk di atas sofa. Kim Taehyung mula mengekorinya isterinya lalu punggung dilabuhkan di sebelah.

"Bila awak nak jumpa dengan Elly?"

"Kejap lagi dia sampai. Kenapa?" soal Haena sengaja. Taehyung hilang kata. Soalan itu dibalas dengan bibir yang dikemamkan. Sedikit sebanyak membuatkan Haena berasa hairan.

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now