Chap18 : 17 [Save]

183 21 0
                                    

Kim Taehyung kembali ke bangunan yang selalu dikunjunginya itu. Di tangannya pula dibekalkan dengan sebungkus makanan.

"Eh, kau ni lama tak datang. Tiba-tiba je muncul ni dah kenapa?" sapa seseorang yang sangat dia kenali. Jelingan kecil dia berikan sebelum terus menuju ke bilik tersebut.

"Mananya lama. Baru dua hari aku tak datang sini. Itu pun dikira lama ke?"

"Ceh. Mentang-mentang dah ada bini, adik dia dekat sini pun dia tak layan. Kau jangan sampai kau dah sayang sangat dekat dia, bang. Sampai mati aku kerjakan bini kau tu." balas Leehyun dengan diri yang agak serius.

Kim Taehyung mendecit perlahan. Hidungnya dicuit sendiri dengan gelengan.

"Buat apa aku nak sayangkan dia? Aku naik geli bila dia bermanja dengan aku. Kalau ikutkan hati, aku nak je tolak dia. Aku fikir ini semua rancangan kau je tahu? Anak tikus, sampai bila pun tak berguna. Menyusahkan aku je." jawabnya angkuh dengan jelingan yang tajam.

Kim Leehyun yang mendengar kembali tersengih senget. Kakinya pula diangkat lalu diletakkan ke atas meja. Snek yang ada disebelah dikunyahnya.

"Makanan tu kau bawa untuk siapa?" soal Leehyun.

"Untuk perempuan tu lah. Aku tahu yang kau memang tak pernah bagi dia makan, kan?" sambut Kim Taehyung lagi sambil melihat kelakuan adiknya itu. Leehyun sekadar mengangkat bahu. Malas untuk menjawab soalan abangnya itu.

Dasar manusia tak berguna.

Malas untuk melayan adiknya itu, Kim Taehyung terus menuju ke arah bilik yang dihuni oleh Lee Jiwon. Sebaik sahaja dia memasuki bilik tersebut, terus wanita itu membuka matanya. Lemah betul fizikalnya sewaktu itu.

"Aku ada belikan makanan untuk kau. Itu ubat ada sekali. Makan sampai kenyang lepastu makan ubat."

Pesan lelaki itu sambil menyuakan beg kertas hitam itu kepada wanita tersebut. Lee Jiwon tersenyum kecil lalu beg kertas itu diraihnya. Sewaktu mengambil, secara tidak sengaja dia ternampak sebentuk cincin dijari Kim Taehyung. Timbul terus persoalan di mindanya.

"Aku tunggu kau makan. Takut nanti adik aku datang, semua benda ni dia buang." sambung lelaki itu lagi. Jiwon sekadar mengangguk. Bekas makanan itu dibuka serta merta. Terliur dia dibuatnya. Terisi gulungan Kimbab dan nasi goreng Kimchi didalamnya.

"Wah. Sedapnya." puji Jiwon dengan mata yang berkaca. Seketul Kimbab dikunyahnya perlahan. Lama dia tidak dapat merasa makanan seenak itu.

"Awak beli dekat mana?" tanya wanita itu ingin tahu. Kini, nasi goreng itu pula disuapnya ke dalam mulut menggunakan sudu yang telah disediakan di dalam beg kertas tersebut. Mengalir terus air matanya apabila dapat merasa makanan sebegitu semula.

"K-kau dah kenapa menangis? Makanan je kot." Soal Taehyung tanpa menjawab persoalan wanita itu lagi. Jiwon menggeleng perlahan lalu air matanya dikesat.

"S-saya dah lama tak makan. Saya lapar. Saya rasa gembira sangat bila awak bagi saya makanan." ucap wanita itu dengan senyuman. Sedikit sebanyak membuatkan lelaki itu tersenyum kecil.

Tidaklah sejahat mana lelaki bernama Kim Taehyung ini. Ada juga baiknya. Biasalah, yang baik orangnya, mesti juga ada buruknya. Yang jahat orangnya, mesti juga ada baiknya.

Semuanya manusia biasa.

"Boleh saya tanya awak sesuatu?" tanya Jiwon dengan wajah yang ingin tahu. Kim Taehyung mengangguk sahaja tanpa mengeluarkan suaranya.

"Awak baru berkahwin?"

Tersentak lelaki itu dibuatnya. Keningnya juga terjungkit ke atas. Decitan dikeluarkan lalu dia tertawa kecil.

"Kenapa tanya ni? Tiba-tiba je kau ni." balas lelaki itu dengan gelengan.

"Cincin tu. Sebelum ni tak pernah saya tengok di jari awak. Kenapa sekarang ada? Betulkan yang awak dah ada isteri?"

Kim Taehyung yang mendengar sekadar mendiamkan diri. Cincin di jari manisnya dipandang dan direnungnya.

"Mesti isteri awak cantik kan? Ini pun mesti isteri awak yang masak kan?"

"Kau ni jangan sibuk la nak tahu pasal dia. Aku bukannya sukakan dia pun. Aku buat ni pun atas permintaan Leehyun. Perempuan tu je yang bodoh percayakan aku."

Pantas dia mencelah dengan helaan nafas yang agak lama. Lee Jiwon yang mendengar terus terdiam. Takut pula nanti angin lelaki itu berubah, tidak pasal sahaja nanti dia pula yang kena.

"Hah, aku ada benda nak bagitahu kau." kata lelaki itu dengan suara yang perlahan. Jiwon sekadar mengangguk dan mendengar.

"Malam esok, aku nak kau larikan diri dari sini. Jangan risau, aku ada untuk cover kau. Malam esok Leehyun tak ada. Dia ada temu janji dengan isteri aku. Kau kena sediakan diri, faham?"

Arahnya dengan suara yang perlahan. Lee Jiwon yang mendengar semakin lebar senyumannya. Air matanya kembali menitis. Akhirnya, dapat juga dia melepaskan diri dari tempat itu dengan bantuan orang yang membunuh suaminya sendiri.

Walaupun perit, dia tidak boleh melepaskan peluang yang ada. Jika tidak, pasti dia dengan anaknya akan mati tidak lama lagi.

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now