Chap9 : 08 [Confessed]

257 25 0
                                    

Hari demi hari berlalu dan aku semakin kerap berjumpa dengan dia. Ya tuhan, aku harap sangat yang dia betul betul serius dengan aku.

"Sedap ke?"

Aku mengangguk. Aiskrim berperisa strawberi itu aku makan dengan penuh nikmat. Dia tersenyum lalu mengeluarkan sehelai tisu. Comot di bibir dilapkan dengan menggunakan tisu tersebut.

Alaahai, janganlah begini. Aku tak kuat ni.

"Makan jangan comot comot. Nanti tak comel." ujarnya dan kembali tersenyum. Aku sekadar mengangguk.

"Saya rasa saya nak jumpa family awak la-"

Menyembur aku dibuatnya. Aku terkedu? Ya, aku terkedu dan terkejut. Dia ni serius sangat ni.

"Eh awak okay tak? Takkan saya cakap macam tu pun awak dah tersedak macam ni." balasnya sambil menghulurkan sebotol air mineral.

"S-saya terkejut la. Ada pula nak jumpa family saya." air itu aku teguk dengan rakus. Jantung aku berdegup dengan kuat.

Ya tuhan.

"Iye la. Sampai bila kita nak macam ni? Mungkin kalau kita dah duduk sebumbung nanti, kita boleh kenal dengan lebih rapat?"

"Awak tak sudi ke nak kahwin dengan saya?" soalnya lagi. Aku mula terdiam. Bibirku dikemamkan. Pipiku yang tidak gatal tanpa sebab digaru perlahan.

"Tak apa la kalau macam tu. Saya tahu awak tak su-"

"Eh, jangan cakap macam tu. S-saya sudi. Cuma... tak terlalu cepat ke? Kita baru seminggu kenal. Latar belakang awak pun saya tak tahu." jawabku dengan was-was.

Dia tersenyum lalu helaan nafas kecil dihembuskan. Aku terdengar seperti dia mengeluh kesal.

Aku salah cakap lagi ke?

"Awak rasa saya ni jahat ke?"

Sah. Aku dah kecilkan hati dia.

Mataku dipejamkan sedikit dengan cebikan dibibir. Mencari ayat untuk dituturkan semula.

"Tak... Okay, macam ni. Saya tak bermaksud nak kata macam tu pada awak. Saya cuma tak yakin yang saya bersedia."

"Kalau awak dah ubah perasaan awak pada orang lain nanti macam mana?" libasnya lagi dengan mata yang redup.

Dia ni suka buat aku rasa bersalah tau.

Aku menghela nafas kecil. Aiskrim yang semakin cair itu aku biarkan sahaja.

Kalini aku kena buat keputusan yang tepat. Aku tak nak jadi macam dulu. Sehari sahaja lagi aku ingin menjadi isteri kepada si dia. Tiba-tiba sahaja dia batalkan tanpa sebab dan terus membuatkan aku hilang rasa untuk berkahwin.

Sekaligus lelaki yang hampir menjadi suamiku itu membuatkan satu keluarga membenci diri aku sehingga sekarang.

Dan hari ini, Taehyung pula yang bertanya. Apa yang perlu aku jawab?

"Haena? Kenapa tak jawab?"

"Ah? Oh- S-saya-" aku mati kata. Wajahnya aku pandang dengan wajah yang janggal. Dia kembali mengeluh lalu menggosok rambutku perlahan.

"Tak apa. Saya bagi awak masa. Nanti awak bagitahu saya okay?" katanya lalu kembali tersenyum mekar. Lega aku dibuatnya. Aku fikir dia mahu mendesak aku sehingga terima. Rupanya tidak.

"Saya sayang awak, Haena."

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now