Chap32 : 31 [Fire]

161 17 2
                                    

Dia menunggu di sebuah kawasan yang tidak dikumpul oleh ramai orang. Ditangannya disertakan dengan kunci-kunci yang terikat bersama. Bibirnya ditarikkan dengan senyuman jahat.

"Apa kau nak aku buat?" soalan seseorang membuatkan dia menoleh ke belakang. Topeng mukanya dibuka lalu wajah individu itu dipandangnya.

"Kerja mudah. Aku nak kau ikut perempuan tu dan pastikan dia mati. Malam ni juga." balasnya lalu kunci-kunci tersebut diberikan kepada individu yang ada dihadapannya.

"Kunci-kunci ni untuk apa?"

"Kau tahu bila kau akan gunakan nanti. Pastikan kau tak terlepas pandang dengan dia. Kalau tidak, upah kau aku tarik semula." jawab perempuan itu lagi. Individu tersebut sekadar mengangguk lalu langkahnya mula diaturkan pergi.

🌛🌛🌛

Kim Haena memberhentikan keretanya di tempat parkir yang ada berhadapan dengan butiknya sendiri. Suasana sewaktu malam itu menambahkan kesunyian di tempat itu. Kereta Mazda X1 itu dikunci lalu langkahnya diaturkan ke butiknya sendiri.

Pintu butik itu dibuka selepas selesai memasukkan kunci. Lampu-lampu yang ada didalam butik itu semua dinyalakan serta merta.

Kini suasana mula menjadi cerah. Kunci butik ditinggalnya ke atas meja kerja lalu dia melabuhkan diri ke atas kerusi. Laptop dinyalakan untuk memulakan kerja.

Entah mengapa lah dia mahu menyiapkan kerja itu pada malam hari. Padahal masih banyak lagi masa yang boleh dia siapkan esok pagi.

"Mana folder pasal tempahan dia ni..." gusar Haena sambil menggerakkan tetikus. Matanya tidak langsung dilarikan dari cermin komputer riba itu.

"Kenapa dalam banyak-banyak butik yang ada, dia masih lagi nak pilih butik aku? Dah memang nak cari gaduh ke?" ujar Haena lagi. Keluhan berat dilepaskan dengan jelingan geram.

BANG!

Satu bunyian kuat membuatkan Haena terkejut. Pandangannya mula dialihkan ke arah ruang stor. Dahinya mula berkerut seribu. Tetikus itu dilepasnya dengan kepala yang dijengukkan.

"Apa tu?"

Soalnya sendiri. Selepas beberapa saat, bunyian itu dihiraukan semula. Pandangannya kembali ke arah cermin laptop.

"Kucing kot-"

BANG!

Terkejut dan tersentak Haena untuk kesekian kalinya. Kali ini naluri hatinya dapat merasakan yana ada benda tidak baik akan berlaku. Nafasnya ditarik dengan air liur yang ditelan perit. Berdetak laju jantungnya berdegup.

"Si-siapa tu?"

Soal Haena dan mengaturkan langkah ke arah ruang stor di bahagian belakang butik. Matanya melilau ke sekeliling tempat. Takut-takut terlihat sesuatu yang pelik.

"Siapa tu?" tanyanya lagi lalu terus masuk ke dalam bilik yang dipenuhi dengan kotak-kotak yang berisikan pakaian-pakaian baharu.

Setiap rak dan kabinet itu dilalunya dengan flashlight pada telefon pintarnya. Mula menggeletar tangannya sewaktu itu.

BANG!

"SIAPA TU!"

Jeritnya dan menyuluhkan lampu tersebut ke arah pintu stor semula. Terjegil mata Haena dengan diri yang ketakutan.

'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now