Chap41 : 40 [Unexpected]

139 14 4
                                    

Haena mengeluh kecil sambil memandang seplastik ubat yang terkandung di dalam beg tersebut. Baru pagi tadi dia asyik mual tak henti-henti. Dia sangkakan bakal ada berita yang mengembirakannya sewaktu berjumpa dengan doktor.

Tetapi hampanya, tidak.

"Tak ada rezeki lagi." katanya sendiri lalu ubat-ubatan itu diletakkan ke dalam beg sandang. Langkahnya diaturkan ke arah sebuah kedai makan yang telah dijanjikan oleh dua orang sahabatnya.

Terlihat Daehwi dan Sohyun tersenyum gembira melihat Haena yang menuju ke arah mereka. Tempat disebelah Daehwi diambilnya.

"Apa doktor cakap?" soal Sohyun terburu-buru. Haena yang mendengar terus menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Keningnya terjungkit ke atas memandang Daehwi dan Sohyun yang dari tadi merenung dirinya.

"Masuk angin sebab aku makan lambat. Itu yang mual tak henti tu."

"Are you sureeee? You don't even seems like that."

Ujar Daehwi dengan dahi yang berkerut. Haena mengangguk benar lalu kentang goreng yang terhidang elok di dalam bekas beraga diambilnya.

"Habis tu, kau punya jerawat dekat dahi dengan hidung tu? Bukan itu salah satu petanda ke? Maksud aku... yeah, pertukaran hormon?"

Soal Sohyun pula. Haena yang mendengar hanya memandang redup. Dagunya ditongkat ke atas meja lalu bahunya diangkat.

"Kau dah pergi jumpa dermatologist?"

"Kejap lagi lah aku pergi. Alah nanti hilang lah benda ni. Malas lah aku fikir. Nanti buat aku hilang mood je." balas Haena dengan cebikan. Air yang terkandung di dalam bekas itu disambarnya pula.

"Kau ada bagitahu suami kau tak yang kau pergi klinik tadi?" soal Daehwi yang sedang menggigit seketul Bbq Chicken. Haena sekadar menggeleng dengan wajah yang masam.

"Nanti kau cuba pergi klinik lain. Mungkin result dia lain?"

"Mana-mana klinik pun sama je, Sohyun. Takkan lah doktor boleh salah check pula kan?" balas Haena dengan mulut yang masih lagi mengunyah kentang goreng itu. Sohyun mula mendiamkan diri.

Sambil Haena sibuk menjamu seleranya yang tidak seberapa itu, tiba-tiba telefon barunya berbunyi. Terus dia keluarkan dari poket beg sandang yang terletak di atas riba.

Panggilan dari nombor yang tidak dikenali itu dijawab. Mungkin nombor kawan-kawannya yang masih belum disimpan?

"Hello. Siapa ni?"

"Ini Kim Haena ke yang sedang menjawab?"

"Emm- ya. Kenapa ya?"

"Kami dari pihak hospital ada berita yang kurang baik untuk puan."

"H-hospital?"

Terkedu Kim Haena mendengar nama tempat yang disebut. Mula hatinya rasa tidak tenang. Wajah Sohyun dan Daehwi dipandang dengan reaksi yang seakan-akan kerisauan.

"Ya. Puan boleh datang ke hospital dengan segera? Suami puan, Kim Taehyun, bukan?"

"B-betul lah tu. K-kenapa dengan dia?"

"Dia kemalangan teruk, puan. Kereta suami puan hampir sahaja terjatuh dari jambatan yang menuju ke laluan Sungai Han. Saya minta puan datang ke hospital dengan secepat mungkin. Kami perlukan pengesahan puan untuk meneruskan pembedahan."

"Saya akan datang- teruskan pembedahan tu."

"Baik, puan."

Terus panggilan itu dimatikan. Bebola mata Haena mula berkaca. Wajah Sohyun dan Daehwi dipandang dengan tangan yang menggeletar. Air mata wanita itu mula mengalir membasahi mimpi yang menimbulkan terus tanda tanya kepada mereka berdua.

"Weh, Haena, kau menangis ni-"

"Taehyung accident atas jambatan Sungai Han." sebut Haena dengan suara yang kelam.

Sohyun dan Daehwi yang mendengar mula terbeliak mata mereka. Wajah Haena dipandang dengan pandangan yang susah untuk dipercayakan.

🌹🌹🌹

Haena memasuki ke dalam ruangan bilik yang baru sahaja ditempatkan oleh Kim Taehyung. Baru sahaja sebentar tadi suaminya itu selesai rawatan dan pembedahan. Jam pula sudah menunjukkan tibanya waktu malam. Lama juga wanita itu menunggu seorang diri. Sohyun dan Daehwi juga baru sahaja pulang ke rumah mereka masing-masing.

Air mata Haena mula berderai memandang Taehyung yang masih dalam keadaan koma. Dengan kepala yang berbalut, tangan kanan yang disimenkan dan bahagia tengkuk yang patah.

"Kemungkinan dia terlampau stress sehingga dia terleka memandang laluan kerana saya tidak nampak apa-apa petanda yang dia mabuk ataupun dia dalam keadaan yang mengantuk."

Kata-kata doktor itu membuatkan Haena kembali lemah. Susah untuk dia terima perkara yang berlaku ini. Kerusi di sebelah dilabuhnya dengan tangan yang ditongkatkan pada wajah. Air mata sedih wanita itu tidak henti-henti mengalir.

"Awak fikirkan apa sampai accident, Taehyung. A-awak serabutkan apa-"

Ujar Haena dengan seduan. Teresak-esak wanita itu dipangukan suaminya. Kim Taehyung pula hanya kaku tanpa bergerak. Nasib sahaja nyawanya masih panjang, jika tidak, habis kesemuanya.

"Apa yang saya perlu buat, Taehyung- apa yang perlu saya buat-" soalnya dengan tangisan yang deras. Kepalanya dilapikkan ke atas tilam dengan air mata yang menitis.

"Macam mana saya nak kembalikan awak yang dulu nanti- saya buntu, Taehyung-"

"Suami puan kehilangan banyak darah. Kepalanya terhentak kuat pada sesuatu benda dan itu boleh menyebabkannya hilang ingatan. Saya tak jamin yang dia akan jadi sebegitu tetapi- saya minta maaf, puan."

"Kenapa, Tae-hyung. Kenapa?"

Haena mula menyoalkan dirinya sendiri. Sungguh perit apa yang dia rasakan sewaktu ini. Dirinya seakan-akan terhimpit dengan masalah. Wanita itu baru sahaja selesai dari masalah dan sekarang ini masalah lain pula yang menimpanya.

"Saya nak awak yang dulu- tolonglah... J-jangan bebankan saya lagi- Taehyung-"

"Saya dah penat dengan masalah. Saya dah penat nak hadap semua ni- tolonglah kembali macam dulu, Taehyung."

Ujar Haena sambil membaringkan kepalanya di tepi katil tersebut. Esakannya masih lagi tidak terhenti.

Apa yang perlu dia buat supaya Kim Taehyung mudah untuk mengingatinya semula?

----------

Don't forget to vote and comment!


'Mysterious Partner' X [ KTH ]Where stories live. Discover now