"Along gerak dulu." ujar seorang lelaki yang tinggi lampai dan segak itu. Lelaki itu pun menggalas beg sandangnya di bahu kemudian dia pun pergi ke arah ibu nya lalu dia pun salam dan mencium pipi ibunya. Dia pun dengan pantas ,memakai kasut lalu masuk ke dalam keretanya.
Entah mengapa hatinya berdebar debar seperti akan berlaku nya perkara yang di luar jangkaan si dia.
♛Muhammad Aqil Fayyad♛
"Bushh!!"
"Arghhh!" jeritan remaja lelaki itu memeriahkan lagi pagi yang sunyi itu.
"What the-" belum sempat dia ingin menghabiskan ayat nya, kedengaran seorang wanita menarik telinganya dan menyebabkan dia menjerit.
"Kamu nak mencarut ye Am? Meh sini mama kasi tarik telinga Am ni biar jadi macam telinga keldai." nada ibunya kedengaran seram di telinga Am.
"Hehe, ma ampun ma, Am tak mencarut pun ma. Ma tak elok ma, lepaskan telinga Am ma, pleasee."
"Haih lah, dah cepat bangun mandi. Kamu dah lambat nak pergi sekolah sebenarnya. "
"WHAT! MA! Oh my god! Dah lambat doh, shif! Shif! " Nak mencarut tak boleh, so kita tukar lah jadi shif, naya je kena tarik telinga agi. Gerutu hati Am.
Dengan pantas, dia pun masuk ke dalam bilik air.
♛Muhammad Ikram♛
Dengan gaya yang santai dan tenang, seorang lelaki yang tinggi lampai melangkah masuk ke dalam kelas lalu mengambil salah satu tempat kosong lalu lelaki itu pun duduk.
Lelaki itu mengeluarkan novel yang baru dibelinya semalam untuk di baca. Dia tidak sempat nak membaca semalam kerana terlalu sibuk dengan sukan nya itu.
Dia pun mula membaca dan tumpuannya hanya dituju kepada novel tersebut. Hanya dia dan novel di dunia itu.
♛Muhammad Syafiq Aryan♛
"Oh my god!"
"Smartnya"
"Cool nya! "
Bisikan yang dilempar kan oleh orang sekeliling nya hanya dianggap lalat yang mengacau kehidupan si dia.
Si dia mencapai earphone yang berada di kocek sebelah kanan lalu di pasang di telinga dan kemudian dia pun memutarkan lagu untuk menghilangkan bisikan yang dia dengar sepanjang tempoh perjalanan nya ke kelas.
♛Edwin Karl♛
"Hey sweetie! Goodmorning!" laung si dia sambil melambai lambai ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berjalan menuju ke arah kelas.
Pelajar perempuan tersenyum malu dengan teguran lelaki yang boleh dikatakan agak popular di sekolah mereka.
Lelaki itu hanya tersenyum sinis dengan gelagat mereka. Tch, perempuan. Pantang nampak lelaki good looking terus merenyam.
Dia pun melangkah pergi dari kawasan tersebut lalu dia pun menuju ke arah cafe untuk membeli makanan untuk dia mengalas perut.
♛Rayyan Zafran♛
Mana stokin aku ni! Jap beg beg? Waduh, serabut nya lahai untuk first day! Gerutu si dia sambil kelam kabut mencari.
"Adik! Cepat turun. Awak dah lambat nak pergi sekolah ni!" jerit si ibu memanggil anak nya yang sedang kelam kabut di dalam bilik.
Alamak! Ni kalau aku gila ni bawa badan je pergi sekolah ni. Argh! Lantak la apa nak jadi. Pergi je lah, dah lambat ni. Pening kepala dia memikirkan mana barangnya hilang.
"Ibu, adik pergi dulu lah bu. Dah lambat sangat ni. Bye Bu!" dengan laju dia menyalam ibunya dan dengan laju dia berlari keluar mengambil basikal nya di garaj.
Si dia pun mengayuh dengan laju menuju ke sekolah.
♛Muhammad Nur Yazid♛
Apa akan terjadi bila mereka bertembung? Menjadi kawan atau musuh? Jom kita saksikan.
YOU ARE READING
AISERY
Teen Fiction"Oi! Makanan aku oi!" Satu tragedi menemukan mereka semua. "Perangai macam gegirl, ini yang diorang kejar selama ni?" Perangai yang tidak dijangka. "Apa kata kita revenge? Bosan lah asyik jadi baik." Penat, pening, stress. Itulah mereka AISERY Start...
