Bab 48: Separuh Hati.

Beginne am Anfang
                                    

Dia kembali memandang wajah Tengku Ashraf.

"Okey.. Baguslah kalau Abang dah tahu. Jom teman Mell." Ujarnya. Seraya mahu pergi.

Namun Tengku Ashraf pantas menghalang jalannya.

"Mell nanti. Abang tak habis cakap lagi." Ujar Tengku Ashraf.

Dia berkerut dahi memandang Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf pula memandangnya tajam.

"Abang... Abang datang sini untuk halang Mell ke?." Selorohnya.

Tengku Ashraf mengeluh kecil.

"Tak.. Bukan macam tu Mell.. Abang cuma"

"Abang cuma apa?." Potongnya sebelum sempat Tengku Ashraf menghabiskan bicara.

Tengku Ashraf terdiam seketika memandangnya. Seraya berkata.

"Dia tak ada dekat sini."

Berkerut lagi dahinya.

"Mana Abang tahu?." Soalnya.

"Mana Abang tahu tu tak penting. Tapi apa yang pasti. Dia memang tak ada dekat sini." Ujar Tengku Ashraf cuba meyakinkannya.

Dia terdiam.

"Mell cuba tengok sendiri. Dia ada ke dekat dalam sana?." Soal Tengku Ashraf sambil menunjuk kearah kafe.

Dia tetap diam.

Ya, memang dia tidak melihat kelibat atau sosok Hanif. Namun melihat dua orang barista yang berpakaian sama dengan pakaian Hanif yang dikirim temannya, membuatkan dia yakin lelaki itu berada didalam kafe tersebut.

"Mell.."

Panggilan Tengku Ashraf mematikan lamunannya. Dia memandang Tengku Ashraf.

"Okey... Bagitahu Abang apa yang buat Mell yakin dia ada dekat sini?." Soal Tengku Ashraf. Mungkin kerana dapat melihat air muka keraguannya.

Dia melepaskan keluhan berat. Dia tidak punya pilihan lain, selain dari menunjukkan gambar tersebut kepada Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf berkerut dahi saat melihat gambar tersebut.

Jadi betullah dia ada dekat sini. Getus Tengku Ashraf didalam hati.

"Sekarang apa kata Abang?." Soalnya.

Tengku Ashraf memandang kearahnya. Mata itu meniliknya dari atas kebawah.

Tak. Aku tak boleh biarkan Mell jumpa dia dalam keadaan Mell macam ni. Sebelum Mell jumpa dia. Aku kena jumpa dulu. Aku kena pastikan pertemuan dia dan Mell, tak akan melukakan hati Mell. Tutur Tengku Ashraf didalam hati.

"Mana Mell dapat gambar ni?. Bila Mell dapat?." Bertalu-talu soalan Tengku Ashraf ajukan.

Dia menghela nafas panjang. Seraya berkata.

"Sebenarnya Mell dah lama dah mula cari Hanif. Saje Mell tak nak bagitahu Abang dengan As. Sebab Mell tak nak susahkan Abang dengan As. Mell dapat gambar ni bulan tiga hari tu, kawan Mell yang hantar."

"Mell ada buat research tak sebelum datang sini?." Tanya Tengku Ashraf lagi.

"Abang. Kalau Mell tak buat research. Mesti awal-awal lagi Mell dah datang sini. Kafe ni baru enam bulan dan cuma ada satu cawangan je dekat Malaysia." Ujarnya.

Tengku Ashraf mengeluh panjang dan berkata.

"Mell. Lima atau enam bulan bukannya sekejap. Boleh je jadi dia dah tak kerja dekat sini lagi. Sekarang cuba Mell tengok dekat dalam tu. Mell ada nampak dia ke?."

Jauh Dari Cinta. [E].Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt