Bab 46: Setelah Dia Pergi.

4.6K 147 14
                                    

NINA Menarik beg besarnya keluar dari bilik. Email berhenti kerja sudah dia hantar minggu lepas.

Flashback.

Dia keluar dari biliknya dan menarik rapat pintu biliknya itu dari luar.

"Anep." Gumamnya terkejut sebaik berpaling kebelakang.

Hanif yang sedang duduk disofa. Segera bangun dan menghampirinya.

Dia menapak kebelakang.

"Kau buat apa dekat rumah aku?. Macam mana kau boleh masuk?." Soalnya gugup.

Hanif menatapnya tajam, seperti mahu menelannya.

"Apa kau dah buat Nina?!." Soal Hanif mengetap bibir.

"Ap.. Ap.. Apa aku dah buat?." Dia bertanya gagap.

"Jangan tipu aku Nina!. Cakap dengan aku apa kau dah buat?!." Tengking Hanif dihadapan wajahnya.

"Mana ada aku buat apa-apa." Ujarnya menafikan.

"Betul kau tak ada buat apa-apa?." Soal Hanif lagi, tetapi dengan ton suara rendah.

Dia diam. Tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng.

Namun tiba-tiba Hanif menyoal soalan yang dia tidak terfikir pun.

"Kereta kau mana?."

Dia diam. Jantungnya berdegup laju, takut kebenaran terungkap.

"Jawab aku Nina! Kereta kau mana?!." Tengking Hanif lagi.

Membuatkan bahunya sedikit terhenjut. Namun dia segera menunduk.

"Yang kau sibuk nak tahu mana kereta aku kenapa?." Balasnya cuba beriak seperti biasa.

Hanif tiba-tiba mencengkam kedua bahunya.

"Kau yang cuba culik anak aku kan?!."

Dia terkejut. Matanya terkebil-kebil memandang kedalam anak mata Hanif.

"Mana ada.." Jawabnya gugup.

"Jangan tipu aku Nina!." Tengking Hanif lagi.

Membuatkan dia terkedu. Namun matanya tidak beralih dari memandang mata tajam Hanif saat ini.

"Kau tahu yang kau akan buat aku bertambah benci dekat kau?!." Tutur Hanif mengetap bibir.

Hanif melepaskan bahunya dan berpaling ingin pergi.

"Ya!." Katanya meninggikan suara.

Hanif berhenti melangkah dan berpaling kembali kearahnya.

"Memang aku yang culik anak kau!." Ujarnya. Sejurus itu air mata mengalir membasahi pipinya.

Hanif kembali menghampirinya.

"Puas hati kau!. Itu yang kau nak dengar kan?!." Ujarnya pula menengking Hanif.

Mata berkaca Hanif memandang kedalam matanya.

"Kenapa kau buat macam tu Nina?." Soal lelaki itu lembut kepadanya.

"Sebab kau benci aku!. Kau tak cintakan aku!." Ujarnya meninggi suara.

Hanif terduduk mengalirkan air mata dihadapannya.

"Apa aku dah buat pada kau Nina?. Sampainya hati kau hancurkan aku macam ni sekali." Gumam lelaki itu.

"Lepas kau musnahkan hati aku.. Kau tak layak untuk bahagia Hanif." Tuturnya tanpa memandang Hanif yang terduduk dihadapannya.

Hanif membisu sambil terus mengalirkan air mata.

Dia berjalan kearah meja dan mengambil surat doktor yang telah renyuk dan melemparnya kewajah Hanif yang masih terduduk.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now