Bab 33: 😶

2.6K 73 4
                                    

ARMELL Meletakkan telefon pintarnya didalam poket blazer yang dipakainya.

"Ariana?." Gumam bibirnya.

Tiba-tiba telefon pintar didalam poket blazernya berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

Armell melihat nama Hanif yang tertera diskrin.

"Hanif. Kenapa dia call aku?." Gumamnya.

Setelah berfikir dua tiga kali. Dia menjawab juga panggilan tersebut.

"Assalamualaikum." Sapa Hanif didalam talian.

"Waalaikumsalam." Jawabnya gugup.

"Maaf ganggu awak pagi-pagi ni. Awak free?."

Berkerut dahi Armell apabila Hanif bertanya demikian.

Sekejap. Kenapa dia nak tahu aku free ke tak?. Armell. Dia dah jadi laki orang. Kau kena ingat tu. Ujarnya mengingatkan diri sendiri.

"Hanif, saya sebenarnya..." Belum habis dia mahu mengotakan alasannya.

"Kalau free. Datanglah hospital. Mak nak jumpa awak."

Berkerut dahi Armell mendengarnya.

"Hanif." Armell mengeluh panjang. Sia-sia sahaja kerana lelaki itu telah pun mematikan talian sebelum dia sempat memanggil.

Armell melepaskan keluhan kecil.

"Ada apa Mak nak jumpa aku?." Getus hatinya.

_
MELIHAT Huda keluar dari bilik wad. Nina bergegas masuk kedalam bilik tersebut.

"Along..." Terdengar suara Aini dibalik tirai.

Nina menutup rapat pintu bilik.

"Along ke tu?. Along tolong Mak. Long. Adik turun bawah kejap.."

Nina mengatur langkah perlahan menghampiri katil Aini.

"Kenapa Along ni diam je?."

Aini menyelak langsir yang menghalang pemandangannya.

Nina terkejut apabila Aini tiba-tiba menyelak langsir tersebut.

"Mak cik." Gumamnya. Dia segera mencium tangan Aini.

Namun Aini laju menolaknya, sehingga dia hampir terjatuh.

"Lepas apa kau dah buat pada keluarga aku. Berani kau datang sini." Ujar Aini.

"Makcik. Nina minta maaf... Nina tahu Nina buat salah... Tapi percayalah Makcik. Nina buat semua ni bersebab." Tutur Nina.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Cukup-cukuplah berlakon depan aku." Ujar Aini.

Nina meraih lagi tangan Aini.

"Makcik tolong jangan buat Nina macam ni... Nina dah tak ada siapa-siapa. Nina minta maaf Makcik.. Tolong maafkan Nina."

"Nurse! Nurse! Doktor!." Teriak Aini meminta bantuan.

Pintu bilik wad dikuak dari luar.

"Kak Nina." Gumam Huda dimuka pintu.

Dia bergegas menghampiri ibunya dan menarik Nina menjauhi Ibunya.

"Kau buat apa dekat sini hah?." Tengking Huda memarahi Nina.

"Adik.." Panggil Aini. Harus dia akui memang dia marahkan Nina. Tetapi dia tidak suka melihat anaknya kurang ajar terhadap orang yang lebih tua.

"Huda. Tolong maafkan Kak Nina. Kak Nina tahu ini semua salah Kak Nina.. Tolong bagi Kak Nina peluang kedua." Rayu Nina mengalirkan air mata.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now