Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.

2.9K 88 3
                                    

TENGKU Ashraf merenung langit malam diluar balkoni.

Flashback.

"Kenapa Mell nak jumpa Abang?." Tanya dia.

"Abang. Apa kata kita buat press conference."

Berkerut dahinya mendengar cadangan Armell.

"Untuk apa?." Tanya dia.

"Bagitahu semua orang yang kita akan bertunang dan berkahwin dihari yang sama." Ujar Armell.

Dia tersenyum, seakan tidak percaya mendengarnya.

"Maksud Mell?. Mell dah bersedia nak kahwin dengan Abang?." Tanya dia.

Armell tersenyum, mengangguk.

Dia terdiam. Tidak tahu bagaimana dia mahu menggambarkan perasaan gembiranya tika itu. Seraya tertawa dan meraup wajah dengan kedua tangannya.

"Ya, Allah... Abang tak salah dengar ke ni?." Ujarnya teruja.

Armell menunduk.

"Okey... Bagitahu Abang bila Mell nak buat press conference tu?." Tanya dia lagi.

"Esok." Jawab Armell.

Berubah air mukanya.

"Esok?. Kejap. Bila tarikh Mell nak kita kahwin ni?." Tanya dia.

"Hujung minggu ni." Jawab Armell.

"Hu?. Hujung minggu ni?. Mana sempat." Ujarnya terkejut.

"Abang. Kita buat simple je. Pagi bertunang dan malam tu kita nikah. Tak payah nak jemput ramai orang. Lagipun Mell malu lah... Sebab inikan pernikahan kedua Mell." Ujar Armell.

End Flashback.

"Tapi ini pernikahan pertama Abang." Gumam bibirnya tanpa sedar.

Dia kemudian menghela nafas panjang. Seraya membuang pandangannya ke langit.

"Nasib kau lah Ashraf Iskandar. Kau yang nak kahwin dengan dia kan..." Ujarnya kepada diri sendiri.

_
AIMAN Masuk kedalam bilik kakaknya untuk mengambil pakaian kakaknya, untuk dibawa ke hospital.

Setelah mengeluarkan pakaian yang hendak dibawa. Dia menarik beg diatas almari pakaian.

Berterabur kepingan gambar seiring jatuhnya beg tersebut.

Ish... Seloroh Aiman. Seraya mencampak beg ditangannya diatas katil dan beliau pun membungkuk mahu mengutip kembali kepingan gambar yang jatuh.

Dia tersenyum melihat gambar-gambar lama sewaktu dia masih kecil bersama kakaknya dan dan bakal Abang iparnya sekarang. Sedang dia leka mengamati gambar-gambar tersebut. Dia terpandang sekeping gambar lagi, dia segera mengambilnya. Berkerut dahinya apabila melihat dua orang didalam gambar tersebut.

"Inikan Kak Mell." Gumamnya pelik.

Kak Mell dengan Abang Hanif. Apa hubungan dia orang?. Kenapa gambar ni ada pada kakak aku?. Getus hatinya.

Flashback.

"Aku nak kena buat apa lagi Aiman?." Soal Nina dengan air mata bercucuran.

Dia jadi serba salah. Dia memegang bahu Nina tanpa berkata apa-apa.

"Susah sangat ke dia nak lupakan perempuan tu?. Apa lebihnya perempuan tu? Dan apa kurangnya aku?." Ujar Nina sambil memukul bahunya berkali-kali.

End Flashback.

Bergenang air Aiman apabila teringatkan kakaknya.

Kak Mell ke yang kau maksudkan kak?. Getus hatinya.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now