Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.

2.6K 108 16
                                    

WHATSAPP

Keluar jumpa saya.

Saya ada depan rumah awak.

HANIF Berkerut dahi membaca pesanan whatsapp dari Tengku Ashraf.

Pelik. Ada apa nak jumpa aku malam-malam. Siap datang rumah lagi. Ke dia dah tahu yang Ariana ada dekat sini. Gumam Hanif dalam hatinya.

Dia melihat kearah Ariana yang sedang makan malam bersama Huda dekat meja, langsung tidak perasan dia yang memandang. Melihat Ariana demikian, dia bingkas bangun dari sofa dan keluar dari rumah.

HANIF Melihat dari jauh Tengku Ashraf yang sedang diri berpeluk tubuh, sambil bersandar dekat kereta.

Dia mengeluh panjang. Kalau tidak mengenangkan lelaki itu ialah majikannya. Memang dia tidak mahu bertemu lelaki itu. Pengecut dan mementingkan diri. Itulah yang ada difikirannya jika ada yang bertanya kepadanya siapa Tengku Ashraf.

Kini dia benar-benar sudah hampir dengan Tengku Ashraf. Dia berdehem untuk menyedarkan lelaki itu akan kehadirannya.

Tengku Ashraf menoleh kearahnya.

"Tengku nak jumpa saya?." Tanya dia formal.

TENGKU Ashraf yang sedang bersandar dekat keretanya, menegakkan tubuh dan berdiri tegak menghadap Hanif.

"Ya. Saya nak jumpa awak." Katanya sambil memegang tangan kanannya yang berbalut.

Hanif berkerut dahi melihatnya.

"Kenapa dengan tangan Tengku?." Tanya dia gagap.

Tengku Ashraf melihat tangannya, seraya tersenyum memandang Hanif.

"Saya tumbuk cermin bilik air dekat rumah saya.." Jawabnya bersahaja.

Hanif terdiam. Dia ni psyco ke apa?. Tak reti nak cover langsung ke?. Getus hatinya.

Tengku Ashraf tersenyum melihat air muka Hanif.

"Tapi ke" Hanif terdiam.

Rasanya tak perlu aku tanya kot. Getusnya dalam hati.

Ehem... Dia berdehem, dan memandang wajah Tengku Ashraf.

"Tengku nak jumpa saya. Ada apa?." Tanya dia.

Tengku Ashraf tersenyum. Dia melirik kearah kereta Mazda Silver milik Ariana yang terparking tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

Hanif menelan air liurnya, pahit. Jelas sekali Tengku Ashraf sudah mengetahui tentang keberadaan Ariana dirumahnya.

Tengku Ashraf memandangnya. Kali ini pandangannya tajam, menikam anak mata Hanif. Bibirnya turut diketap menandakan yang dia marah.

"Saya rasa awak tahu kenapa saya nak jumpa awak." Ujarnya.

Hanif segera menunduk.

"Maaf Tengku. Saya tak tahu kenapa Tengku datang sini." Katanya.

Aku nak tengok Tengku Ashraf. Kau nak mengaku ke dengan aku yang kau datang sini untuk cari Ariana. Benak Hanif.

Tengku Ashraf menggepal tangannya geram.

"Ariana tak ramai kenalan. Tapi saya pasti dia kenal awak." Tutur Tengku Ashraf

Hanif memandang wajah Tengku Ashraf.

"Jadi?." Dia berpura tanya.

"Dia ada dekat rumah awak kan?." Tanya Tengku Ashraf masih cuba mengawal emosinya.

Hanif memandang lama wajah Tengku Ashraf sebelum menjawab.

"Kalau ada. Kenapa?."

Sengaja Hanif berkata demikian, mahu menguji Tengku Ashraf.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now