Bab 22: Lembaran Baru.

2.6K 76 0
                                    

HANIF Duduk dibangku dekat luar rumah bersama dengan adiknya Huda. Menghirup udara malam.

Hanif mengerling sekilas kearah Huda.

"Adik." Panggilnya.

Huda menoleh kearahnya.

"Adik okey ke?." Tanya dia.

"Kenapa pulak tak okey?."

Soalan dibalas dengan soalan.

"Sebab Along minta Mak nak Sofea." Katanya.

Huda menoleh kearahnya.

Dia segera memandang kehadapan.

"Along tahu. Adik mesti marahkan Along.. Tapi adik tak boleh nak cakap apa-apa, sebab Mak yang tolong Along." Ujarnya menebak hati Huda.

Huda menghela nafas panjang. Seraya berkata.

"Adik dah tak marah lagi."

Hanif memandang adiknya meminta penjelasan dari perkataan adiknya itu.

"Bila adik fikir-fikir balik. Adik rasa tak ada sebab pun adik nak marah. Sebab adik marah. Adik ni macam melawan takdir." Ujar Huda.

"Apa maksud adik?." Tanya dia.

Huda menunduk bermain dengan jari sendiri.

"Yalah... Takdir selalu pisahkan Along dengan Sofea. Setiap kali berpisah. Along akan fikir yang Sofea memang tak akan bertemu dengan Along lagi. Tapi takdir berkata sebaliknya. Tengok sekarang. Walaupun Along berperang dengan perasaan Along untuk tak nak bertemu dengan Sofea. Tapi dia tetap datang pada Along juga." Tutur Huda.

Hanif terdiam seketika, cuba menghadam kata-kata Huda. Seraya kemudian tersenyum apabila sudah mengerti.

Berkerut dahi Huda melihatnya.

"Kenapa Along ketawa?. Salah ke apa adik cakap?." Tanya Huda.

Hanif memandang Huda.

"Along tersentuh dengan apa yang adik cakap tadi. Mana adik belajar cakap macam tu?."

Huda tersenyum mendengarnya.

"Along puji adik?." Tanya Huda.

Hanif tersenyum, mengangguk.

"Terima kasih." Ucap Huda tersengih.

Hanif mengangkat kepalanya, memandang kearah langit. Nafasnya dihela panjang.

"Along nak akhiri semua ni adik. Adik boleh tolong Along?." Tanya dia.

Berkerut dahi Huda mendengarnya.

_
ARMELL Memandang redup wajah Sofea yang sudah lelap didalam baby cot.

Flashback.

"Apa jaminan yang kau boleh bagi dekat aku kalau kau tak akan kacau Hanif?." Tanya Nina.

Dia menundukkan kepalanya.

"Saya tak akan berjumpa dengan Hanif lagi."

Nina manggut-manggut.

"Okey... Tapi kau ingat Armell. Aku tak akan lepaskan kau, kalau kau tipu aku." Ujar Nina.

End Flashback.

Dia menghela nafas panjang.

"Ibu dah penat sayang... Tak ada apa lagi yang Ibu boleh harap dari Ayah selain dari tanggungjawab dia sebagai seorang Ayah kepada Sofea." Tuturnya.

Dia cepat-cepat mendongak kepalanya keatas, apabila menyedari air matanya mahu keluar.

_
HANI Menampar kuat wajah Ardell.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now