Bab 40: Sahabat.

2.5K 103 7
                                    

ARMELL Menyerahkan Sofea yang sudah tidur, kepada Erni pembantu rumah keluarganya yang berbangsa indonesia.

"Baik-baik. Jangan sampai dia terjaga." Tuturnya memberi pesan.

Erni hanya mengangguk faham dan berpaling, membawa Sofea masuk kedalam rumah.

Armell berpaling kearah Asfira.

"Thank you As. Sorry sebab susahkan kau." Tuturnya.

"Small matter." Ujar Asfira tersenyum.

Armell tersenyum sama.

"Kau tak nak masuk ke?." Tanya Armell.

Asfira laju memberi isyarat tidak mahu dengan tangannya.

"Tak apalah. Aku pun nak balik cepat ni. Letih." Ujar Asfira.

"Yalah... Terima kasih As." Ujar Armell lagi ber'terimakasih'.

"Don't mention it." Ujar Asfira tertawa kecil.

"Ok As. Drive safely." Ujar Armell.

"Okey. Take care." Balas Asfira. Seraya berpaling hendak pergi. Namun langkahnya terhenti apabila teringatkan apa yang dikatakan Hanif tadi.

Kalau awak betul nak tahu. Janji dengan saya yang awak akan dengar cerita saya sampai habis dan lepastu bertanggungjawab.

"Mell" Asfira berpaling kembali menghadap Armell.

Armell mengangkat keningnya memandang Asfira.

Asfira terdiam apabila memandang wajah Armell. Mulutnya terkunci.

"As." Panggil Armell.

Asfira segera tersedar. Dia memandang wajah Armell kosong.

"Kau ada apa-apa nak cakap ke?." Tanya Armell berkerut dahi.

Asfira tersenyum kelat. Lambat-lambat dia menggeleng kepalanya.

"Aku balik dulu. Assalamualaikum." Selepas berkata demikian. Asfira segera melangkah pergi.

Armell berkerut dahi. Pelik melihat sikap Asfira. Malas mahu berfikir panjang. Armell melepaskan keluhan kecil, seraya berpaling masuk kedalam.

_
NINA Terduduk dalam biliknya. Air mata bercucuran jatuh membasahi pipinya.

Surat doktor direnyuknya, seraya melemparnya ketepi katil. Kedua lututnya ditarik rapat kedada, dan kepalanya diletakkan diatas lutut sendiri. Isakannya semakin keras.

_
ARIANA Menjuihkan bibir bawahnya sambil termenung melihat buah mangga didalam pinggan.

Hanif yang dari tadi ralit bermain dengan telefonnya. Mulai perasan apabila melihat buah mangga didala pinggan yang masih tidak terusik. Seraya memandang wajah Ariana dihadapannya.

"Apahal you tak makan buah mangga tu?." Soalnya.

Ariana melepaskan keluhan berat.

"I dah makan dah tadi." Ujar wanita itu.

"Bila pula you makan?. I tengok tak bergerak pun mangga tu." Ujar Hanif.

"Macam mana you nak perasan?. Kalau you sibuk main phone." Ujar Ariana menyindir.

Hanif berdecit geram. Menyesal pula dia tegur.

"You perli i ke?." Tanya dia.

"Tak lah..." Balas Ariana masih dalam nada memerli.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now