Bab 37: 😣

2.4K 82 19
                                    

FLASHBACK.

"Masa awak buat keputusan untuk berkahwin dengan Tengku Ashraf. Saya pun dah buat keputusan, untuk tutup pintu hati saya, untuk awak. Mulai dari saat tu. Tak ada lagi insan bernama Armell Adriana dalam hati ni."

End Flashback.

"Armell!."

Lamunannya mati. Seraya mengangkat pandangannya, memandang Marsha.

"Haih... Jauh termenung. Teringat dekat cik Abang ke?. " Usik Asfira.

"Tak ada maknanya." Balasnya sambil tersenyum kelat.

Marsha tersenyum mendengar jawapan Armell. Sementara Asfira pula membuat mimik muka.

Selang berapa detik. Armell memuncungkan bibirnya.

"Aku rindu anak aku lah..."

Asfira berkerut dahi. Sementara Marsha melihat sekeliling.

"Haah.. Kan.. Sofea mana?." Tanya Marsha.

"Aku hantar dia rumah Nenek dia pagi tadi." Jawab Armell sambil memasukkan barang-barang yang sudah tidak mahu dipakai kedalam kotak.

"Maksud kau rumah Hanif?." Tanya Asfira.

"Siapa lagi?. Lagipun inilah masa yang paling sesuai. Abang Ash pun tak ada. Jadi biarlah Sofea dekat sana sampai Abang Ash balik nanti." Ujar Armell.

"Habis perempuan tu?. Tak meroyan ke?."

Armell mengeluh kecil. Sudah dia duga soalan itu akan diajukan.

"Perempuan mana?." Soalnya berpura tidak tahu.

"Perempuan mana lagi?. Bini baru dia lah." Jawab Asfira.

"Ouh... Nina?."

"Hmm..." Asfira mengangguk.

"Dia orang tak jadi kahwin." Jawab Armell tanpa memandang wajah dua orang sahabatnya itu.

"What?."

"Serius lah?."

Terkejut. Asfira dan Marsha bersuara serentak.

Armell memandang kearah mereka dan menganggukkan kepalanya.

"Tapi macam mana kau boleh tahu?." Tanya Asfira.

"Huda. Dia yang bagitahu aku." Ujar Armell.

Asfira manggut-manggut.

"Tapikan macam mana"

"Dah cukup. Kau jangan nak tanya lebih-lebih. Itu je yang dia bagitahu aku." Ujar Armell menghentikan Asfira dari terus bertanya.

"Baguslah kalau macam tu." Ujar Marsha tersenyum.

Asfira berkerut dahi. Dia memandang kearah Marsha.

"Apa yang bagusnya?."

Marsha diam. Seraya menggeleng kepalanya tersenyum.

Asfira menuding jari kewajah Marsha.

"Kau jangan nak macam-macam. Armell dah nak kahwin kan."

Marsha berkerut dahi memandang Asfira.

"Kau ni kenapa?. Aku tak ada cakap apa-apa pun kan."

Asfira menyilangkan kedua tangannya kedada.

"Macam lah aku tak tahu kau tu."

Inilah sebab mengapa Armell tidak mahu membuka mulut langsung tentang Hanif dan keluarganya. Setiap kali bercerita tentang Hanif, pasti Asfira dan Marsha, bertegang urat leher menyatakan pendapat masing-masing.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now