Bab 25: Dah Terlambat.

3.1K 93 10
                                    

HANIF Memakai jam di pergelangan tangannya dan menyembur sedikit perfume pada tubuhnya seperti biasa.

Selesai itu. Dia mengambil kunci keretanya dan keluar dari biliknya.

NINA Yang sedang membantu Aini dan Huda menyusun barang. Menoleh kebelakang apabila mendengar bunyi pintu bilik.

"Along." Sapa Aini.

Hanif menoleh kearah Ibunya.

"Nak pergi mana?. Kejap lagi kan Sofea datang." Ujar Aini.

"Itulah... Bau perfume kuat pulak tu. Macam nak pergi jumpa buah hati je." Sampuk Huda tanpa berfikir.

Hanif memandang kearah Nina, begitu juga dengan Nina.

"Mana ada. Along nak keluar kejap jumpa kawan. Nanti Along baliklah..." Ujar Hanif. Seraya berpaling pergi.

Hanif menghidu bau perfume dari tubuhnya.

Banyak sangat ke perfume aku sembur tadi?. Aku rasa macam biasa je. Benaknya.

NINA Berkerut dahi melihat Hanif yang melulu pergi.

_
ARMELL Melangkah keluar dari pusat gym sambil menggalas beg kecil dibelakangnya.

"Armell."

Membulat mata Armell kerana terkejut melihat Asfira dan Marsha.

Aduhai.. Dia orang buat apa dekat sini?. Getus hatinya.

***

ASFIRA Menyedut air didalam gelas.

"Susah betul nak jumpa kau sekarang kan?."

Armell tersenyum kelat.

"Aku busy lah..." Ujarnya cuba berdalih.

"Hari minggu pun busy?." Sindir Asfira.

Armell membiarkan sindiran Asfira tanpa jawapan.

"Hmm... Aku rindulah dekat Baby Sofea. Semenjak kau busy ni... Lama aku tak jumpa dia." Tutur Marsha.

"Haah.. Apa khabar budak tembam tu." Tambah Asfira.

Armell tersenyum memandang mereka.

"Urm... Bolehlah kalau macam tu. Alang-alang kita dah jumpa dan korang pulak rindu dekat Sofea. Apa kata petang ni korang pergi ambil Sofea. Lepastu makan malam dekat rumah aku. Aku masak." Ujar Armell.

"Cadangan yang bernas. Aku pun dah lama tak rasa masakan kau." Ujar Asfira.

"Tempoyak ikan patin." Marsha mengangkat tangan meminta order kepada Armell.

Asfira menepuk tangan Marsha.

"No!. Ayam masak merah dengan nasi serai." Asfira pula berkata.

Marsha memuncungkan bibirnya.

Armell tertawa.

HANIF Yang baru sahaja melabuhkan punggungnya dikerusi belakang Armell, berkerut dahi apabila mendengar tawa yang sangat dikenalinya itu. Seraya menunduk dan menoleh sedikit kebelakang untuk memastikan yang dia tidak salah dengar.

Melihat Asfira dan Marsha. Dia cepat-cepat berpaling kehadapan, takut mereka melihatnya. Seraya kemudian tersenyum dan bersandar hingga bahunya hampir sejajar dengan bahu Armell.

"OKEY. Aku masak dua dua." Ujar Armell.

"Boleh ke?." Serentak Asfira dan Marsha bertanya.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now