Bab 48: Separuh Hati.

4.4K 131 18
                                    

ARIANA Menggepal penumbuk geram. Rasa sakit hatinya sekarang ini hanya Allah yang tahu.

Bangun sahaja dari tidur tadi. Dia segera kedapur. Tidak terlintas langsung difikirannya untuk mencari suaminya. Kerana kebiasaan Tengku Ashraf, akan terus ke pejabat tanpa menunggunya bangun. Dia makan didapur seperti biasa dan juga mandi seperti biasa. Sesudah mandi, dia keluar dari bilik untuk menonton telivisyen. Namun belum sempat dia melabuhkan punggungnya, loceng pintu rumahnya berbunyi.

"Tuti! Pergi tengok siapa datang tu!." Teriaknya kepada pembantu rumah sebelum dia melabuhkan punggungnya disofa.

Tuti keluar dari dapur dan terus pergi menurut perintahnya. Dan tanpa mempedulikan siapa yang datang. Dia menyalakan telivisyen dan bersandar pada sofa.

"Assalamualaikum."

Berkerut dahinya mendengar suara Che' Puan Latifah. Serentak itu dia menoleh.

"Bonda." Gumamnya terkejut.

Dengan susah payah dia bangun dari sofa dan pergi membawa perutnya menuju kearah sang ibu mentua.

Setelah bersalam dan berlaga pipi. Dia bertanya.

"Kenapa Bonda tak bagitahu nak datang?." Soalnya.

"Lah... Apa pulak nak bagitahunya?. Bonda datang ni pun Ash yang suruh." Ujar Che' Puan Latifah.

Berkerut sebentar keningnya.

Ash yang suruh?. Getus hatinya.

"Yalah... Katanya dia ada urusan dengan Mell dekat Johor. Itu yang dia suruh Bonda datang sini tu tengokkan Ariana." Tutur Che' Puan Latifah.

Tergamam Ariana mendengarnya.

_

"HAS CAFE."

Dia melepaskan keluhan kecil melihat tulisan pada papan atas kafe itu. Dia mengintai kedalam kafe untuk melihat kalau-kalau ada Hanif.

Namun hampa. Kerana dia tidak melihat pun kelibat atau sosok lelaki itu. Yang dia lihat hanyalah dua orang barista yang berpakaian persis dengan pakaian Hanif didalam gambar yang temannya kirimkan kepadanya.

"Perlu ke aku masuk untuk pastikan yang dia ada atau tak dekat dalam?." Dia bertanya dengan dirinya sendiri.

Tapi kalau aku tak masuk. Macam mana aku nak tahu?. Lagipun aku yakin dia ada. Didalam benaknya berkata.

Nafasnya dihela panjang. Perlahan kakinya dihayun, mahu melangkah masuk kedalam kafe tersebut.

Namun tiba-tiba seseorang menghalang jalannya.

"Armell."

Dia nyaris melanggar orang tersebut. Sejurus itu dia mengangkat kepalanya apabila namanya dipanggil.

"Abang Ash." Gumamnya terkejut.

Tanpa memberi apa-apa isyarat, lelaki itu menyambar pergelangan tangannya dan membawa ketepi pintu kafe, bukan tempat laluan orang.

"Mell buat apa ni?. Kenapa tak bagitahu Abang dulu?!." Soal Tengku Ashraf dengan tegas sebaik melepaskan tangannya.

Dia kaku memandang wajah Tengku Ashraf. Mulutnya terkunci buat seketika.

"Bagitahu apa?." Balasnya berpura tidak mengerti sambil matanya memandang kearah lain.

"Tak payah pura-pura bodoh lah Mell. Abang dah tahu apa tujuan Mell datang sini." Ujar Tengku Ashraf.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now