Bab 35: Penjaga Hati.

2.7K 84 15
                                    

HARI Ini Hanif masuk bekerja kembali.

Dia duduk ditempatnya seperti biasa, mencari kerja yang patut dia siapkan dimeja.

Ehem...

Hanif segera mengangkat kepalanya apabila mendengar deheman Tengku Ashraf. Begitu juga dengan staf yang lain.

Tengku Ashraf menghampiri meja kerja Hanif.

"Hanif masuk bilik saya sekarang." Ujar Tengku Ashraf. Seraya melangkah, terus menuju masuk kebiliknya.

Hanif memandang sekilas kearah Danial yang sedang memandangnya. Seraya mencapai beberapa fail untuk menutup rasa gugupnya.

Gila tak gugup. Kau cari pasal dengan bos kot semalam.

"TENGKU." Hanif menguak pintu bilik dari luar.

"Hanif." Sapa Tengku Ashraf seperti biasa.

Hanif berkerut dahi. Macam tak marah je. Benaknya.

"Duduklah..."

Tengku Ashraf mengarahkan Hanif duduk di kerusi dekat hadapan mejanya.

Hanif melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan dengan Tengku Ashraf

Tengku Ashraf meletakkan kedua tangannya diatas meja. Namun tidak berkata apa-apa. Begitu juga dengan Hanif.

Masih janggal dengan apa yang baru terjadi semalam di taman kiara rimba.

Tengku Ashraf berdehem kecil.

"Hanif.." Dia mendahuluinya, memandangkan dia yang memanggil Hanif kebiliknya.

Hanif memandang wajah majikannya itu.

"Sebenarnya. Tujuan saya panggil awak ni." Tengku Ashraf terdiam. Berat rasanya untuk dia memohon maaf terhadap orang bawahannya.

Come on Ashraf Iskandar. Gumam hatinya memberi semangat pada diri sendiri.

Hanif masih memandang Tengku Ashraf, menunggu apa yang ingin dikatakan lelaki itu.

"Saya nak minta maaf pasal semalam." Tutur Tengku Ashraf. Seraya membuang pandangan kearah lain.

Hanif berkerut dahi. Hilang terus rasa gugupnya apabila Tengku Ashraf memohon maaf.

Tengku Ashraf kembali memandang Hanif.

"Saya bercakap kasar dengan awak semalam. Saya tahu saya tak sepatutnya marah awak, hanya disebabkan awak keluar dengan Ariana. Sebab saya pun bukan siapa-siapa pada Ariana. Apa yang saya cakap semalam. Semuanya emosi masa tengah marah. Saya cuma risaukan dia. Sebab Ariana tak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki sebelum ni, selain dari saya." Terang Tengku Ashraf.

Hanif tersenyum. Seraya menundukkan kepalanya. Sebenarnya dia juga merasa bersalah kerana menipu Tengku Ashraf semalam. Namun dia terpaksa melakukannya, untuk melihat ketulusan cinta lelaki itu terhadap Armell.

"Kalau awak tak kisah. Boleh saya tahu. Sejak bila awak dengan Ariana bercinta?."

Hanif berkerut dahi mendengar soalan Tengku Ashraf.

"Tak. Awak jangan salah faham. Saya cuma tanya je. Ini pun bukan paksaan. Kalau awak tak nak jawab pun tak apa."

Cepat-cepat Tengku Ashraf memberi keterangan. Takut kalau Hanif menyalah erti soalannya.

Hanif diam. Dia teringat apa yang dikatakan Tengku Ashraf semalam.

Saya tak kisah sebab apa awak tak jadi kahwin. Tapi saya nak tahu. Kenapa Ariana?. Awak dah tak ada perempuan lain ke?.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now