Bab 4: Pengganti?.

4.2K 108 9
                                    

ARMELL Tersenyum melihat gelagat Tengku Ashraf yang sedang bermain dengan Sofea.

"Comelnya dia Mell." Tutur Tengku Ashraf, seraya mencium pipi Sofea berkali-kali.

Armell menyilangkan kedua tangannya kedada.

"Tengoklah siapa Ibu dia." Jawabnya.

Tengku Ashraf mengangkat pandangan memandangnya sekilas, dan kembali memandang Sofea.

"Tengok tu Sofea. Ibu Sofea tu. Perangai dia yang suka perasan tu masih tak habis lagi sampai sekarang." Tutur Tengku Ashraf.

Dia tertawa mendengarnya.

"Uncle Ash tu nak kata Ibu. Dia pun dua kali lima je sayang." Balasnya tidak mahu kalah.

"Aipp... Ibu ni. Tak naklah panggil Uncle Ash. Panggil Ayahlah... Ayah Ash." Ujar Tengku Ashraf.

Armell terkedu mendengarnya. Air mukanya berubah serta-merta. Kata-kata Hanif kembali menerjah ingatannya.

Saya nak anak-anak kita panggil saya dengan panggilan Ayah.

"Ayah?." Gumamnya tanpa sedar.

TENGKU Ashraf memandang Armell. Dapat dia lihat perubahan pada air muka Armell.

"Kenapa?. Mell tak selesa ke kalau Sofea panggil Abang dengan panggilan Ayah?." Tanya dia.

Armell tersenyum kelat.

"Tak... Bukan macam tu maksud Mell. Cuma... Kenapa mesti Ayah? Kenapa tak Papa ke Daddy ke?."

Tengku Ashraf tersenyum mendengarnya. Dia kembali memandang kearah Sofea.

"Sebab Abang suka dengan panggilan tu. Kalaulah ditakdirkan Abang berkahwin dan ada anak suatu hari nanti."

Tengku Ashraf menggantung ayatnya, seraya menoleh kearah Armell. Namun kali ini matanya tepat mencerlung kedalam mata wanita itu.

"Abang nak anak-anak Abang panggil Abang dengan panggilan Ayah." Tuturnya penuh makna.

AIR Mata Armell bergenang serta-merta. Dia segera melarikan pandangannya dari Tengku Ashraf. Setiap butir ayat yang keluar dari mulut Tengku Ashraf betul-betul mengingatkannya kepada Hanif.

"Abang tolong tengokkan Sofea. Mell nak kedalam sekejap." Tuturnya, seraya berlalu masuk kedalam.

TENGKU Ashraf mengerutkan dahinya pelik melihat tingkah Armell. Namun dia tidak mengambil pusing dan kembali bermain dengan Sofea.

_
HANIF Duduk bersandar ditempat duduknya.

Flashback.

"Semalam aku terserempak dengan bekas isteri dengan anak kau." Tutur Nina.

Dia memandang kearah lain, seolah tidak peduli dengan apa yang ingin disampaikan Nina.

"Dia dengan seorang lelaki."

Dia pantas menoleh kearah Nina. Kali ini dia memandang serius wajah Nina.

"Kau kenal lelaki tu?." Tanya dia ingin tahu.

Nina menggelengkan kepala.

"Tapi aku dengar Armell panggil dia Abang."

"Abang?. Kau yakin ke?." Spontan dia bertanya.

"Aku ni tak pekak lagi Anep." Tutur Nina.

"Mustahil. Armell tak suka panggil lelaki dengan panggilan Abang. Masa aku suruh dia panggil aku Abang dulu pun. Dia tak nak." Tuturnya.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now