Bab 11: Aku Terluka Lagi.

3.2K 87 4
                                    

HUH...

Datin Hasnah mengeluh panjang, melabuhkan punggungnya disofa.

"Panjangnya muncung." Kata Dato' Rashid yang sedari tadi disitu menyindir Datin Hasnah.

Datin Hasnah mengabaikan sindiran suaminya.

"Awak ni dah kenapa?. Turun turun.. Tunjuk muka macam tu dekat saya." Tanya Dato' Rashid mengambil pendekatan.

"Anak-anak Abang lah... Dah pukul sebelas dah... Sorang pun tak nampak batang hidung lagi." Seloroh Datin Hasnah.

"Mereka tak bagitahu awak ke nak keluar tadi?." Tanya Dato' Rashid.

Datin Hasnah memandang serius wajah suaminya.

"Abang... Itu bukan masalahnya."

Berkerut dahi Dato' Rashid.

"Habis apa masalahnya?."

"Masalahnya... Dah dekat pukul sebelas. Apa?. Disebabkan mereka dah bagitahu saya. Mereka boleh balik lewat. Macam tu?." Ujar Datin Hasnah emosi.

"Assalamualaikum..." Sapa Armell yang baru pulang.

"Waalaikumsalam.."

Datin Hasnah dan Dato' Rashid berpandangan antara satu sama lain apabila melihat senyum lebar diwajah Armell.

"Sorry Mell lambat. Sofea mana?." Tutur Armell sekali bertanya tentang anaknya.

"Dah tidur dah... Mummy baru suruh Mak Tam bawa keluar dari bilik Mell. Ingatkan Mell lambat lagi." Tutur Datin Hasnah.

"Ye ke?... Urm... Kalau macam tu Mell naik dululah." Tutur Armell.

Dato' Rashid mengangguk kepala tersenyum kepada puteri sulungnya.

"Good night." Ucap Armell sebelum berlalu.

Datin Hasnah berpeluk tubuh menggelengkan kepalanya.

Tidak lama selepas Armell naik.

Swish.. Swish.. Bish... Another one in the basket.. Can't touch this. Another one in the casket...

Datin Hasnah dan Dato' Rashid berkerut dahi melihat Ardell yang masuk dengan menari sambil melantunkan lagu nyanyian Katy Perry yang bertajuk swish swish.

"Mummy! Daddy!." Gumam Ardell terkejut apabila melihat Dato' Rashid dan Datin Hasnah berada diruang menonton.

Datin Hasnah merenungnya tajam.

Ardell tersengih melihat tatapan tajam Datin Hasnah.

"Sorry lambat. Yana naik dulu. Good night..." Tutur Ardell gugup. Seraya berlalu pergi.

Datin Hasnah mendengus geram.

"Abang tengok tu anak-anak Abang. Dua dua balik tersengih-sengih macam kerang busuk. Dahlah balik lewat."

Dato' Rashid melarikan pandangannya kekaca telivisyen.

"Mereka dah besar panjang Datin Hasnah."

"Hmm... Itulah Abang. Dari dulu lagi. Dah besar panjang, dah besar panjang. Itu yang sampai anak kita silap pilih pasangan tu." Ujar Datin Hasnah menyindir suaminya.

Berkerut dahi Dato' Rashid mendengarnya.

"Astaghfirullahaladzim... Datin Hasnah. Awak ni tak percaya pada Qada' dan qadar ke?. Jodoh pertemuan, ajal dan maut... Kan ditangan Allah." Ujar Dato' Rashid.

Datin Hasnah membisu. Segera sedar akan kelancangan mulutnya.

Dato' Rashid menggelengkan kepalanya.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now