Syazreen tersenyum. Dia sengaja ingin mengusik lelaki itu. Dia cuba memberani
kan dirinya. Tubuhnya kini di atas tubuh suaminya.

"Ab..ang",sengaja suaranya dileretkan.
Jari runcingnya mula bermain di dada bidang milik lelaki itu. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Bibirnya pula sengaja dibasahkan.

Nafas Hairy semakin tidak teratur. Apakah permainan isterinya ini?Kalau nak goda sekalipun,biarlah kena masa.
Nampak gayanya,lewat juga dia ke tempat kerja.

"Sa..ya..ng",tersekat-sekat suaranya.

"Iya",kuyu mata Syazreen memandang suaminya.

"Please,nanti sayang lewat pergi kuliah. Lagipun,hari ini abang banyak shooting",
entah kali ke berapa air liurnya ditelan.

"Kalau macam tu tak payah pergi",perlahan-lahan Syazreen menunduk. Satu lagi ciuman diberikan.

Niatnya hanya ingin mengusik tetapi lain pula jadi.

"Ab..ang".

"Hmm..",Hairy sudah hanyut dengan belaian isterinya.

"Tak semestinya cinta itu harus selalu dilafazkan. Dengan perlakuan pun sudah membuktikan rasa itu.",ucap Syazreen penuh romantik.

"Abang cintakan sayang. Terlalu cintakan isteri abang", kata Hairy sebelum membalas perlakuan isterinya.















SYAZREEN  melabuhkan duduknya di sebelah Hairy. Mug berisi milo di sebelah tangan kanannya dihulurkan kepada lelaki itu.

Hairy menyambut huluran itu. Sebelah tangannya naik ke bahu isterinya. Perlahan-lahan dia menyicip air hangat itu. Matanya mengerling ke arah Syazreen yang asyik memandangnya.

"Why sayang? Tak puas lagi?",katanya nakal. Haihh. Kerjanya terpaksa di skip kan.

Mukanya Syazreen mula membahang. Peristiwa tadi mula terbayang. Di mana dia mengoda lelaki itu. Digigit bibirnya lembut.

'Teruk lah gatal kau ni,Syaz',desisnya.

"Tengok tu,nak goda lagi".

'Papp'.

"Auchh!Sakit,sayang. Sakit kat bibir pun tak hilang lagi yang oii",digosok-gosok peha yang ditampar Syazreen.

"Padan muka!", Syazreen menjelirkan lidah. Matanya tertancap pada bibir lelaki itu. Banyak kesan lebam di bibir merah itu. Kesiannya.

Syazreen meletakkan mugnya di atas meja kopi. Tangannya mula menyentuh bibir Hairy.

"Sakit eh abang? Sorry...

Hairy merenung tajam isterinya. Tangkas jari runcing Syazreen yang menyentuh bibirnya dipegang.

"Ishh!Diam lah,orang nak bagi sembuh ni",cuba ditarik pegangan kemas suaminya.

"Nak bagi sembuh atau nak tambah sakit ni?".

"Nak bagi sembuh lah!",bentaknya kasar. Ada ka patut tanya macam tu.

Hairy tersengih dengan balasan isterinya. Dicuit hidung Syazreen. Jari runcing itu dibawanya ke bibir dan dicium sekilas.

"Abang...

"Iya sayang",mug yang dari tadi dipegang diletakkan bersebelahan mug isterinya.

"Nak request boleh tak?",ditenung dalam wajah lelaki kesayangannya. Dia berharap Hairy akan memenuhi permintaannya.

"Apa sayang?",terangkat kening Hairy. Dia mula tersenyum nakal.

"Abang fikir apa?Bukan tu lah,ishh",Naik geram melihat senyuman nakal suaminya. Ke situ pula Hairy.

"Ok ok!Apa sayang?Bagitau je".

"Hmm,abang busy tak sekarang?", bibirnya disengetkan. Tangannya mula naik memeluk pinggang Hairy.

"Sekarang?Kalau this week,abang busy sikit tapi Insha Allah,next week tak kot",kata Hairy lembut. Pelukan isterinya dibalas kemas.

"Kenapa tu sayang?",tanyanya lagi.

"Hmm...Ryn rasa nak balik Malaysia. Rindu sangat nak jumpa orang kat sana especially Liya,Mummy",suaranya sudah berubah serak. Terasa sebak apabila nama-nama itu disebutnya. Rindu itu hanya DIA sahaja yang tahu.

Hairy mengangkat dagu isterinya yang mulai jatuh. Sembam wajah cantik itu dilihatnya. Sanggup kah dia untuk menolak permintaan Syazreen? Kerja boleh ditangguhkan kalau dia mahu tetapi untuk melukai hati wanita itu dia tidak sanggup.

"Sayang cuti ke?".

"Ha'a,cuti sebulan",balas Syazreen dalam esakan yang semakin kedengaran. Tidak dapat ditahan air mata dari mengalir. Dia terlalu sebak dan dia sudah bersedia untuk pulang ke Malaysia. Amirul? Dia telah lama memaafkan lelaki itu.

Mungkin berakhir hubungannya dengan Amirul menandakan yang dia akan mendapat jodoh yang lebih baik. Memaafkan lebih baik kan?

"Ok!Kita balik".

"Betul ni?",bersinar-sinar matanya memandang suaminya.

"Iya sayang",Hairy mencium pipi yang semakin tembam itu.

"Thanks,abang",pantas bibir Hairy dikucupnya sekilas.

"I love you", Syazreen terus menyembamkan wajahnya.

"I love you too,sayang".












🌹♥️🌹









HAI GUYS✌️

LAMA KAN WAWA TAK UPDATE😌
BUSY U ALL ಥ‿ಥ

UPDATE PUN SEBAB RINDU KAT 2 ORANG NI,HUHU. KORANG RINDU TAK?😚

JANGAN LUPA VOTE & COMMENT♥️

Thank You🌹

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now