"Hairy... please".

Hairy mendengus kasar. Sampai bila dia harus menunggu?

"Saya...saya...

"Tak apa lah sayang. Jom makan!Lagipun dah nak malam ni",topik diubahnya. Tahu sangat yang jawapan yang diingini tidak akan dia dengari.

Hairy menghayun langkah meninggalkan Syazreen. Sedikit kecewa.

"Hairy!Tunggu lah!",berlari anak dia mengejar langkah lelaki itu. Pantas lengan lelaki itu dipautnya.

Terhenti langkah Hairy. Wanita itu dipandangnya.

"I'm sorry ",matanya dikerdipkan beberapa kali. Ingat comel?

Tersenyum Hairy dengan lagak isterinya. Tak jadi ingin merajuk lama-lama. Bahu Syazreen dirangkulnya. Sepantas kilat,satu kucupan singgah di bibir milik isterinya.

"Hairy!",terjerit kecil seraya Hairy melepaskan bibirnya. Naik merah mukanya apabila ramai memandangnya. Haish!Dah lah cium dia di tempat terbuka. Geram betul!

"Hukuman untuk sayang",ditarik tubuh supaya lebih rapat dengannya. Dia tersenyum ke arah beberapa mata yang memandang ke arahnya. Gaya seperti tiada apa yang berlaku.























SEDANG mereka menjamu selera,seorang gadis berambut perang mendekati. Tersenyum-senyum gadis itu memandang Hairy.

"Hye!Excuse me ".

Terhenti suapan Syazreen. Dia segera mendongak. Siapakah? Dari raut muka memang dari negara ini. Dia segera mengalihkan pandangan ke arah Hairy.
Dilihatnya lelaki itu sudah tersenyum manis. Haih!Lelaki. Pantang nampak perempuan cantik.

"Hye!Are you Alice?",Hairy cuba mengingati gadis di hadapannya. Matanya sempat menjeling isterinya. Dia perasan perubahan muka wanita itu. Cemburu ke?Takkan cemburu kot.

Gadis itu tersenyum-senyum apabila lelaki itu mengingatinya. Siapa tak suka kalau orang yang diminati, tidak lupa pada dirinya.

"Wahh! Do you still remember me?",Gadis bernama Alice itu memandang sekilas Syazreen. Senyuman tersungging di bibirnya.

"Of course! Come! Join us ".

"It's okay!Can we take a picture?",tidak ingin melepaskan peluang.

"Yah!Sure!".

Syazreen hanya mendiamkan diri. Dia hanya memerhati tingkah laku Hairy dengan gadis itu.

"Ok!Thanks!Btw, she's so pretty?Your friend?".

Hairy tersengih dengan pertanyaan gadis itu. Syazreen dipandangnya. Nampak sangat yang isterinya cemburu.

"No! She's my love. My beautiful wife",katanya sedikit kuat.

Syazreen terkejut dengan kata-kata lelaki itu. Dia tertunduk malu.

"Wahh!Really?Hmm...I late",guraunya.

"Btw, congrats! Bye,I have to go".

Syazreen hanya mencebik. Menyampah dengan kata-kata gadis itu walaupun hanya sekadar gurauan. Hairy di hadapannya dipandang. Tersenyum-senyum lelaki itu ke arahnya.

"Apa?".

"Abang ada bau cemburu lah".

"Are you jealous,dear?",matanya dikenyitkan. Suka dia menyakat wanita itu.

"Suka hati awak lah Hairy", Kerusi ditolaknya sedikit.

"Sayang...nak pergi mana?Makan tak habis lagi?Duduk!",arahnya apabila melihat wanita itu sudah berdiri.

Syazreen menuruti juga kata-kata suaminya.

"Cemburu ertinya cinta",kata Hairy. Dia kembali menyuakan makanan ke mulutnya. Disuakan pula makanan ke mulut Syazreen.

"Aaaa..",Hairy membuka mulutnya. Lagaknya menyuruh isterinya membuka mulut.

"Buka lah sayang...Abang nak suap".

Syazreen mendengus perlahan. Diikut jua arahan suaminya. Dibuka perlahan mulutnya. Tidak sampai beberapa saat,makanan masuk ke mulutnya.

"Macam tu lah isteri abang",senyuman tidak henti-henti terlukis di bibirnya. Bahagia menjengah hatinya. Syazreen yang sedang mengunyah dipandangnya.

Mata mereka bertembung.

"I love you,sayang".














"ARE you okay,sayang?".

Risau hatinya dengan keadaan Syazreen.
Rancangnya ingin membawa wanita itu ke Seine River tetapi lebih sejam isterinya tidak keluar dari tandas.

Kuakan pintu melegakan hatinya. Terjengul wajah suram isterinya. Pucat wajah itu dilihatnya. Tuala masih tersarung di tubuh isterinya.

"Kenapa ni?Tak sihat?Kalau sayang tak sihat,kita tak payah pergi ya?", pinggang isterinya dirangkul. Diangkat badan itu.

Syazreen hanya membiarkan Hairy mengangkatnya. Dia terlalu penat. Entah kenapa perutnya terasa sebu. Kepalanya pening.

Hairy meletakkan perlahan-lahan Syazreen di atas katil. Dikucup dahi wanita itu sebelum dia melangkah ke arah bagasi. Tak sempat lagi mengemas pakaian mereka ke dalam almari yang disediakan. Pakaian Syazreen diambilnya.

Merona merah pipi Syazreen apabila langkah suaminya kembali ke arahnya dengan pakaian di tangan. Pakaian besar dia tak kesah tetapi pakaian kecil dia kesah.
Haih.

Hairy melabuhkan duduk di sebelah isterinya. Tersenyum dia melihat muka merah isterinya. Haih. Nak malu apa lagi?

"Abang pakaiankan ya?",tangannya mula naik ke tubuh isterinya.

"Hairy...tak apa lah. Saya boleh pakai sendiri".

"No!Biar abang pakaikan. Sayang tak sihat kan. Jangan degil, Syazreen",katanya tegas.

Syazreen hanya mengeluh. Membiarkan sahaja lelaki itu memakaikan untuknya.
Dia tidak boleh menghalang jika suaminya itu sudah menyebut namanya.

Seusai itu,Hairy mengambil tempat di sebelah isterinya. Dipeluk kemas pinggang isterinya. Kepala Syazreen dikucupnya.

"Tidur lah. Kita pergi esok eh?",katanya lembut.

Dari nada lelaki itu seakan kecewa. Habis tu,dia nak buat macam mana?Tiba-tiba datang sakit macam ni?

Tidak sampai beberapa minit dia melelapkan mata,perutnya kembali sebu. Rasa itu sehingga ke kerongkongnya.
Dengan tenaga yang ada,dia berlari anak ke tandas. Dikeluarkan semua yang ada di perutnya.

Bukan hanya sekali dia muntah tetapi berkali-kali. Akhirnya,dia tersandar lemah di pintu.






















🌹♥️🌹
























HAI GUYS✌️

SORRY XUPDATE SEMALAM,HUHU.

BUSY LAH KATAKAN NAK DEKAT RAYA NI😌
HARAP DAPATLAH UPDATE SAMPAI PART 40..INSHA ALLAH.

JANGAN LUPA VOTE & COMMENT♥️

Thank You🌹

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now