MATANYA hanya memandang langkah Syazreen. Pesanan ringkas daripada isterinya itu sedikit memujuk hatinya. Bahkan hatinya terasa berbunga-bunga.

Hairy terus melarikan pandangan ke hadapan apabila isterinya itu mula mendekat.

Syazreen membuka perlahan pintu kereta.
Senyuman kelat tersungging di bibirnya.
Wajah lelaki itu tidak dapat dilihatnya dek cermin gelap.

"Sorry lambat",ujarnya setelah punggung
nya mencecah kerusi.

Hairy menjeling sekilas. Haih. Rindunya.
Ditahan rindunya. Ditahan dari memeluk isterinya. Merajuk lah katakan.

Syazreen mencebikkan bibir apabila kereta mula bergerak. Tiada sahutan daripada lelaki itu. Tiada pelukan seperti biasa.

Syazreen memberanikan diri. Tangannya perlahan-lahan diletakkan di peha lelaki itu. Cuba mencuri perhatian suaminya.

"Please...tengah drive ni",air liur ditelan berkali-kali. Syazreen sengaja mencabarnya.

"I'm sorry ", Syazreen meleretkan suaranya. Manja. Seraya itu kepalanya dilentokkan di bahu Hairy. Kenapa dengan dia ni?Huhu.

"Sayang....

Hairy menekan pedal brek. Syazreen betul-betul menguji kesabarannya.
Syazreen membuka mata,kepalanya diangkat.

"Why? ", Syazreen bertanya tanpa reaksi.

"Sayang...awak sengaja kan nak goda abang?",Hairy memandang tajam isterinya.
Ingin sahaja dicium bibir merah itu. Geram.

Syazreen mencebikkan bibir. Dia menatap Hairy. Cuba melawan pandangan tajam suaminya. Tidak sampai beberapa saat, Syazreen mengalihkan pandangan. Haih.
Lama-lama boleh gugur jantungnya.

Hairy tersenyum sinis. Ada hati ingin melawannya?Ni Hairy lah!

"Tak ada masa nak goda awak!", Syazreen bersuara. Tangan disilangkan.

"Ya ke?Kata-kata rindu tu apa?".

"Saja",jawabnya sepatah.

Hairy menggelengkan kepalanya. Pantas didekatkan mukanya. Satu ciuman singgah di dahi isterinya. Turun pula di pipi wanita itu.

"Hadiah untuk sayang".

Senyuman cuba disembunyikan Syazreen.
















"NAK pergi mana ni?".

Pelik dengan suaminya. Bukan rumah mereka ditujunya.

"Ada lah".

Hairy menjeling sekilas isterinya sebelum memandang semula ke arah jalan. Lupa bertanya hal itu.

"Sayang...

"Hmm...

"Free kan esok?".

Syazreen memandang suaminya. Kenapa pula?Memang lah dia tiada kelas tetapi Ada beberapa tugasan yang perlu disiapkan.

"Ha'a. Kenapa?".

"Abang nak bawak sayang pergi honeymoon ".

Membulat mata Syazreen. What!Sekarang ke?

"Sekarang ke?".

Hairy hanya mengangguk.

"What!Macam ni je?Apa-apa pun saya tak bawak",kata Syazreen sedikit gelabah. Kalau ya pun bagitau lah dulu.

"It's okay!Abang dah bawak semua. Dari pakaian kecil hingga ke besar".

'Papp!'

"Auchh,sayang!", tersengih-sengih Hairy.

"Berapa hari?Kat mana?",tanya Syazreen bertubi-tubi.

"3 hari 2 malam,sayang".

Syazreen senyum senget. Ada saja rancangan suaminya.

"Kat mana?".

"Ada lah. Tunggu je".

Syazreen merengus perlahan. Dia beria-ria ingin tahu. Hairy merahsiakan pula. Matanya menghala ke jalan. Membiarkan lelaki itu membawanya,entah ke mana. Honeymoon kononnya.




















🌹♥️🌹


















HAI GUYS✌️

BEBERAPA HARI LAGI RAMADHAN AKAN TINGGALKAN KITA🤧😢

DAH BERSIAP-SIAP NAK BERAYA KE TU?
BISKUT RAYA JANGAN LUPA,HAHA

JANGAN LUPA VOTE & COMMENT♥️

Thank You🌹

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now