Bab 46: Setelah Dia Pergi.

Start from the beginning
                                    

Hanif berkerut dahi dan memandang kearahnya.

"Kau baca tu!." Arahnya.

Hanif mengambil surat yang telah renyuk itu dan membetulkannya sebelum membaca.

Air matanya terus mengalir deras, melihat Hanif yang sedang membaca surat doktor tersebut.

Hanif bingkas berdiri, sambil matanya memandang sekilas kearah Nina.

"Nina kau?." Jelas wajah tidak percaya Hanif sekarang ini.

"Ya. Aku penghidap kanser hati tahap 4. Malam tu. Aku datang rumah kau. Cuba untuk bagitahu kau tentang penyakit aku. Tapi kau halau aku!. Kau hina aku!. Kau tahu betapa remuknya hati aku Hanif?. Bila orang yang selalu ada disaat aku memerlukan. Dah tak ambil kisah lagi pasal aku." Ujarnya bercucuran air mata.

Hanif tunduk, mengunci bibir.

"Ya... Aku mengaku salah aku. Sebab tu aku datang minta maaf. Aku tawarkan diri untuk baiki hubungan kau dengan bekas isteri kau.. Tapi kau tak nak.. Kau pilih untuk membenci dari memaafkan..." Ujarnya lagi.

Hanif mengangkat kepala, memandangnya.

"Aku tak akan maafkan kau Nina!." Ujar Hanif. Seraya berpaling darinya.

Dia hilang kata apabila melihat Hanif melangkah ingin pergi. Dia mengejar langkah Hanif dan duduk memaut kaki Hanif.

"Anep.. Tolonglah Anep... Tolong jangan benci aku. Bagilah aku rasa tenang sebelum aku mati. Kau tak kesian ke dekat aku?." Rayunya sambil mengalirkan air matanya.

Hanif melepaskan kaki dari dipeluknya dan berpaling kearahnya. Lelaki itu mencangkung dihadapannya.

"Betul kau nak aku maafkan kau?." Soal lelaki itu perlahan.

Dia mengangguk laju.

"Kau boleh buat apa sahaja yang aku suruh kau buat?." Tanya lelaki itu lagi.

Air matanya mengalir deras. Kepalanya diangguk lagi.

"Minta maaf pada Armell atas apa yang kau dah buat pada dia selama ni. Kau boleh buat?."

Dengan rasa berat hati. Dia menganggukkan kepalanya.

"Dan pergi mengaku kalau kau yang cuba culik Sofea semalam."

Dahinya berkerut mendengar permintaan kedua Hanif.

"Aku sakit Anep.." Ujarnya.

"Jadi apa masalahnya?." Soal Hanif.

"Kau nak suruh aku masuk lokap ke?." Soalnya dengan mata berkaca.

"Kan kau kata kau boleh buat apa sahaja asal aku maafkan kau." Ujar Hanif.

Dia terdiam. Kepalanya menunduk. Perit rasanya apabila mendengar Hanif berkata demikian.

"Baiklah.. Kalau itu yang kau nak. Aku akan buat." Jawabnya tetap menunduk.

"Ada lagi satu." Kata Hanif.

Dia mengangkat kembali kepalanya, memandang wajah Hanif.

"Aku tak nak jumpa kau lagi dan anggaplah yang kita tak pernah kenal pun antara satu sama lain."

Berkerut dahinya memandang wajah Hanif.

"Apa maksud kau?." Tanya dia.

"Sebab aku pun akan anggap yang kita tak pernah kenal. Hanya dengan cara tu je yang boleh buat aku maafkan kau Nina." Ujar Hanif mengalirkan air mata dihadapannya.

End Flashback.

Nina duduk diatas sofa. Sudah dua hari berlalu. Namun air matanya masih mengalir apabila teringatkannya.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now