[68]

16.1K 707 75
                                    

Mia membasahkan wajah Is dengan tuala yang di celup ke besen yang berisi air. Mia dengan berhati-hati membersihkan wajah Is. Mia takut jika dirinya menyakiti Is nanti. Setelah selesai bahagian muka Mia membersihkan di bahagian lain pula. Tubuh Is yang terdedah di bersihkan dengan lembut.

Sudah beberapa hari Is tidak menyarung baju. Itu atas saran doktor sendiri biar luka dan lebam lebih cepat membaik. Is juga sudah di bawa pulang ke rumah Puan Aisyah dan Tuan Hussein. Is hanya menatap Mia yang sabar menjaga dirinya.

Kini sudah seminggu Mia bersabar menjaga Is. Setiap kali makan Is akan di suapkan oleh Mia walaupun telah di tolak beberapa kali. Apabila mandi, Mia akan membantu Is. Dalam memakai pakaian atau lebih tepat seluar juga di bantu oleh Mia.

Is tidak faham dengan fikiran Mia. Kenapa Mia masih bertahan dekat sisi Is. Sedangkan Is memperlakukan Mia dengan teruk ketika dulu. Tapi Mia masih ada di sini. Membantu,  menjaga dan merawat Is dengan baik. Is sendiri betul-betul dalam dilemma dengan dirinya sendiri.

Sepatutnya Mia pergi bergembira tanpa perlu menjaga dirinya yang teruk ini. Mia boleh bersenang bersama Aira di luar seperti wanita lain. Tapi tidak. Mia lebih rela menjaga Is. Sungguh besar hati kau Mia. Is bersandar membiarkan Mia mengelap tubuhnya.  

" Abang, Mia ambilkan bubur dekat bawah sekejap ya ". Ujar Mia lembut. Kedua tangannya mengangkat besen berukuran kecil itu untuk di bawa turun ke bawah. Namun baru selangkah Is menarik lengan Mia. Tubuh Is sudah pulih namun bukan seluruhnya.

Mia terdorong kepada Is. Nasib baik air dalam besen ini tidak tumpah. Mia menatap Is menunggu apa yang Is mahukan. Mia tersenyum melihat Is hanya memandang dirinya. Mia meletakkan besen ke atas meja lalu duduk di tepi katil dekat dengan Is.

" Ada apa? Abang rasa sakit dekat mana-mana ke? Sini Mia tengok ". Is mengetap rahangnya kuat. Kenapa Mia. Kenapa kau baik macam ni. Mia memeriksa badan Is namun si suami hanya berdiam sambil menatap Mia.

" Kenapa kau baik sangat Mia? Kenapa kau tak biarkan je aku. Kenapa kau masih jaga aku lepas aku dah siksa kau dulu Mia. Kenapa? Kau buat aku nampak teruk ". Ujar Is perlahan. Mia menyunggingkan senyuman semanis mungkin untuk Is.

" Mia buat semua ni sebab Mia nak jaga abang. Abang kan suami Mia. Pasal tu Mia dah lama lupakan abang. Benda dah lepas kan. Buat apa nak ungkit lagi. Mia tahu abang dah berubah kan ". Jawapan Mia yang ikhlas membuat setitik air mata Is jatuh tanpa sedar.

Mia segera menghapuskan air mata itu. Mia mengeleng kepala. Tidak membenarkan Is menjatuhkan air mata untuk dirinya. Is masih beriak datar namun hanya air mata yang menjelaskan segalanya. Mia mengenggam tangan kiri Is yang bebas. Sementara tangan kanan Is di balut dengan arm sling kerana belum pulih.

" Mia sayang abang tahu. Mia tak akan tinggalkan abang. Mia tak kisah tentang hal dulu. Mia hanya kisahkan tentang kita hari ni, esok dan seterusnya hingga akhir nyawa Mia bersama abang, Aira dan juga ini ". Mia membawa tangan besar Is ke arah perutnya. Sambil menahan air mata Mia menatap Is.

Is tercenggang. Tangan Mia yang membawa tapak tangannya ke arah perut Mia membuat kan Is kelu seribu bahasa. Is menatap Mia tidak percaya. Mia--Mia mengandung? Mia melihat gerak geri Is yang seakan bertanya dirinya mengandung mengangguk sebagai jawapan.

Tanpa menghiraukan tubuhnya yang sakit. Is menarik Mia ke dalam pelukan nya. Mia dengan rela hati memeluk Is rindu. Sudah lama Mia tidak memeluk Is. Is mengusap rambut Mia sesekali mengucup rambut Mia.

Ini ke anugerah yang Tuhan bagi kepada Is selepas perangai buruk dan teruk Is berikan kepada Mia. Mia menghamburkan tangisannya. Mia terus memeluk Is sambil menyalurkan rasa rindu yang teramat snagat. Is betul-betul berasa bersalah. Sepatutnya dirinya di buang.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now