[31]

17K 611 35
                                    


Mia menarik beg yang berisi pakaian turun ke bawah di mana keluarga Is sedang menanti kehadiran Mia. Mia siap berpakaian lengkap dengan tudung berwarna hitam, berbaju t-shirt dan kain yang sama semasa berada di atas.

Aisyah yang melihat menantunya turun ke bawah segera bergegas menghampiri Mia bersama senyuman manis yang terhias di bibir. Gembira mendapat seorang menantu yang sudah lama dia inginkan.

Aisyah membawa Mia duduk di sebelahnya pada sofa. Mia menuruti tanpa bersuara. Senyuman manis mama mertuanya dibalas dengan senyuman.

" Is dengan Mia dah nak bertolak pergi dekat rumah Is dah sekejap lagi. Jadi mama papa tak kisah kan ". Jelas Is sambil memerhatikan Mia yang berada di sebelah mamanya.

Hussein mengangguk membenarkan Is membawa isteri dia ke rumah milik Is sendiri. Tiada apa lagi yang Hussein boleh katakan. Jika dia melarang sekalipun pasti Is tidak akan mengikuti apa yang Hussein katakan.

" Tapi Hareez tak boleh ke kamu berdua tinggal sini lama sikit. Mama boleh bersembang dengan Mia lagi. Rasa tak puas pula sekejap sangat lah Is ". Aisyah sedikit merungut kepada Is dengan riak muka yang muram.

Aisyah sendiri mahu bersembang dan lebih mengenali Mia. Sambil sambil tu boleh Aisyah mengajar Mia tentang cara kehidupan Is. Segala yang Is suka dan tidak suka.

" Aisyah. Itu hak Hareez kita tak boleh halang mereka Aisyah. Lagipun Hareez dah jadi suami Mia. Pasti dia tahu apa yang dia lakukan ". Hussein bersuara selepas mendengar isterinya merengek mahu bersama dengan lebih lama bersama Mia menantunya.

" Mama jangan risau. Nanti Is akan selalu bawa Mia berjumpa dengan mama. Kami cuma nak tinggal bersama berdua sebagai pasangan sumai isteri ". Jelas Is lembut menatap lurus terus ke mata mamanya. Is cuba untuk menyedapkan hati mamanya.

Selama ini Is hanya lebih rapat dengan mama berbanding papanya. Walaupun atuknya yang menjaga dia tetapi selepas atuknya meninggal mama yang lebih mengambil berat kepada Is. Manakala papanya sibuk bekerja.

" Betul. Kalau macam tu Is janji kena bawa Mia selalu jumpa mama tahu. Sekurangnya mama ada kawan ye tak Mia ". Sahut Aisyah sambil menuntut jawapan dari Mia.

Mia hanya mengangguk lalu memeluk tubuh Aisyah erat. Nampaknya mereka berdua akan berangkat sebentar lagi. Memandangkan Is sudah bengun dari duduk dan menarik beg Mia keluar rumah.

Mia masih berdiri di sebelah Aisyah berjalan bersama keluar rumah. Hussein juga mengikuti dari belakang. Sampai di depan pintu, Mia terus mendakap tubuh Aisyah seerat mungkin.

Mahu menyedapkan hati mertuanya. Selepas itu, Mia mencium tangan Aisyah sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Mia sempat memberikan senyuman kepada papa mertuanya yang berada di sebelah mama.

Is pula berdiri di tepi kereta dengan pintu kereta yang terbuka. Is hanya mengangkat tangan kepada mama dan papa sebelum masuk ke dalam kereta.

Tidak lama kemudian Mia mengikuti Is masuk ke dalam kereta sambil melambaikan tangan kepada mertuanya yang masih menatap mereka pergi.

Mia dan Is berdiam diri semasa dalam perjalanan menuju ke rumah Is yang tidak diketahui.

" Mia kau tidur lah dulu. Perjalanan kita ambik masa sikit ". Ujar Is sambil tangan mengelus lembut pipi Mia. Mia tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.

Jadi Mia mengambil langkah dengan memejamkan mata agar tidur sementara perjalanan masih lama. Tidak lama kemudian Mia terlelap tidur. Manakala Is pula hanya tersenyum mihat Mia yang sudah melelapkan mata.

Fokus Is memandu kereta ke destinasi yang di tuju. Rumah milik Is tidak terlalu cuma memakan masa hampir setengah jam dari rumah mama papa.

Is memasuki kawasan rumahnya dengan perlahan. Sebaik sampai di dalam kawasan rumah Is langsung mematikan enjin kereta. Seatbelt yang melilit tubuh Is segera di leraikan.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now