[34]

14.3K 579 21
                                    


Sorry lame tk update 😂.











###########

















"Awak ... ". Seru Mia dalam keadaan gesah gelisa dengan cara pemanduan Is. Bagai nak tercabut keluar jantung Mia dari dalam badan Mia.

Is sungguh melepaskan kemarahan dengan memandu secara gila. Tidak dipedulikan Mia yang terhenyak dengan pemanduan laju dia ini. Is mengenggam ketat stereng kereta dengan mata tajam fokus memandu.

" Awak-- ".

" Diam!!! ". Bentak Is. Pantas Is memotong ayat yang bakal keluar dari mulut Mia. Sekarang Is rasakan hatinya terbakar dan panas membara. Is tidak memberi satu peluang untuk Mia mengeluarkan suara.

Mia diam sebaik dirinya dibentak Is. Semakin meninggi perasaan takut pada Is. Sampai di depan rumah. Is keluar terlebih dulu berbanding Mia. Meninggalkan Mia seorang diri di dalam kereta.

Sungguh mood Is sekarang menyeleweng jauh. Tiada perasaan ingin bergurau sekarang ini. Mia cuma mampu melihat tubuh Is yang semakin menjauh. Nampaknya Is tidak akan melepaskan marah pada Mia. Mungkin.

Mia keluar dari kereta dengan langkah yang perlahan. Pintu kereta di tutup. Sekumit perasaan takut kini semakin bertambah. Mia menghampiri masuk ke dalam rumah. Perkara pertama yang didengari oleh Mia ialah bunyi barang seperti kaca jatuh terhempas pecah.

Berdegup laju jantung Mia mengepam darah. Mia cukup takut jika berdepan dengan perangai gila Is. Cukup dulu. Tidak lagi sekarang. Namun, Mia harus menerima yang dia sekarang ini tinggal sebumbung dengan Is dan akan melayan segala perangai Is yang tidak diketahui.

Mia berdiri tegak sambil melihat pintu bilik yang tertutup rapat. Tidak sekumit keberanian dalam diri Mia untuk mengetuk pintu apatah lagi untuk bertemu dengan Is yang sedang mengamuk.

Kenapa Is berperangai sebegitu sedang kan Mia tidak melakukan perkara buruk langsung. Hanya berbual dengan orang yang ingin meminta bantuan saja tidak lebih.

Nampaknya satu sisi Is yang Mia harus memperingatkan diri agar berhati hati selepas ini. Mungkin Is tidak suka melihat Mia berbual dengan orang yang lain jantina.

Tetapi Mia juga berhak berkawan dengan sesiapa pun asalkan tahu menjaga diri. Bukan begitu?. Setelah Is tidak akan memahami Mia. Terpejam mata Mia cuba mengingatkan diri supaya terus bersabar.

Jika masa menyebelahi Mia. Mia sendiri yang angkat kaki pergi dari dakapan Is. Mungkin kedengaran jahat dan pentingkan diri sendiri. Perkahwinan antara Is dengan Mia. Tiada perasaan cinta sama sekali. Lagi lagi bagi pihak Mia.

Tidak pernah sekalipun Mia jatuh cinta kepada Is. Walaupun Is suami Mia. Pintu hati Mia belum terbuka untuk itu semua. Jadi bukan Mia tidak mahu belajat menerima Is tetapi jika perangai Is yang tidak boleh dikawal membuatkan Mia muak.

Kerana Mia rasakan Is hanya mengahwini Mia hanya sebab keinginan bukan cinta. Is takut Mia jatuh pada tangan orang lain. Mia menghembus nafas lalu membuka mata kembali.

Mia harus tabah menjalankan kehidupan bersama Is. Harus. Jika tidak. Mia akan pergi sejauh mungkin dari Is. Jika perkahwinan ini tidak mendatangkan perasaan cinta dalam diri Mia untuk Is.

DEVIL MAN!!! Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin