[18]

17.9K 723 37
                                    


" NUR DAMIA !!!! "

Bergema jeritan yang memanggil nama Mia di dalam rumah , ruang tamu tersebut. Is mengenggam kuat kedua tangan dia sehingga menghasilkan bekas merah.

Mata tajam merenung pintu yang terbuka luas selepas Mia berjaya larikan diri. Nafas naik turun menahan amarah yang mulai datang dalam diri.

Beraninya Mia lari dari dia. Baru tadi dia agak bergaduh dengan Mia serta sebuah tamparan padu hinggap pada pipi mulus Mia yang melawan tanpa gerun.

Tapi sekarang Mia sewenangnya melarikan diri ntah ke mana tetapi yang pasti tetap ada di pulau kediaman Is. Pasti Mia tak boleh lari jauh daripada pulau ini. Melainkan Mia menggunakan bot yang tersadai di penghujung jeti.

"Ahhh! Shit! " Carutan keluar dari mulut Is selepas terfikir sesuatu perkara yang membolehkan Mia melarikan diri. Lekas Is keluar dengan riak yang bengis tanpa secalit senyuman yang terpalit pada wajah dia.

Kaki laju bergerak mencari tubuh Mia yang hilang melarikan diri. Mata puas melilau memerhatikan sekeliling , sekiranya Mia menyorok di suatu tempat yang terlindung.

" DAMIA!! KELUAR KAU!!! "

Jerit Is lagi dengan kuat. Jack yang terdengar dari dalam ruang rumah segera berjalan mencari bunyi jeritan yang menjerit nama Mia kuat.

Terjenguk kepala Jack mencari dari mana datang jeritan tersebut. Pasti Mia telah melakukan sesuatu yang membuatkan angin Is naik mendadak sehingga jeritan garau Is kedengaran mungkin sepelosok pulau yang tidak sebesar mana dan tidak sekecil mana.

" Mia kau buat apa ni lagi. Aku dah cakap jangan lawan Is kalau kau nak selamat tapi apa kau buat ni!!". Bisik Jack sendirian sambil memikirkan nasib yang bakal dihadapi oleh Mia sebentar lagi apabila Is berjaya menangkap dia.

" NUR DAMIA !!!"

Sekali lagi jeritan kuat bergema. Kemarahan benar - benar tercabar. Meluap rasa marah yang dia cuba kawal.

Manakala Mia pula menyorok setelah puas melarikan diri daripada Is. Tempat yang Mia pilih untuk menyembunyikan diri ialah tempat yang Is sedang tujui sekarang.

Mia mengecilkan diri menyorok di belakang bot yang terhalang oleh kerusi yang agak sempit. Membolehkan diri Mia yang tidak kurang kecilnya menyorok ke dalam.

" Baik kau keluar dengan cara baik Mia! Sebelum aku heret kau dengan cara aku yang aku pasti kau tak akan suka Mia!! Keluar kau!!".

Jeritan tersebut menyebabkan tubuh Mia menggigil takut. Ugutan Is cukup hampir dengan keberadaan bot ; tempat dia menyorok sekarang. Dengan harapan Is tidak akan menemui dia.

Mana mungkin Mia boleh memandu bot ini. Sedangakn dia Lansung tiada pengalaman membawa bot. Terpaksa lah Mia menyorok terlebih dahulu.

Is masih dengan riak yang menakutkan hampir mendekati bot yang terikat pada tiang jeti tersebut. Bukan Is bodoh tak tahu kemana Mia menyorok.

Dalam pulau ni tak ada tempat yang strategik untuk Mia menyembunyikan diri daripada dia. Cuma mesti Mia sendiri yang akan sembunyi dekat bot.

Mia semakin menyorok ke dalam ruang seboleh - bolehnya.  Mia menggigil kerana menahan perasaan takut. Barusan tadi dia ditampar kuat oleh Is. Sehingga kini pipi Mia masih terasa sakit dan berdenyut kuat. Nasib tiada darah yang mengalir keluar.

Is menuruni satu persatu tangga jeti dan masuk ke perut bot. Sebaik Is melangkah ke tengah bot , dia meliarkan ke seluruh kawasan bot.

Firasat dia kuat mengatakn yang Mia ada di sini sedang menyorok dari dia. Is membuka langkah kecil sambil menjenguk ke ruangan setiap selangan kerusi bot.

Sengaja derapan langkah dihentak supaya lebih menakutkan si pelari. Pandai Is dalam menaikkan rasa takut terhadap diri Mia. Sudahlah menyorok dalam keadaan yang sempit. Peluh tidak henti keluar. Air mata juga degil ingin mengalir.

Mulut ditekup dengan telapak tangan supaya tidak mengeluarkan suara tangisan agar tidak terkantoi dengan Is yang dia melarikan diri.

"Mia ..... Aku tahu kau ada dekat sini ... Keluar Mia ! Keluar!! Kau nak aku guna cara aku untuk keluarkan kau ke Mia. Aku tahu kau tak nak aku sakitkan kau kan Mia. Jadi keluar sekarang sebelum aku naik hantu".

Mendengar lagi apa yang Is katakan lagi membuat takut. Peluh tidak sebab mengalir berterusan tanpa henti. Ugutan Is sungguh mengerikan. Mia tahu kalau dia keluar dengan cata Is pasti teruk dia Is kerjakan

Tetapi ....

Kalau Mia keluar daripada tempat persembunyian pasti Is mengurangkan hukuman terhadap Mia walaupun perkara tersebut tidak menyakinkan Mia dengan sikap panas badan Is yang tak terbendung.

Mengundang perasaan hiba , sedih , takut , seram dan semuanya bercampur menjadi satu. Mia berharap Is pergi dari sini supaya Mia boleh menangkan diri dia. Jantung bagaikan mahu meloncat keluar.

" Harhgh!! " . Sergah Is kuat selepas dapat mengetahui tempat persembunyian Mia.

" Arghhhh! ". Mia juga turut menjerit ketakutan mendengar sergahan Is pada dia.

Is tergelak kuat berjaya menemukan Mia yang dalam keadaan agak memilukan. Mengecilkan diri supaya tidak ditemukan oleh Is namun malangnya nasib tetap ditemukan oleh Is.

"Keluar!!". Arah Is keras. Cukup lah bermain hide and seek hampir setengah jam. Mata Is menikam tajam makhluk yang erat memeluk tubuh dalam keadaan duduk di hadapan dia ini.

Mia berdiam diri tidak mendengar arahan Is. Mia takut sekiranya dia keluar Is agak mengasari dia. Tidak mahu hal itu terjadi Mia hanya mendiamkan diri tanpa sedar hal itu malah akan menyebabkan Is lagi diamuk perasaan marah.

" Aku cakap keluar!! Keluar lah!!". Jerkahan Is cukup melemahkan sendi lutut Mia. Bagaikan Mia tidak mampu untuk berdiri.

"Kau memang cari nahas lah dengan aku!!". Is meluru ke arah Mia lalu lengan Mia disambar ketat Is mengheret keluar dari tempat sempit tersebut.

Sebaik di atas jeti , dengan Mia tidak berhenti meronta supaya terlepas. Badan Mia keras menghalang langkah besar kaki Is. Kemuncak amarah Is telah sampai sekali lagi pipi Mia menjadi mangsa tamparan Is melepaskan geram.

Pang!

Mia mengetap gigi merasakan pipi yang sama ditampar buat kali kedua. Denyutan kuat terasa menandakan otot Mia bertindak balas dengan tamparan padu Is.

" Jangan cabar aku! Cukup aku layan perangai jahanam kau! Jangan cabar aku lebih - lebih Nur Damia  "

Sejurus itu tubuh yang semakin kurus tersebut Is dukung pada bahu. Mia pasrah dengan takdir dia selepas ini. Tidak larat lagi mahu melawan Is lagi.  Harapan Mia hanya satu ; terlepas dari seksaaan durjana Is











++++++++++

Nah! Aku lame satu chap. Hope best laa okay. Lama tak update en en.
Aku rasa bersyukur pasal lepas dpt result daaa hoho 😳😳






DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now