[29]

15.1K 650 34
                                    


Berdentum bunyi pintu rumah Mia akibat di tolak kuat oleh Is. Mia yang berada di dapur segera keluar melihat apa yang telah terjadi.

Tercenggang Mia melihat pintu rumahnya terbuka luas dengan engsel pintu yang hampir tercabut. Mata Mia terlihat Is yang sedang berdiri menatap dirinya tajam.

Tanpa diduga Is melangkah merapati Mia lalu mencengkam kuat lengan Mia sehingga meringis Mia kesakitan. Mia cuba merontan untuk melepaskan cengkaman kuat pada lengannya.

Mia tdak faham dan tidak pasti akan keadaan sekarang. Kenapa Is menceroboh masuk ke dalam rumahnya malah merosakkan pintu rumahnya.

" A--Awak ke--kenapa Hareez ". Tergagap Mia bertanya kepada Is. Perasaan takut mulai timbul di dalam diri Mia apabila melihat Is memandang dia dengan riak wajah yang bengis dan tajam.

" Apa jawapan kau!? Aku dah kata aku nak jawapan kan!! Kenapa kau tak bagitahu aku lagi!! ". Tengking Is pada Mia. Bergema kuat bunyi tengkingan mengejut Is di dalam rumah Mia.

Terangkat bahu Mia ke atas akibat terkejut kerana tengkingan Is yang kuat. Jantung Mia berdegup kencang sesuai dirinya menjadi mangsa tengkingan Is.

Mia sendiri tidak pasti mengapa Is menengking dirinya. Apa kerana dia tidak  memberi Is jawapan lagi. Mia terdiam sendiri. Dia memang mahu memberi tahu kepada Is pada petang tadi tetapi Is malah datang ke dalam rumahnya pada waktu tengahari begini.

" Saya nak beritahu awak petang nanti ". Balas Mia bagaikan berbisik. Menggigil badan Mia menahan ketakutan pada Is. Cengkaman pada lengannya semakin Is kuatkan.

Mia meronta lagi mahu cenngkaman tersebut melepaskan lengannya. Terasa sungguh sakit. Mungkin lengan Mia akan meninggalkan lebam kerana cengkaman tersebut.

" Petang apa petang!! Aku cakap cukup je masa terus bagitahu aku!! Kau tak faham bahasa ke!!? ". Jerkah Is berterusan pada wajah Mia. Mia sedaya upaya menahan diri daripada menghamburkan tangisan.

Bukan salah Mia jika tidak memberitahu jawapan kepada Is pada waktu pagi. Bukankah jawapan tersebut boleh diberitahu pada waktu petang juga.

" Apa jawapan kau!? Bagitahu aku sekarang. Aku pasti kau tahu yang aku tak suka kan penolakan ". Jelas Is dengan suara yang mula merendah daripada tadi.

Cengkaman pada lengan Mia juga dilepaskan perlahan perlahan. Is menarik pinggang Mia mendekati tubuhnya sehingga tubuh mereka berdua menjadi rapat.

Mia mahu mendorong Is menjauhi dirinya namun tidak mampu. Takut jika Is melakukan sesuatu yang buruk pada Mia. Cukuplah dulu Mia pernah dikotori oleh Is namun bukan kali ini lagi.

Tanpa melihat ke wajah Is Mia menjawab dengan fikiran yang baik. Sama ada jawapan yang Mia berikan iya ataupun tidak, Is tetap akan memaksa dirinya untuk bernikah dengan Is sendiri.

Jadi kesimpulannya Mia sebenarnya tiada sebarang pilihan melainkan perlu menerima Is sebagai suami walaupun tidak rela.

" Saya terima. Saya terima awak untuk menjadi suami saya ". Jawapan yang diberikan oleh Mia sungguh mengembirakan Is.

Senyuman manis tanpa di sangka terlakar pada bibir Is dengan sendirinya. Akhirnya Mia tidak akan dapat lari dari dirinya. Is tidak akan sesekali melepaskan Mia walau apa pun terjadi.

" Pilihan yang bagus sayang. Sekarang kau pergi bersiap aku nak bawa kau pergi berjumpa dengan family aku untuk perkahwinan kita ". Jelas lagi nyata itu ialah sebuah perintah oleh Is.

Mia terdiam mendengar kan perintah Is yang menyuruh dirinya bersiap untuk berjumpa dengan family Is. Sudah siapkah Mia untuk bertemu dengan family Is.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now