[64]

14.2K 598 79
                                    

Mia sudah siap dengan memakai baju yang diberi oleh Is sebentar tadi. Mia menelek dress labuh itu di hadapan cermin. Sekarang jam sudah beranjak pada nombor 9 malam. Mia juga sudah siap menyarung tudungnya. Padahal tadi Is sendiri yang beritahu jangan memakai tudung. Tapi tidak mungkin Mia turuti.

Mia memang bertudung tak akan sebab itu dia terpaksa menanggal tudungnya. Mia menarik nafas berat. Mia sendiri tidak tahu ke mana Is mahu membawa Mia. Mia menoleh ke arah keberadaan Aira yang sedang tertidur Lena di atas katil. Dah malam jadi memang ini masanya untuk Aira tidur. 

Mia mencium dahi dan kedua pipi Aira lembut. Berat hati rasanya Mia ingin meninggalkan Aira tanpa dirinya. Seketika bunyi pintu di ketuk kedengaran menyedarkan Mia bahawa waktunya untuk pergi bersama Is sudah tiba. Jack membuka pintu bilik tersebut dan serentak itu Mia bangkit menuju keluar.

" Jack tolong tengok kan Aira iya. Saya tak yakin dia selesa tidur kalau tak ada saya dekat dengan dia ". Pinta Mia sayu. Jack yang mendengar hanya mengangguk dan kembali menutup pintu bilik meninggalkan si kecil Aira seorang diri dalam keadaan terlelap.

Sampai di pintu masuk rumah Mia berjalan keluar dengan perlahan ke arah Is yang sudah sedia berdiri sambil menatap Mia tajam. Mungkin Is menunggu kedatangan Mia. Seketika Is mengerutkan dahi dengan tatapan yang semakin tajam menghala ke Mia.

Belum sempat Mia melangkah masuk ke dalam kereta yang pitunya terbuka lengan kiri Mia ditarik kuat sehingga Mia terdorong keluar dan merapat pada tubuh Is. Mia meringis sakit bercampur terkejut. Takut-takut Mia menatap Is.

Kenapa Is semakin mengerikan.

" Aku cakap apa tadi! ". Suara keras Is terdengar menyeramkan di balik telinga Mia. Mia faham dengan apa yang di maksud kan oleh Is. Mia mengeleng perlahan sambil lengan masih dalam cengkaman Is.

" Saya minta maaf. Tapi saya tak akan tanggalkan tudung saya. Kalau awak tetap paksa saya untuk buka tudung saya. Saya tak akan ikut awak pergi ". Jawab Mia berani tetapi pandangannya menghala ke arah lain. Is yang memang tercabar dengan kelakuan Mia mengetatkan ketapan rahangnya.

" Masuk! ". Is mendorong tubuh Mia lepas. Mia menahan rasa sakit pada lengannya dan bergerak duduk di tepi cermin menjauhi Is. Is masuk ke dalam selepas menepuk baju coat yang tersarung pada tubuh tegapnya.

Mia mengecilkan tubuhnya dan menatap keluar cermin. Lebih baik daripada menatap orang di dalam kereta tersebut. Mia menyandarkan sisi kepalanya pada cermin kereta. Menatap pokok-pokok yang berada di sekitar tempat itu.

Dalam tidak sedar mata Mia mula memberat dan tidak lama kemudian dengan perlahan mata Mia tertutup dan hanyut dalam lena. Mia tercelik apabila bunyi enjin kereta tidak kedengaran lagi. Mia menoleh ke arah luar dan selepas itu menoleh ke arah kiri di mana Is berada.

Is cuma duduk tegak sambil menatap lurus ke hadapan. Mia baru menyedari bahawa tiada lelaki yang menjadi pemandu dan bodyguard Is di dalam kereta.

" Keluar! ". Cukup satu perkataan yang memerintah Mia untuk keluar. Mia membuka pintu dan menurunkan kaki ke atas rumput dengan langkah yang perlahan. Mia menatap sekeliling dengan curiga. Kenapa tempat ini gelap dan di kelilingi pokok-pokok besar.

Belum sempat Mia melayan fikiran sekali lagi tangan Mia ditarik kuat oleh Is. Mia menatap Is yang langsung tidak memandang ke arah dirinya. Sebegitu kejamnya Is langsung tidak menjaga hati dan perasaan Mia. Sesuka hati menarik dan memperlakukan Mia dengan kasar.

Tarikan pada tangan Mia berubah melingkari pinggang Mia sambil berjalan menuju pintu masuk sebuah rumah yang mempunyai lampu yang agak samar. Mia juga baru sedar bahawa ada beberapa lelaki mengikuti di belakang mereka.

DEVIL MAN!!! Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon