[13]

20.4K 777 19
                                    


Sorry lambat update. Hoho.

HATI HATI AYAT KELING DI BAWAH.



++++++++



"Nah pakai baju ni. Dah dua hari aku tengok kau asyik pakai baju sama je". Sehelai baju berserta seluar dicampak ke arah Mia yang sedang termenung sambil memeluk lutut.

Mia mendongak kepala ke atas tajam melihat Is yang mencampak pakaian tersebut. Pakaian yang diberi oleh Is terjatuh ke kaki hanya di pandang sekilas sebelum kembali merenung luar.

Walaupun pintu balkoni tak terbuka masih boleh menampakkan pemandangan dari luar.

Tersentak Mia daripada melayan perasaan sendiri apabila Is menarik kuat lengannya sehingga terdorong Mia bangun secara automatik.

" Sakitlah!". Genggaman pada lengannya pasti meninggal kan kesan kelak. Bukan main kuat cengkamnya.

Meronta ronta Mia minta lepas. Sakit sangat. Muka Mia usah cakap betul betul riak sakit hati terhadap Is.

Manakala Is pula makin menguatkan pegangan pada lengan Mia. Sakit hati bila Mia melawan arahan dia  

"Kalau kau tak nak sakit kau dengar lah cakap aku baik baik. Bukannya melawan aku. Aku pantang orang tak dengar cakap aku tau tak! Lagi lagi orang tu kau!".

Lengan Mia di tarik sehingga wajah mereka hampir bertemu. Mia segera mengerakkan kepala nya ke belakang sebelum benda tak baik berlaku. Bukan boleh percaya sangat otak gila Is ni.
" Dengar cakap aku okay. Kalau kau dengar cakap aku .. aku tak dek lahh sakit kan kau lagi. Faham?". Tutur Is lembut. Mata galak menganalisis seluruh wajah Mia sebelum mata berhenti pada bibir merah Mia yang agak pucat.

Beberapa saat kemudian barulah Is melepaskan lengan Mia dengan kasar. Merengus Mia sakit. Lengan kirinya diusap supaya mengurangkan sakit.

Mata masih menatap Is tajam. Is pula langsung tak bergerak selepas melepaskan Mia. Mereka bertentangan mata melawan amarah dalam diri.

"Kau tukar baju sekarang. Pergi mandi!". Arah Is. Is berpeluk tubuh melihat Mia yang masih tegak berdiri tanpa bergerak sedikit pun.

" Aku tau lah aku nak mandi ke tak! Yang kau sibuk tu kenapa?". Balas Mia tanpa gentar. Mia berdiri tanpa mengambil pakaian yang ada di lantai.

"Kau cabar aku ke?". Tanya Is semula. Tangan yang memeluk tubuh tadi sekarang berada di sisi pulak. Kaki melangkah mendekati Mia.

Mia langsung tidak melangkah atau mengundur ke belakang. Nampak berani? Is tersenyum sinis.

Sampai di depan Mia Is membongkokkan badan. Mulut hampir dengan telinga Mia yang tertutup oleh rambut. Is dengan lembut menyebak rambut Mia ke belakang telinga.

" Baik kau ambik baju tu sekarang dan pergi mandi macam yang aku arahkan ... Atau kau nak aku yang angkut kau bawak kau masuk dalam bilik air tu lepastu mandi kan kau dengan tangan aku sendiri ? Tapi .. Aku tak jamin kau boleh selamat bila aku yang mandikan kau. Kau pun faham kan. Jadi pilihan ada di tangan kau sendiri".

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now