[54]

12.4K 556 91
                                    

Sorry baru update 😢 author start sekolah dah sudah nak update cam selalu 🌚😂

#######


" Apa yang kau cakap kan ni Mia?! ". Is menggeram bengang mendengar permintaan cerai daripada mulut Mia. Is menatap Mia tajam memberi amaran supaya tidak berlebih. Mia mengabaikan tatapan tajam Is.

" Kalau macam ni lah perangai awak baik kita bercerai Hareez. Awak boleh pergi ke haluan hidup awak dan saya boleh pergi ke haluan hidup saya ". Ujar Mia lirih. Mia sudah tidak larat melayan sikap Is yang panas baran dan bertindak tanpa berfikir.

Is mengetap rahangnya kalau Tuan Hussein yang minta Is untuk menceraikan Mia, Is tidak terlalu kisahkan namun kalau daripada mulut Mia sendiri mencabar kemarahan Is untuk bangkit.


" Apesal kau minta cerai!? Apa yang papa aku dah hasut dekat kau sampai nak minta cerai ni!!? Benda ni kecil je setakat aku tidur dengan perempuan lain tu apa ada hal?! Tak payah lah panjang-panjangkan isu!? ".

Is mula melepaskan amarahnya tanpa berfikir terlebih dahulu. Mia menatap Is kecewa. Jadi Is menganggap perkara itu seperti biasa. Jadi selama ni Is pernah berbuat begitu di belakang Mia.

Mia menitikkan air mata kecewa, pedih hati Mia menghadap semua ini. Apa Is menganggap perkahwinan mereka adalah suatu mainan. Tuan Hussein di tepi Is menahan marah dengan perkataan Is.

" Hareez! Apa maksud kamu ni!? Sedar tak apa yang kamu cakap?! Fikir dulu boleh tak?! ". Sahut Puan Aisyah kerana sikap Is yang melampau. Is sampai menganggap benda ini perkara biasa.

" Ceraikan saya Hareez. Biar saya pergi dan awak boleh teruskan hidup awak macam ni ". Mia sudah tawar hati dengan Is. Cukup lah semua ni berlalu sampai di sini sahaja. Hati Mia terlalu sakit. Hati Mia seakan pecah berderai dengan kelakuan Is.

Is mengenggam penumbuk apabila Mia sekali lagi meminta cerai. Mata Is semakin tajam merenung mata Mia yang juga menentang mata dengan nya. Is semakin beremosi.

" Jangan harap aku ceraikan kau Nur Damia. Sekali kau jadi milik aku selamaya kau tetap milik aku!? ". Is bersuara di balik gigi yang terketap rapat. Seusai itu Is dengan perasaan marah yang tinggi melangkah pergi dengan hati yang membawa panas.


Mia hampir terjatuh ke lantai jikalau Puan Aisyah tidak memegang tubuh lemah menantunya. Tuan Hussein juga kalut melihat keadaan Mia dengan berkat Puan Aisyah dan Tuan Hussein, Mia dapat duduk di sofa.

Airmata sedih Mia berjuraian jatuh kerana rasa kecewa yang sungguh mencengkam. Mia memejamkan matanya untuk cuba mengawal diri daripada menjerit sakit. Kenapa Is lakukan semua ni pada Mia.

Apa salah Mia? Mia dah cuba jadi perempuan dan isteri yang baik untuk Is tapi ini balasan Is pada Mia. Mia cukup terluka. Mia penat dengan semua ni. Is cuma memainkan perasaan tulus Mia.

Puan Aisyah turut bersedih dengan situasi yang Mia hadapi. Puan Aisyah tak berhenti mengusap lengan dan belakang badan Mia sesekali memujuk Mia untuk berhenti menangis.

Tuan Hussein marah dengan dirinya sendiri kerana tidak mendidik Is dengan baik dan begini lah jadinya. Tuan Hussein menyalahkan dirinya yang tidak cukup menjadikan Is seorang yang baik.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now