[17]

18.3K 695 32
                                    

" Aku nak kau jadi hamba s*x aku ... "

Terpempan Mia dengan kehendak Is. Matanya terbeliak besar serta dengan gigilan kecil pada badan. Kepala mula berfikir perkara yang negatif dengan kehendak Is.

Air mata berkumpul di tubir mata. Tak mungkin. Aku tak nak. Dengan demikian berjujuran air mata Mia menuruni pipi. Mia menunduk tidak mahu melihat Is.

Harap yang dia dengatkan ini semua tidak betul.

Is berubah riak dari serius kepada senyuman yang terukir dengan riak yang menahan ketawa.

"Hey .. Kenapa kau menangis pulak ni? Rilex boleh .. Tak kan lah aku nak buat kau macam. Aku tak bodoh lagi nak buat orang yang aku sayang macam tu. Rilex lah aku saje je lah".

Sayang? Serius ke Is?

Is menarik bahu Mia rapat pada dia. Dagu Mia tertarik ke atas apabila Is mengangkat dagunya dengan jari telunjuk.

Is menyapu air mata yang membasahi pipi mulus Mia dengan ibu jari. Mia yang menangis dengan mata terpejam ditenung.

" Aku gurau jelah Mia. Buka mata kau pandang aku" Arah Is tetapi Mia masih menangis tanpa menurut arahan Is.

"Buka mata kau Mia!.." Tekan suara Is dengan keras. Sesaat barulah Mia membuka mata. Sebaik Mia membuka kelopak mata , mata dia dan Is bertembung.

Is masih melekapkan tapak tangan pada kedua belah pipi Mia lembut sambil ibu jari tidak lepas menyapu pipi Mia. 

"Dengar cakap aku. Aku gurau jelah. Aku cuma nak kau ikut cakap aku je. Bukan jadi hamba s*x aku. Aku bukan bodoh nak suruh kau jadi macam tu".

Mendengar lagi sambungan ayat Is terus air mata Mia merembes keluar sekali lagi. Kedua tangan Mia menggengam kuat baju T-shirt yang Is pakai pada belah lengan atas.

Tanpa berfikiran rasional Mia menyembamkan muka pada dada Is sambil melepaskan tangisan kuat. Terlupa akan angkara yang Is lakukan pada dirinya sebentar.

Is menarik lagi Mia ke dadanya. Lalu melingkarkan tangan memeluk Mia sambil mengusap belakang Mia dengan harapan dapat mengurangkan tangisan sedih Mia.

Tersenyum Is seorang apabila Mia tak lepas menggengam lengan bajunya kuat.

+++++++++

" Apa nak jadi dengan Is tu sayang. Penat saya tengok perangai dia tu. Sudah sebulan Raziq kata dia tak masuk kerja. Tahulah dia tak suka dengan kerja tu tapi tu kan papa yang serahkan dekat dia kenapa dia buat tak endah je. Pening saya macam ni".

Luah Hussin papa Is dengan keluhan berat yang keluar dari mulut. Tangan memicit dahi menahan pening dengan perangai anaknya sorang tu.

Sudahlah ayah kepada Hussin iaitu datum kepada Is yang menyerahkan harta tersebut kepada Is sebagai pewaris. Tapi Is malah buat tak endahkan pula. Sibuk keluar ke mana ntah tanpa ambik tahu tentang harta tersebut yang berupa sebuah syarikat , sebuah pulau , dan duit yang agak banyak.

Pulau itu dah menjadi hak mutlak Is selalu jugak dia ke sana bila bosan. Duit hanya tersimpan dan diambil bila dia memerlukan wang. Is bukan seorang yang pembazir.

Bukannya Hussin sebagai ayah dengki dengan harta yang Is dapat namun hanya pening melihat tingkah laku anak teruna sorang tu. Buat sementara dia jugak yang terpaksa menengok - nengok kan keadaan syarikat atas bantuan Raziq pembantu Is di syarikat.

Aisyah mama kepada Is hanya mampu mendengar apa yang diluahkan oleh suaminya tentang anaknya. Dia menggosok bahu suaminya supaya suaminya lebih bertenang sedikit.

"Mungkin Is ada kerja abang. Kita tunggu jelah. Mungkin dia ada hal yang perlu diselesaikan ke. Kita tak tau kan?. Abang tu janganlah stress sangat tak elok untuk kesihatan abang tu. Lagipun abang sendiri tau yang Is tu tak berminat langsung dengan syarikat tu kan. Dari dulu lagi Is kata dia tak nak uruskan. Nak buat macam mana "

"Apa kata abang uruskan sementara Is tak ada di sini. Boleh lah tolong tengok kan syarikat tu dengan bantuan Raziq. Takkan nak harapkan Raziq je , kesian saya tengok Raziq tu".

Mama Is membalas dengan lembut untuk menjaga hati suaminya. Serta membetulkan tanggapan suaminya terhadap Is.

" Itu la awak! Menangkan sangat anak awak tu! itu yang naik kepala tu! Orang cakap sikit pun tak mahu dengar nak ikut keras kepala dia je. Dah papa juga yang serahkan dekat dia semua tu dia buat lah. Ikutlah arahan papa tu. Saya bukan tak nak tolong tapi itu sepatutnya Is yang uruskan. Dia dah besar patutnya berfikiran matang! Bukannya macam budak budak! Aish! Dah lah! ".

Papa Is agak melenting menuturkan ayat pada permulaaan tadi. Naik turun nafas menahan geram. Mata terpejam menahan gelora perasaan.

Aisyah sebagai seorang suami mampu mendiamkan diri sambil menenangkan sang suami yang diamuk kemarahan.

" Saya buat kan abang kopi iya. Abang tunggu sekejap. Jangan marah marah. Saya percaya Is tak lakukan perkara yang buruk. Okay , abang rehat dulu tenangkan fikiran tu tak mau serabut serabut nah".

Mesra pujukan mama Is kepada suaminya. Tutur kata yang lembut sedikit sebanyak membantu menenangkan suaminya yang tengah panas.

Senyuman yang manis terukir untuk suami. Hussin yang melihat senyuman isteri turut mengukir senyuman walaupun hambar.

Sekurangnya isteri dia pandai memujuk jika dia dalam keadaan marah.

"Saya pergi dapur buat air kopi sekejap". Aisyah bangun dari duduk sempat bahu sang suami ditepuk lembut.

Air kopi merupakan salah satu kegemaran Hussin. Bak kata omputeh favourite favourite. Eceh! Hussin menangguk perlahan.

Sebaik Aisyah melangkah masuk ke dapur , Hussin menyandar pada sofa sambil memejamkan mata.

Kemana kamu pergi Is. Keluh Hussin mengenangkan anaknya Is yang hilang tanpa jejak.


+++++++

tau tau tak best. Tak tau lah asal last on je idea dtg last on je idea ada. Apelah tapi takpe abg aku lanje top up dptlah on balik. Huhu.

Best ? Yes or yes


DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now