[7] : Takut

24.5K 960 25
                                    

Author lanje satu chapter je 😅. If ada yg support author sambung kalau tak dek tunggu lah sampai Odp betul² abis. 🙍

----------------------------------















PANGGG!!

Berdesing kepala Mia apabila tamparan yang kuat hinggap di pipinya. Terteleng  Mia ke kiri tanpa dia sedar setitis air mata jatuh dari matanya tanpa dia sedari.

Perit! Hanya dia yang rasakan. Is mengetap kuat rahangnya selepas melepaskan tamparan yang hebat pada pipi mulus Mia

Lalu kedua pipi Mia dicengkam kuat sehingga Mia berdesis sakit. Air mata laju mengalir menyusuri pipinya.

"Lepas.. Sakit! Tolong Is sakit.." Rayu Mia menahan sakit di rahangnya. Sudahlah hujung bibirnya berdarah akibat tamparan tadi ini pula ditambah lagi

"Lepas! Tchh! Apa kau fikir aku nak lepaskan kau ke? Otak kau , kau letak mana ha bodoh!!". Is menengking tepat pada wajah Mia.

Naik turun dadanya menahan marah yang semakin kemuncak.

Cengkaman di pipi Mia dikuatkan lagi. Serentak itu juga Mia mengerang sakit.

Selepas melepaskan cengkaman, tubuh Mia terus ditolak jatuh ke lantai dengan keras.

Kaki kiri di turunkan ke bawah sehingga mengena lantai manakala kaki kanan dibengkok ke atas.

Macam bertinggung tapi satu kaki kat lantai satu lagi dilipat jadikan cam lutut tegak lah.

Lengan Mia di tarik kasar mendekati dirinya. Peduli apa sakit atau tak! Yang penting hati aku puas!

" Kau dengar sini baik baik. Sekali lagi kau buat perangai bukan setakat ni kau dapat! Mungkin lebih teruk yang aku akan buat. So behave! Jangan nak cari pasal dengan aku".

Wajah Is langsung tiada satu secalit senyuman pun. Yang ada hanya riak wajah yang bengis tanpa senyuman.

Selesai berkata begitu pipi kiri Mia ditepuk perlahan sambil bibir mengukir senyuman sinis.

Lalu mata Is jatuh pada bibir Mia yang telah bengkak akibat tamparan tadi. Perlahan ibu jarinya mengusap hujung bibir yang berdarah kering.

Kepala Mia di tarik mendekati wajah Is dan sepantas kilat bibir Mia di kucup paksa. Meronta ronta Mia minta lepas tetapi Is semakin mendalamkan ciuman paksa tersebut ke atas Mia.

Tersedu sedan Mia sebaik Is melepaskan ciuman paksa itu.

Jahat! Tu yang boleh Mia katakan pada Is tetapi hanya keluar dalam hati sahaja. Manakan mahu keluar terus terang. Takut lebih teruk yang akan terjadi

"Okay sayang. Behave yourself kalau tak nak aku buat lebih teruk!".

Is bangun dan mulai bergerak keluar dari bilik lalu bilik dikunci dari luar.

Mia yang berada dalam bilik terus menghamburkan tangisan sekuat hati. Lutut di tarik dapat ke dada dan muka dia sembamkan ke atas lutut.

Hening.. Hanya bunyi tangisan Mia yang terdengar di dalam bilik tersebut. Biarlah Mia menangis sekuat hati takutkan lepas ni lebih banyak perkara buruk yang mungkin akan terjadi.

-----

Malamnya Mia membaringkan diri ke atas katil. Tubuhnya terlentang dan mata lurus tegak ke atas memandang siling.

Bila aku boleh keluar? Aku nak balik. Kenapa aku yang jadi mangsa dia. Tak akan sebab aku tampar dia beberapa tahun lalu dia datang nak balas dendam! Salah aku ke?

Bisik Mia dalam hati. Matanya masih memandang siling tersebut. Bunyi pintu dibuka menyebabkan Mia segera mengiring ke kanan lalu menutup mata. Sempat selimut dicapai lalu di tarik menutupi dirinya.

Mesti dia yang masuk!

Kata hati Mia lagi. Masih berpura pura tidur.

Katil terasa bergegar apabila Is mengambil tempat di sebelah Mia. Is tersenyum sinis.

Fikir aku tak nampak ke kau pura pura tidur.

Sengaja tubuh Is dekatkan dengan tubuh yang membelakangi dia. Anak matanya kini bergerak ke bawah dan berhenti tepat pada leher Mia

Tangan kekar Is menyelak rambut Mia ke belakang. Mia pula tidak senang duduk. Mata dipejamkan serapat mungkin.

Is menghembus nafasnya ke leher Mia yang nampak jelas di matanya. Ditiup sengaja  nafas ke leher Mia.

Naik bulu roma Mia apabila terasa ada nafas yang ditiup ke lehernya. Tangannya semakin mengenggam selimut sekuat hati

Sebuah ciuman Is berikan ke atas leher Mia. Saja nak tengok reaksi Mia macam mana. Dan betul! Mia terus bangun sambil memegang selimut.

"Ap.. Apa yang kau buat ni!". Hampir menjerit Mia dibuatnya. Hanya senyuman yang menyakitkan hati Is berikan pada Mia tanda suka dengan perbuatan yang telah dia lakukan.

" Well salah ke aku kiss kau?". Ujar Is dengan nada yang biasa. Ibu jarinya menari pada hujung rambut Mia. Digulung gulung kecil kecil lalu di lepaskan dan dilakukan lagi.

Tangan kanan Is melekat dapat ke pipi kiri Mia. Ibu jari tangan Is merayap menyapu dagu Mia atas bawah

Galak Mia mengikuti pergerakan ibu jari tangan Is yang gatal menari di dagunya. Berkedip kedip kecil matanya

"Aku nak tidur". Pantas Is baring sambil menarik Mia untuk sekali berbaring. Mia hanya menurut apabila dirinya sudah di dalam dakapan Is.

Kedua tangan Mia terkunci di tengah tengah pelukan Is. Is mengetatkan lagi pelukan untuk keselesaannya. Bibir Is melekap di dahi Mia beberapa saat sebelum di lepaskan.

Diam. Itulah yang di lakukan oleh Mia sekarang. Tidak mahu dirinya lebam kerana mendapat pukulan dari Is. Jadi lebih baik diam daripada melawan.

Mia masih membuka matanya kerana tiada tanda mahu melelapkan mata supaya tidur. Is mungkin sudah tidur kerana tiada tanda bergerak dari tubuhnya.

" Tidur Mia!" Tiba tiba dengan keras Is mengarah Mia untuk tidur apabila dia rasakan Mia masih tidak tidur.

Cepat cepat Mia menutup mata tidur. Dalam hatinya berdoa supaya dia selamat esok, lusa, dan hari hari seterusnya daripada genggaman Is.

Berharap yang esok hari lebih baik dari harini. Doa tidur dibaca lalu perlahan mata di tutup dan tak lama kemudian terdengar dengkuran kecil daripada Mia dan Is.








DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now