All Good?

184 6 8
                                    

Saya buka sahaja mata saya, nampak sudah semua orang sibuk packing barang masing-masing. Memang packing ni pun ambil masa paling cepat pun 30min untuk diorang ni sebab bawa barang macam mahu stay 1 minggu sini. Saya berdiri dan pergi mandi dulu. Yang saya hairan, Mel dan Jes pun sibuk-sibuk packing padahal bawa seorang satu beg sahaja pun. Saya siap mandi pun, masih sibuk packing diorang semua. Aduh. Boleh sambung tidur balik saya ni menunggu diorang semua. Saya angkat beg untuk bersedia turun dulu sementara menunggu dayang-dayang smua siap packing. Tertendang pula saya souvenir sompoton mini si Lijah yang berterabur dia sedang label satu persatu untuk family dia apabila saya hendak sampai pintu sudah. "Aiya mak cik, jangan kau label benda di sini sekarang. Kau label lah di KK saja. Tengok. Nanti kalau patah saya terpijak kau memanas pula" Kata saya pada Lijah tapi tidak diperdulikan langsung. Terus sahaja dia melabel tanpa memedulikan saya. Saya hanya mampu geleng kepala sahaja bila nampak gelagat dia sebegitu rupa.  Overexcited padahal boleh buat tu semua di asrama nanti.

Saya start kereta dulu, bagi enjin panas sambil dengar lagu dan menunggu diorang semua turun. Lagipun tekak rasa macam mahu kena chill sikit-sikit. Paling awal turun Mel yang membimbit backpack dia sambil mengipas diri sendiri dan terus duduk di tempat penumpang depan. Saya tengok dia dari atas sampai bawah dengan harapan dia faham apa maksud saya tengok dia cara sebegitu. "Tidak payah lah kau mengharap sumandak kau yang duduk sini ni. Apa juga kau dapat buat oi? Saya tidak kira. Saya mahu duduk sini ni kali. Peduli kau" Kata Mel yang masih mengipas diri walaupun cuaca tidak sepanas mana pun. Memang tidak memahami macam Jes betul ni perempuan satu orang ni. Kalau Jes mesti dia sudah bagi chance dengan saya. Saya pun tidak mampu buat apa-apa, cuma mampu berkata "Bukan sumandak saya tu. Kau sendiri tahu dia balik-balik reject saya."

"Wah lagu sayaaa!!" Jerit Mel sambil menguatkan volume player kereta. "Mel pelan sikit tu. Kita depan homestay orang ni. Nanti guest lain terganggu" Kata saya yang memang agak risau kalau bising sikit sebab nanti kena complain. Saya, Mel dan Jes share satu favourite band. My Chemical Romance(MCR) dan lagu yang sedang kami dengar sekarang, I don't Love You. Memang kami dua menyanyi berabis lah bila dengar ni lagu. Jes turun bersama Azila dan Ceela yang nampaknya bukan berkurang barang tetapi bertambah pula. Masing-masing membeli ole-ole untuk keluarga sendiri dari Ranau ni. Jes straight pergi kaunter untuk checkout. "Aih nah. Kenapa si Jes pi checkout tu? C lampir masih di atas tu. Apa macam mahu kunci nanti?" Soal Mel. "Sejak bila kau care betul pasal si mak cik lampir ni?" Tanya saya pada Mel yang menjenguk-jenguk tingkap. "Jangan bongok lah kau. Kita semua juga susah ni kalau ada apa-apa" kata Mel yang melambai-lambai Jes mahu bertanya tetapi langsung tidak dihiraukan oleh Jes. Sampai sahaja kereta, Azila bagi signal minta dibukakan bonet kereta. Saya turun dan tolong diorang susun beg-beg di belakang. "Mana Lijah? Tak kan kamu kunci dia di atas." Saya turut ingin tahu apa progress si Mak Cik di atas. "On the way tu. Singgah toilet jap" balas Azila pendek dan masuk ke dalam kereta duduk kerusi paling belakang sekali.

"Eh lagu ni. Awak tahu tak lagu ni ade versi Indonesia? Tapi lagi best" kata Ceela pada saya masih membiarkan bonet kereta terbuka khas untuk Jes dan Lijah nanti. "Hah? Ada lagu lagi best meh daripada lagu MCR?" Saya tidak percaya langsung. "Laa betul la. Ni mesti Joox kan. Kejap ye." Ceela menuju ke tempat duduk pemandu dan menukar lagu yang dia maksudkan. "Hey hey hey. Ada password tu phone dia. E si Ceela mahu tukar lagu." Mel yang separuh berteriak memanggil saya. Saya biarkan sahaja dengan berdiam diri duduk belakang bonet kereta yamg masih terbuka, memang Ceela tahu pun pattern password saya. "Aih nah. Tau pula dia password kau ni" kata Mel yang bersuara macam tertelan speaker. Saya tahu Mel sebenarnya tidak mahu lagu tadi ditukar tapi apa boleh buat lah kan. Saya dengar intro lagu, memang macam plagiat juga lah sikit-sikit. Tapi memang agak syok lah lagu dia. First time pula saya dengar ni lagu jadi saya tanya Ceela yang baru sahaja kembali ke belakang tempat saya menunggu. "Sedap kan lagu ni. Takde sakit sangat telinga. Kan awak? Ni lagu Cinta Ini Membunuhku." Gigih Ceela memberitahu saya tajuk lagu tersebut. "Ya ya. Memang cinta ini membunuhku, tapi tiada band boleh lawan MCR." Saya capai tangan Ceela dan memasukan tangan kami ke dalam poket sweater saya. Dia cepat-cepat menarik tangannya sambil mata melilau sekeliling takut ada orang lain yang tidak sengaja melihat saya buat dia begitu. Dengan pantas dia masuk ke dalam kereta tanpa berkata sepatah kata pun dengan saya selepas itu. Saya tergelak kecil saja nampak reaksi comel dia tu. Sudah mengaku semalam kan jadi saya rasa lebih yakin sikit sekarang ni interacting dengan dia.

RejectionsWhere stories live. Discover now